Artikel-artikel lain di Reign of Trust
Hari ni aku saja takde menda yang panas untuk aku postkan, jadi aku pun belek-belek la akaun facebook kawan-kawan kat FB aku tu, takde keje kan? haaa.. kesian aku – kalau korang ada keje lebih silalah bagi aku keje lebey. And kalau korang ada isu yang nak suruh aku ulas boleh je request. Kekadang aku ni lambat and tak terbaca banyak sangat isu kat Malaysia ni. Tapi kalau boleh unsur politik aku tak nak la time-time bulan ramadhan ni, aku simpan untuk raya bab-bab politik ni. Hahaha. Alasan sebab bulan puasa aku tak nak salah bagi cerita kat orang ramai. Politik ni terlalu banyak penipuan tak kira dari mana-mana blok parti pun. Semua pun sama je la bagi aku...
Okeh, masuk balik pada topik aku untuk post ni – alatan-alatan yang pernah digunakan oleh tukar dentist dalam menjalankan usaha susah payah cabut gigi orang lain. Hahaha... Al-kisah aku amat takot sebenarnya nak pergi jumpa doktor gigi. Sebab apa? aku pun tak tau, dan akhirnya aku sedar yang alasan aku takot tu agak berbaloi. Sebab kalau korang tengok alat yang depa gune ni untuk masa-masa lampau agak scary dan macam nak buat rumah punya tools pun ada. hahaha.
Takotkan? hahaha.. giler la alatan depa gunakan. Nasib baik takde playar yang pernah aku gune untuk cabut gigi sendiri time kecik-kecik dulu. Aku pernah cabut sendiri pasal gigi aku tu tinggal sikit je lagi nak tercabut tapi masyaAllah degil. Gigi tu siap boleh pusing-pusing lagi tapi still tak nak tercabut. Hahahaha.. last-last aku amik playar muncung tirus ayah aku, kepit gigi tu then tarik kuat-kuat. Walhal tak perlu tarik kuat pun, aku rasa kalau aku lepaskan je playar tu pun dh tertanggal. tapi semangat punya pasal, aku tarik kuat-kuat kasi cabut tanpa rasa ragu-ragu. haha. Korang ada pengalaman pelik and scary jugak ke part cabut gigi ni? #LOL.
P.S:- Sila abaikan alat yang berbentuk seperti salib itu kerana tujuan aku hanya nak paparkan alatan cabut gigi bukan salib. Makasih.
sumber gambar dari Reuters