Wednesday, August 3, 2011

ROT : Ko ke Safee yang Monyet?

Artikel-artikel lain di Reign of Trust

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Hari ni aku agak panas bila membaca satu berita di Berita Harian Online, gara-gara seorang perempuan yang juga merupakan seorang isteri kepada pemain bolasepak Singapura, Shahril Ishak yang telah dengan terang-terang mengutuk gelagat dua orang pemain negara. Wanita yang bernama Hidayah Shahril telah menghantar twitter yang berbunyi seperti berikut:

Twitter Hidayah Shahril

2 monkeys in the pitch!!!!!! bicycle kick konon!!!!!!BOOOOOOOOO – dihantar oleh hidayah17

Penyerang negara Safee Sali dengan nada yang kecewa memohon supaya Hidayah untuk meminta maaf secara terbuka dengan kenyataan itu. Aku jadi pelik sebab apa boleh jadi macam ni? haha. Minah sekor ni pun satu, dah tau awak tu bini pemain Singapura – menang kalah simpan dalam hati je la. Tak pun buat la atau heboh la sesama bini-bini pemain singapura je, yang pi tweet buat apa? Tapi aku tetap beranggapan ini adalah aksi-aksi bini kapten Singapura ni untuk menjadi pemes la. Gila glamour?

Cukup la Hidayah Ishak dengan gelagat inginkan populariti dikalangan rakyat Malaysia. Sebab Safee dengan Amirul Hadi buat tu tak masuk je yang ko boleh boo macam tu, and samakan makhluk ciptaan Allah dengan binatang peliharaan ko. Sudah-sudah la tu, kalau nk raikan kemenangan pun, sebagai isteri pemain kene tau la tahap dan kene tau la menjaga maruah suami. Kesian la suami ko tu sebab ko punya mulut ngan jari gatal – SUAMI ANG YANG KENE AMIK MALU. Buat sesuatu kalau tak berfikir dan ikut sedap hati macam ini la jadinya.

image

PETIKAN PENUH BERITA HARIAN ONLINE:

Safee tuntut isteri kapten Singapura mohon maaf terbuka
BELUM pun reda bahang saingan di antara Harimau Malaya dan Singapura, bulan lalu, sudah cetus satu lagi episod panas.

Penyerang sensasi negara, Safee Sali bernada kecewa apabila tampil menuntut agar Hidayah Shahril - isteri kepada ketua pasukan skuad Singapura, Shahril Ishak membuat permohonan maaf secara gara-gara membuat kenyataan berbaur penghinaan kepadanya dan rakan sepasukan, Amirulhadi Zainal selepas perlawanan antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 28 Julai lalu.

Hidayah menerusi laman Twitter peribadinya, menggelar Safee dan Amirul tidak ubah seperti monyet kerana percubaan melakukan tendangan lipat serentak pada perlawanan berkenaan.

“Saya cukup tersinggung dengan kata-kata isteri Shahril, apa lagi suaminya adalah antara sahabat saya yang turut beraksi di liga Indonesia. Malah Shahril juga meminta jersi saya selepas perlawanan tempoh hari sebagai tanda persahabatan kami, tetapi kenyataan isterinya amat menyinggung perasaan saya.”

“Kami memandang serius perkara ini kerana ia menyentuh keperibadian seorang pemain profesional negara,” kata Safee dalam satu kenyataan kepada media.

“Buat masa sekarang, kami belum memikirkan untuk sebarang tindakan undang-undang, tetapi cukup sekadar dia memohon maaf dan menyatakan kekesalannya kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian serta berjanji untuk tidak mengulanginya pada masa depan.

Menurut Safee, memandangkan pasukan Singapura akan lebih kerap ke Malaysia musim depan, begitu juga sebaliknya, dia mahu isu ini diselesaikan segera supaya tidak timbul suasana tidak diingini apabila pemain terbabit kembali ke sini.

