Wednesday, February 8, 2012

ROT : Kembalinya Zaman Jahiliyah?

Artikel-artikel lain di Reign of Trust

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Aduh, hari ni ROT ada terbaca satu post dari blog rakan di mana seorang insan ni di bakar selepas di belasah oleh orang ramai.  Bila terbaca cerita ni, terus ROT terfikir, bukan ini sifat-sifat mutlak yang terdapat pada manusia ketika zaman-zaman jahiliyah dahulu kala? Adakah sekarang ini dunia sudah kembali kepada fasa jahiliyah? Jika benar kita sudah kembali ke zaman jahiliyah, maka haruslah kita peringati rakan-rakan muslim yang lain supaya mendekatkan diri semula kepada ajaran Nabi Muhammad S.A.W dan kembali memohon cahaya keimanan dari Allah S.W.T.

Bagi ROT sekarang ini, kita telah pun menghampiri kepada zaman jahiliyah di mana perlakuan dosa-dosa besar tidak lagi kita anggap menakutkan.  Sebaliknya siapa yang melakukannya, mereka merasakan diri itu hero sebenarnya di dunia.  Istighfar sekejap bila kenangkan perkara ini berada di dalam mentaliti kita manusia pada zaman akhir ini.  Sedar tak sedar, dalam diri ROT sendiri pun ada terbit perasaan macam ini.  Aduhai Saleha! bak kata mawi..



Kejadian di bawah ini mungkin benar atau mungkin tidak.  Namun tujuan ROT menulis ini adalah untuk menyedarkan pembaca bahawa kita sudah jelas semakin hampir berada di zaman yang di takuti oleh Rasulullah kita Nabi Muhammad S.A.W yakni di mana umatnya kembali kepada kejahilan.  Dalam tulisan yang ROT baca, manusia ini dibakar setelah di pukul oleh orang ramai sehinggakan pihak polis negara itu tidak dapat berbuat apa-apa.  Sungguh keji dan kejam kan manusia yang membakar orang lain secara hidup-hidup.  Bagi ROT tidak ada hak bagi hamba lain untuk mencabut nyawa hamba yang lain melainkan ia tertulis di dalam panduan umat Islam sepanjang zaman iaitu Al-Quran itu sendiri.



Sedangkan nak cop seseorang itu kafir pun tidak ada hak, inikan pula untuk nak tarik nyawa yang bukan kita sendiri yang berikan pada orang tu.  Sumpah sesiapa yang buat macam ni, korang baik-baik la bertaubat.

Kalau ROT dapat orang yang pancut minyak tu, memang ROT ikat kat pokok lepas tu baling sarang kerengga kat dia. Biar dia rasa bertapa seksanya cara yang dia buat kat orang tu.  Lepas tu, harap-harap dapatlah dia berubah jadi orang yang lebih baik dari sekarang. orang ramai pun just pandang je, takde langsung hati nak try selamatkan? Biarkan apa salah dia, nyawa manusia tak semurah itu untuk kita ambik.  Kita bukan pencipta yang dengan mudah nak tarik nyawa orang dengan seksaan macam tu.

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Tinggalkan komen bagi artikel : ROT : Kembalinya Zaman Jahiliyah? !
malaysia (24) 2014 (17) yahudi (17) agama (14) bersih (11) anwar (10) bersih 2.0 (9) blogger (9) gengblogger (9) life (9) politik (9) ambiga (8) melayu (8) pkr (8) ROT (7) anwar ibrahim (7) google blogger (7) lawak super (7) norlia ghani (7) tipu (7) zionis (7) Freemason (6) PDRM (6) bn (6) fakap (6) fitnah (6) murtad (6) najib (6) singapore (6) Illuminati (5) anak rintik (5) bangsat (5) bola sepak (5) cina (5) dajjal (5) google blog (5) harimau malaya (5) harimau muda (5) islam (5) jahanam (5) kelayakan piala dunia (5) maharaja lawak (5) masonary (5) para blogger (5) selangor (5) singapura (5) Nabi (4) PM (4) al masih (4) anak bapak (4) barisan nasional (4) bodoh (4) bohong (4) gangster (4) hiburan (4) india (4) keadilan (4) panas (4) polis (4) syaitan (4) Behemoth (3) Imam Mahdi (3) US (3) boikot (3) bukit jalil (3) damai (3) dap (3) facebook (3) facebook page (3) football (3) gereja (3) jais (3) jumud (3) kelantan (3) keparat (3) komen (3) kristian (3) mampus (3) pelajar (3) raja lawak (3) remaja (3) seks (3) tuan guru (3) tun mahathir (3) umno (3) Nabi Isa (2) Nabi Nuh (2) bapak borek (2) cyclop (2) facebook comment (2) facebook like (2) fam (2) gay (2) iklan (2) kencing (2) kerja gile (2) kl (2) lion (2) madinah (2) mahathir (2) nuffnang (2) perniagaan (2) realiti show (2) rogol (2) sreevesan (2) syarikat di malaysia (2) tua (2) ISA (1) MPP (1) ads (1) angin (1) arkib (1) arkid (1) arsenal (1) bebas (1) blackberry (1) brown dwarf (1) comet (1) design (1) down (1) elenin (1) gadget (1) gerbang (1) handphone (1) htc (1) husam musa (1) iphone (1) jambu (1) jpa (1) kanan (1) kiri (1) mukadimah (1) musa (1) nibiru (1) nokia (1) planet x (1) recent post (1) sekolah agama (1) sial (1) social (1) spr (1) system of a down (1) teknologi (1) tema (1) theme (1) upm (1) wataniah (1) wibiya (1)
gunbladeiv's Profile on Ping.sg