Tuesday, August 9, 2011

ROT : Rezeki Haram Bulan Puasa !

Artikel-artikel lain di Reign of Trust

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Secara jujurnya aku amat bersedih di atas kematian seorang kanak-kanak berumur 11 tahun akibat dari termakan juadah berbuka puasa yang tidak elok. Aku rasa ini tipikal yang terjadi setiap kali bulan puasa, selain hilang selipar time terawikh, penampakan entiti-entiti yang membeli atau makan ketika tengahari dengan wajah 100% confirm Islam dan kes-kes Maggi terbang.

Secara jujurnya, kebanyakkan penjual-penjual atau boleh kalau aku rumuskan 100% peniaga bazar ramadhan adalah dari orang beragama islam sendiri. Ketika inilah rezeki yang melimpah-limpah harus di ambil kesempatan oleh peniaga-peniaga kecil bagi menyediakan segala persiapan untuk menyambut Syawal dan duit lebih untuk keluarga. Namun, terdapat satu etika yang tidak aku banggakan dan aku rasa tidak harus dipandang enteng oleh para peniaga.

Kes ini berlaku kat buah hati aku yang mana salah satu peniaga di Bazar Ramadhan di Bandar Baru Bangi menggunakan taktik menjual barangan tidak abes semalam bagi memaksimakan keuntungan tanpa sebarang moral untuk menjaga kualiti produk yang dijual. Kesian plak kat kekasih hati aku tu sebab dia beria-ria ingin berbuka puasa dengan juadah yang dibelinya iaitu Nasi Kukus Ayam Rempah(atau nasi lemak, aku tak pasti sebab yang aku ingat hanyalah ayam rempah).

image

Bayangkan seorang saudara islam yang telah letih menahan diri dari lapar dan dahaga, inginkan nikmat berbuka puasa yang sempurna dengan juadah yang dibeli dengan harga yang agak tinggi. Maklumlah, time bazar macam ni harga akan jadi tinggi sikit. Bagi aku pembeli dan pengunjung tidak kesah dengan harga jika kualiti barangan yang diberikan adalah yang terbaik. Namun jika waktu azan berkumandang, niat berbuka sudah dibaca – ketika saat ingin melakukan suapan pertama, terbau pulak satu bau kurang menyenangkan.... Apa yang korang akan rasa? Macam itu lah yang awek aku rasa.

Time aku dapat tau kes ni, aku jadi sangat marah sebab bagi aku jika terdapat peniaga yang sengaja menggunakan barangan atau bahan lama untuk dijual demi mengelakkan kerugian ke atas pihak peniaga, ini adalah Bullshit!!!! Aku terus plan untuk pergi sound gerai yang menjual makanan ayam rempah busuk itu keesokkan harinya namun demi tidak mengurangkan pahala puasa aku dengan perasaan amarah, aku berjaya untuk bersabar. Namun Bazar Bandar Baru Bangi tidak mungkin lagi aku kunjungi untuk membeli juadah makanan berbuka puasa.

image

Namun apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan kehilangan salah satu anggota keluarga akibat dari kebodohan peniaga yang tidak bertanggungjawab begini? Bagi aku itu adalah rezeki tidak halal yakni HARAM! Kalau betul-betul ingin mencari sumber pendapatan yang halal ketika bulan mulia ini, jangan la ikutkan sangat sifat tamak korang tu. Kalau bahan atau barang semalam dah tak laku, jangan la jual balik keesokan harinya. Kualiti korang boleh jamin ke? Lepas tu pandai sangat la korang akan jual benda yang hampir basi dahulu sebelum start jual barang baru. Gile ke apa? Kesian la sket dekat pembeli sebab risiko memakan benda basi adalah maut.

MERU: Seorang murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai dekat sini, meninggal dunia pagi kelmarin, selepas mengalami muntah dan cirit birit kira-kira setengah jam selepas menikmati juadah berbuka puasa yang dibelikan bapanya di sebuah bazar Ramadan berdekatan rumahnya di Taman Seri Mewah di sini, petang Ahad lalu.
Selain Nurdini Mohamad Ali, 11, hampir seluruh ahli keluarganya turut mengalami simptom sama sehingga terpaksa dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, selepas memakan juadah sama.

Mereka ialah ibunya, Noraliti Ramli, 37, yang kini hamil lima bulan, dan empat abangnya, Mohammad Syafiq, 14; Mohammad Irfan, 13; Mohammad Fitri, lapan dan Mohammad Hazimi, tiga tahun serta pembantu rumah dikenali sebagai Pati.

Mohammad Irfan dan Mohammad Fitri turut disyaki dijangkiti penyakit taun, manakala Mohammad Hazimi menghidap demam denggi.
Bapa mangsa, Mohamad Ali Khir, 37, yang ditemui di HTAR, berkata jam 6.10 pagi kelmarin, beliau ke bilik air dan terdengar bunyi dengusan seperti lembu disembelih dari bilik air.

