Tuesday, August 23, 2011

ROT : Arsenalku Hilang Taring

Artikel-artikel lain di Reign of Trust

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Adoi, kebelakangan ni aku terima banyak tekanan berpunca dari masalah yang aku hadapi dengan skuad bolasepak antarabangsa yang aku sanjungi iaitu Arsenal FC. Kekekeke.. Mesti korang menyampah nak baca kan? Bila dah lama aku tak menulis blog, tetiba post yang aku keluarkan adalah berkaitan dengan kelab bola sepak eropah iaitu Arsenal? Demmit !! Tapi itulah realiti. Sayang aku dekat kelab ni sehinggakan aku boleh menulis di ketika aku sedang sangat-sangat sibuk untuk menyelesaikan kerja programming aku sebelum datangnya bulan Syawal ni.


Aku tertekan dengan keadaan kelab kesayangan aku ni yang umpama bagi aku "Hidup Segan, Mati Tak Mau". Lepas sorang pergi meninggalkan kelab Cesc Fabregas, sorang lagi key-player hilang disebalik kabus duit yang dilemparkan berterbangan di bawa angin sepoi-sepoi bahasa. Adoi, inilah yang dikatakan kuasa duit. Jadi aku bukan la nak ceritakan kesedihan aku kat dalam post kali ni, aku just nak tulis apa yang aku rasa patut dilakukan oleh Arsene Wenger.

Kenapa aku kene bagi pendapat ?

Yeah, aku tau korang akan fikir kenapa plak aku beria-ria nak tulis apa yang aku rasa. Budget Arsene Wenger akan ikut cakap aku? Tah-tah nak bukak blog ROT ni pun dia tunggu kiamat baru tau kot ! Actually aku menulis adalah untuk hilangkan stress dari tekanan ke atas kelab aku. Maklum lah, rakan-rakan time belajar dulu dan sekarang ni sume rata-rata akan kutuk aku gile-gile kalau kalah. Baru-baru ni kalah dengan Liverpool pun, sume fan Liverpool yang aku kenal siap tulis kat wall aku lagi. Thanks to them...  

Apa Arsenal patut buat?

Bagi aku tindakan menjual kedua-dua pemain iaitu Cesc Fabregas dan Samir Nasri adalah tindakan paling wajar dilakukan oleh Arsene Wenger dan Arsenal. Bagi aku patut depa jual Cesc ni tahun lepas lagi memandangkan Cesc ni memang dalam hati dia nak sangat balik ke kelab Catalan itu. Cume Wenger mungkin ingin memenangi trofi sebelum jual Cesc ni kot.. Tapi malangnye Cesc tak bagi sepenuh komitmen sepanjang season lepas. Mungkin korang tak perasan, tapi aku perasan bila dia main, dia hanya main sekadar yang boleh. Bukan seperti season-season yang sebelumnya. Kira macam duri dalam daging la.

Samir Nasri plak bagi aku memang dah set mind untuk pergi ke kelab lain memandangkan 3 tahun bersama Arsenal tidak ada kejayaan yang dia dapat melainkan Man-of-the-match dan EA Player of the month. Bila dia tidak tandatangani kontrak baru, kat situ kita leh tau dah dia memang dah confirm ingin cabut pergi ke kelab lain. Namun tindakan Arsenal untuk menjual kepada kelab yang bersaing di liga BPL adalah satu tindakan yang mengejutkan. Jarang kelab-kelab gergasi akan jual pemain pada kelab yang bersaing dalam liga yang sama. Tapi mungkin sebab tawaran yang menguntungkan kot. So biarkan je lah, yang penting untung 9 juta dalam masa 3 tahun

So lepas dah jual dua orang ni, aku rasa tibalah masa untuk Arsenal mencari bakat baru. Area yang aku rasa Arsenal perlu dan wajib tekankan dalam masa kurang dari 7 hari ni adalah Defensive dan Midfield. Defensive Arsenal sangat lemah buat masa ni. Rata-rata pemain pertahanan Arsenal yang betul-betul competitive untuk bermain di kelab yang setiap tahun berjuang dalam Champions League adalah Vermalean dan Sagna je. Ini pendapat peribadi aku je dari pemerhatian aku la. Walaupun aku hanya dapat tengok Vermalean satu season saja sebelum dia hilang untuk sepanjang season lepas akibat kecederaan, namun aku pasti yang Vermalean adalah pertahanan bertaraf dunia. Dan teori aku ni boleh korang tengok sendiri ketika Arsenal tewas pada Liverpool 0-2 baru-baru ni. Vermalean sangat-sangat cekang dalam menjadi benteng hadapan gawang gol Arsenal.


Siapa yang berbaloi ?

Arsenal perlu membeli sekurang-kurangnya 2 pemain pertahanan. Itu pendapat aku. Left back dan central back perlukan pemain yang baru yang betul-betul hebat. Bukan pemain muda yang kurang pengalaman. Cukuplah alasan yang sering aku bagi kat kawan-kawan aku "Alah, relex la pemain muda takde pengalaman, tunggu la depa power nanti... ". Apa implikasi bila depa dah power nanti? Depa akan blah ke kelab lain! Itu bullshit. Antara spekulasi pertahanan yang Arsene Wenger nak beli adalah Cahill, Mertesacker dan beberapa pemain lagi. Just sign both of them Arsene...



