Artikel-artikel lain di Reign of Trust
Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud
Rupa-rupanya, perogol tu dah kene tangkap sebelum dia merayu pada mahkamah untuk gugurkan kes tersebut dengan alasan dia berjanji akan mengahwini perempuan tersebut. Apa punya pemikiran la yang ada dekat perogol zaman moden ni? Aku sertakan sekali artikel Berita Harian di bawah untuk sesiapa yang tak baca lagi:
KUALA TERENGGANU: Seorang subkontraktor berusia 49 tahun yang dituduh merogol pelajar Tingkatan Tiga merayu Mahkamah Sesyen di sini, semalam membebaskannya daripada pertuduhan itu dengan alasan dia akan mengahwini mangsa selepas remaja berkenaan menamatkan persekolahannya.Seorang yang berumur 49 tahun terlalu gersang hinggakan dia sanggup merogol pelajar tingkatan 3 yang masih kecil bagi aku la. Kalau tingkatan tiga, apa yang ada? Kenapa la manusia zaman sekarang ni rakus bila nampak awek-awek yang berkeliaran seksi ni? Salah siapa bila minda lelaki menjurus ke arah seks sedangkan kaum hawa pun tak ambil sebarang langkah untuk mencegah?
Bagaimanapun, rayuan tertuduh, Azman Nor, dari Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun yang sudah berkahwin, tidak diterima Hakim Azman Mustapha, malah dia juga tidak ditawarkan jaminan.
Azman menetapkan 12 September ini untuk sebutan semula kes itu dengan pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Masriwarni Mahmud, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mengikut pertuduhan, Azman yang berbaju kemeja hijau dan berseluar hitam dituduh merogol gadis berusia 15 tahun jam 11.30 pagi pada 2 Jun lalu, ketika keluarga mangsa tiada di rumah.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 376(2) (d) dan boleh dihukum mengikut seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun serta boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes, tertuduh menyelinap masuk ke dalam rumah mangsa ketika ketiadaan ibu bapanya dan memeluk mangsa yang ketika itu sedang membasuh baju dari belakang, sebelum merogol mangsa.
Berikutan kejadian itu, suspek cuba menebus kesalahannya dengan berjanji kepada keluarga mangsa untuk mengahwininya selepas dia tamat persekolahan, dua tahun lagi
Apa maksud ayat aku kat atas tu?
Maksud aku simple, memandangkan kes rogol sekarang terlalu tinggi – aku berfikir sendiri bagaimana bilangan kes ni makin meningkat dari masa ke semasa? Jawapan aku dapat banyak, cuma satu jawapan je yang betul-betul make sense. Iaitu kedua-dua kaum tidak mengambil langkah yang sepatutnya untuk menjauhkan diri daripada zina.Maksudnya?
Maksudnya, kita sebagai umat Islam selalu mendengar ustaz-ustaz mengatakan "Jauhkan diri daripada zina". Maksudnya kita harus mengelakkan diri dari segala perkara yang akan menyebabkan diri daripada perbuatan zina. Ini termasuklah; bagi kaum lelaki – jangan lihat PORNO, jangan tengok video-video clip yang akan menaikkan nafsu berahi, jangan bercerita cerita-cerita dalam kelambu ketika borak kedai kopi dan lain-lain lagi la. Korang pun boleh fikir sendiri. Dan bagi kaum hawa pulak; JANGAN PAKAI PAKAIAN YANG MENJOLOK MATA DAN ANAK TEKAK KAUM ADAM. Jangan salahkan orang-orang yang merogol 100% sekiranya anak-anak perempuan berpakaian seperti ingin berbogel atau ingin mengajak kaum adam untuk menjengah disebalik pakaian nipis dan ketat anda. Secara umumnya, perkara ini sangat berleluasa di Malaysia.Muda mudi sekarang lebih menjurus kepada pakaian-pakaian ala-ala Hollywood. Kalau boleh nak beli bra yang half cup. Sebab kalau ada bra half cup boleh nampak cleavage. WTF kah pemikiran ini? Tak tau ke yang kalau takde menda-menda macam ni pun, anda tetap akan di pinang dan tetap boleh dapat husband yang handsome and kaya-raya?
Kesimpulan...(Bukan kesimpulan pun sebenarnya...)
Kepada pakcik yang berjanji berkahwin dengan mangsa dia tu, hentikan la pemikiran BODOH ko tu kerana dalam istilah maruah, tidak ada perkara 'Once broken consider sold'. Kalau tau ingin berkahwin, kenapa anda tak kawen je dulu sebelum merasa santapan yang akan terhidang secara halal? Lepas ko curi, baru nak iikut hukum yang betul? Otak letak kat lutut ka?
Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud
Tinggalkan komen bagi artikel : ROT : Dah Rogol Janji Kawin ? !