Sifat seteru antara Singapura dan Malaysia tidak pernah putus-putus dan terkini adalah selepas perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia. Dalam perlawanan pertama Malaysia tewas 3-5 dan seri 1-1 dalam timbal balik di Bukit Jalil.

Oleh itu ROT ingin sangat-sangat la tunggu saat-saat Hidayah ni ataupun suami dia buat kenyataan berkaitan isu ni. Sebab sekarang ni dedua menyepi. Mungkin baru lagi isu ni – tapi aku nak tengok apa reaksi suami dia. Adakah reaksi suami dia profesional ataupun reaksi Melayu tipikal Singapore. Dengan pengalaman ROT duduk Johor Bahru selama 12 tahun, maka ROT dah masak sangat perangai Melayu Singapore yang memang pandang kita ni rendah martabat. Tapi takpe, tak lama der tak lama...

Kesian Safee Sali kene tempias ni. Mungkin bini dia jealous dengan Safee Sali sebab gaji Safee Sali lebih banyak dari gaji suami dia yang dah lama kerja kat Indonesia sebagai pemain bola sepak kot. Tapi itu rezeki masing-masing, jangan jadikan isu la. Kalau rezeki suami hang sampai nanti pergi la shopping sakan dengan duit tu. Sabar je la, kita melayu kaya dengan budi bicara – Jadi kita tunggu je tengok apa komen depa.

P.S: Kutuk kat dengan tulis tweet, mintak maaf dengan tweet tak leh ke?

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Tinggalkan komen bagi artikel : ROT : Ko ke Safee yang Monyet? !
malaysia (24) 2014 (17) yahudi (17) agama (14) bersih (11) anwar (10) bersih 2.0 (9) blogger (9) gengblogger (9) life (9) politik (9) ambiga (8) melayu (8) pkr (8) ROT (7) anwar ibrahim (7) google blogger (7) lawak super (7) norlia ghani (7) tipu (7) zionis (7) Freemason (6) PDRM (6) bn (6) fakap (6) fitnah (6) murtad (6) najib (6) singapore (6) Illuminati (5) anak rintik (5) bangsat (5) bola sepak (5) cina (5) dajjal (5) google blog (5) harimau malaya (5) harimau muda (5) islam (5) jahanam (5) kelayakan piala dunia (5) maharaja lawak (5) masonary (5) para blogger (5) selangor (5) singapura (5) Nabi (4) PM (4) al masih (4) anak bapak (4) barisan nasional (4) bodoh (4) bohong (4) gangster (4) hiburan (4) india (4) keadilan (4) panas (4) polis (4) syaitan (4) Behemoth (3) Imam Mahdi (3) US (3) boikot (3) bukit jalil (3) damai (3) dap (3) facebook (3) facebook page (3) football (3) gereja (3) jais (3) jumud (3) kelantan (3) keparat (3) komen (3) kristian (3) mampus (3) pelajar (3) raja lawak (3) remaja (3) seks (3) tuan guru (3) tun mahathir (3) umno (3) Nabi Isa (2) Nabi Nuh (2) bapak borek (2) cyclop (2) facebook comment (2) facebook like (2) fam (2) gay (2) iklan (2) kencing (2) kerja gile (2) kl (2) lion (2) madinah (2) mahathir (2) nuffnang (2) perniagaan (2) realiti show (2) rogol (2) sreevesan (2) syarikat di malaysia (2) tua (2) ISA (1) MPP (1) ads (1) angin (1) arkib (1) arkid (1) arsenal (1) bebas (1) blackberry (1) brown dwarf (1) comet (1) design (1) down (1) elenin (1) gadget (1) gerbang (1) handphone (1) htc (1) husam musa (1) iphone (1) jambu (1) jpa (1) kanan (1) kiri (1) mukadimah (1) musa (1) nibiru (1) nokia (1) planet x (1) recent post (1) sekolah agama (1) sial (1) social (1) spr (1) system of a down (1) teknologi (1) tema (1) theme (1) upm (1) wataniah (1) wibiya (1)
gunbladeiv's Profile on Ping.sg