Midfield pulak, kreativiti diperlukan. Bukan aku nak cakap yang midfield sekarang ni tak cukup mantap. Barisan tengah Arsenal ketika ini iaitu Ramsey, Arshavin, Wilshere, Gervinho dan Walcott adalah barisan yang cukup untuk menghasilkan peluang. Cuma sejak kehilangan Cesc ni, aku nampak depa hilang punca. Tidak ada idea untuk menggerakkan barisan tengah untuk memberikan peluang yang baik kepada striker Robin Van Persie. Tengok je time lawan Liverpool, Ramsey macam budak-budak yang barisan tengah Liverpool sangat mudah untuk memperkotak katik kan. Arshavin pulak macam dah sawan je aku tengok. Dari segi passing quality, thru ball accuracy, and glimpse of magic tak de langsung. Ke mana bakat Arshavin hilang? Pemain baru yang di bawa masuk oleh Arsene Wenger iaitu Alex Chamberlain dan Ryo Miyachi pula sudah pasti tidak dapat memberi impak terus pada corak permainan Arsenal. Aku masih mengharapkan dapat melihat Chamberlain beraksi kerana kelibat Ryo sudah aku saksikan ketika Arsenal melakukan Asia Tour tempoh hari.

Antara pemain yang patut Arsene beli bagi bahagian pertahanan bagi aku adalah Hazard. Tapi kelab Hazard sekarang mati-mati tidak mahu menjual Hazard walau dengan tawaran seluruh wang yang ada di dalam dunia sekalipun. Aku faham situasi kelab tu yang ingin menyimpan pemain tonggak mereka demi peruangan mereka sepanjang UCL nanti. Pemain lain yang boleh harus di lihat oleh scout Arsenal adalah, Shahrul Idhan Talaha - Bagus kot pemain ni... hihi . Adel Taarabt juga merupakan salah seorang yang boleh menjadi playmaker buat Arsenal.

Tapi aku redha je la dengan apa yang Arsene Wenger boleh buat dengan keadaan Board Arsenal yang seperti gile mau masuk poket duit hasil penjualan Cesc dan Samir. Kita tunggu dan lihat - secara peribadi aku tunggu 2 perlawan BPL je lagi untuk memberi jangkaan bagaimana Arsenal mampu menghadapi season yang akan datang ni. Next BPL opponent should be tough enough even though Manchester United squad are youngsters like Arsenal, but their quality are far beyond Arsenal players frankly speaking.

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Tinggalkan komen bagi artikel : ROT : Arsenalku Hilang Taring !
malaysia (24) 2014 (17) yahudi (17) agama (14) bersih (11) anwar (10) bersih 2.0 (9) blogger (9) gengblogger (9) life (9) politik (9) ambiga (8) melayu (8) pkr (8) ROT (7) anwar ibrahim (7) google blogger (7) lawak super (7) norlia ghani (7) tipu (7) zionis (7) Freemason (6) PDRM (6) bn (6) fakap (6) fitnah (6) murtad (6) najib (6) singapore (6) Illuminati (5) anak rintik (5) bangsat (5) bola sepak (5) cina (5) dajjal (5) google blog (5) harimau malaya (5) harimau muda (5) islam (5) jahanam (5) kelayakan piala dunia (5) maharaja lawak (5) masonary (5) para blogger (5) selangor (5) singapura (5) Nabi (4) PM (4) al masih (4) anak bapak (4) barisan nasional (4) bodoh (4) bohong (4) gangster (4) hiburan (4) india (4) keadilan (4) panas (4) polis (4) syaitan (4) Behemoth (3) Imam Mahdi (3) US (3) boikot (3) bukit jalil (3) damai (3) dap (3) facebook (3) facebook page (3) football (3) gereja (3) jais (3) jumud (3) kelantan (3) keparat (3) komen (3) kristian (3) mampus (3) pelajar (3) raja lawak (3) remaja (3) seks (3) tuan guru (3) tun mahathir (3) umno (3) Nabi Isa (2) Nabi Nuh (2) bapak borek (2) cyclop (2) facebook comment (2) facebook like (2) fam (2) gay (2) iklan (2) kencing (2) kerja gile (2) kl (2) lion (2) madinah (2) mahathir (2) nuffnang (2) perniagaan (2) realiti show (2) rogol (2) sreevesan (2) syarikat di malaysia (2) tua (2) ISA (1) MPP (1) ads (1) angin (1) arkib (1) arkid (1) arsenal (1) bebas (1) blackberry (1) brown dwarf (1) comet (1) design (1) down (1) elenin (1) gadget (1) gerbang (1) handphone (1) htc (1) husam musa (1) iphone (1) jambu (1) jpa (1) kanan (1) kiri (1) mukadimah (1) musa (1) nibiru (1) nokia (1) planet x (1) recent post (1) sekolah agama (1) sial (1) social (1) spr (1) system of a down (1) teknologi (1) tema (1) theme (1) upm (1) wataniah (1) wibiya (1)
gunbladeiv's Profile on Ping.sg