“Sebaik membuka pintu bilik air, saya terkejut melihat Nurdini dalam keadaan terlentang dengan mata terbeliak dan mulutnya berbuih,” katanya.

Mohamad Ali yang tidak dapat menahan sebak, berkata Nurdini meminta air batu campur (ABC) dan otak-otak sejak awal Ramadan lagi, tetapi hanya Ahad lalu beliau berkesempatan membeli juadah berkenaan.

“Kira-kira setengah jam selepas berbuka dengan juadah itu, perut saya mula berasa tidak selesa dan kira-kira sejam kemudian kami sekeluarga dan pembantu rumah mula muntah serta cirit-birit sehingga tidak larat untuk bangun ke bilik air.

“Sebaik melihat keadaan Nurdini yang semakin teruk, saya membawanya ke HTAR tetapi sebaik tiba di hospital, doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” katanya.

Ahli keluarganya yang lain dibawa ke hospital sama dengan bantuan jiran.

Mohamad Ali berkata, biarpun beliau turut mengalami simptom sama, beliau menggagahkan diri dan tidak mahu dirawat di hospital kerana tiada siapa untuk menguruskan jenazah anaknya.

Jenazah Nurdini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru, selepas Zuhur, petang kelmarin.
Ditanya sama ada beliau mahu mengambil tindakan terhadap peniaga yang menjual makanan yang disyaki tercemar, Mohammad Ali berkata beliau tidak mahu menyalahkan sesiapa, tetapi menasihati peniaga bazar Ramadan mengambil iktibar dan berhati-hati ketika mengendalikan makanan yang dijual supaya kejadian menimpa keluarganya tidak berulang.

Takziah ROT ucapkan kepada keluarga mangsa dan ROT sangat-sangat terharu dengan tahap kesabaran keluarga mangsa yang tidak ingin menyaman peniaga bazar tersebut dengan hanya berharap agar peniaga-peniaga tidak mengulangi perbuatan tersebut. Jika semalam terdapat kematian berikutan kes ini, tidakkah Jabatan Kesihatan harus lebih buka mata dan turun padang bagi menjaga kualiti makanan yang dijual di setiap bazar ramadhan seluruh negara?

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Tinggalkan komen bagi artikel : ROT : Rezeki Haram Bulan Puasa ! !
malaysia (24) 2014 (17) yahudi (17) agama (14) bersih (11) anwar (10) bersih 2.0 (9) blogger (9) gengblogger (9) life (9) politik (9) ambiga (8) melayu (8) pkr (8) ROT (7) anwar ibrahim (7) google blogger (7) lawak super (7) norlia ghani (7) tipu (7) zionis (7) Freemason (6) PDRM (6) bn (6) fakap (6) fitnah (6) murtad (6) najib (6) singapore (6) Illuminati (5) anak rintik (5) bangsat (5) bola sepak (5) cina (5) dajjal (5) google blog (5) harimau malaya (5) harimau muda (5) islam (5) jahanam (5) kelayakan piala dunia (5) maharaja lawak (5) masonary (5) para blogger (5) selangor (5) singapura (5) Nabi (4) PM (4) al masih (4) anak bapak (4) barisan nasional (4) bodoh (4) bohong (4) gangster (4) hiburan (4) india (4) keadilan (4) panas (4) polis (4) syaitan (4) Behemoth (3) Imam Mahdi (3) US (3) boikot (3) bukit jalil (3) damai (3) dap (3) facebook (3) facebook page (3) football (3) gereja (3) jais (3) jumud (3) kelantan (3) keparat (3) komen (3) kristian (3) mampus (3) pelajar (3) raja lawak (3) remaja (3) seks (3) tuan guru (3) tun mahathir (3) umno (3) Nabi Isa (2) Nabi Nuh (2) bapak borek (2) cyclop (2) facebook comment (2) facebook like (2) fam (2) gay (2) iklan (2) kencing (2) kerja gile (2) kl (2) lion (2) madinah (2) mahathir (2) nuffnang (2) perniagaan (2) realiti show (2) rogol (2) sreevesan (2) syarikat di malaysia (2) tua (2) ISA (1) MPP (1) ads (1) angin (1) arkib (1) arkid (1) arsenal (1) bebas (1) blackberry (1) brown dwarf (1) comet (1) design (1) down (1) elenin (1) gadget (1) gerbang (1) handphone (1) htc (1) husam musa (1) iphone (1) jambu (1) jpa (1) kanan (1) kiri (1) mukadimah (1) musa (1) nibiru (1) nokia (1) planet x (1) recent post (1) sekolah agama (1) sial (1) social (1) spr (1) system of a down (1) teknologi (1) tema (1) theme (1) upm (1) wataniah (1) wibiya (1)
gunbladeiv's Profile on Ping.sg