Artikel-artikel lain di Reign of Trust
Petang-petang hari Ahad ni, aku bosan gila tak tau nak buat apa. Duduk sorang-sorang, life yang kosong and takde apa plan untuk hari minggu. Sedih kan? Takpe, aku actually dah biasa duduk diam-diam dalam rumah buat kerja yang aku sendiri tak plan and menghadap laptop 24 jam tanpa rasa segan dan silu. Hehe, bulan-bulan puasa ni kalau aku takde apa-apa nak buat rasanya memang aku prefer duduk kat rumah untuk habiskan stok cerita yang aku download time weekdays.
Ok, tapi selesai je petang Ahad kira-kira jam 4 petang – aku dah terfakap tak tau nak buat apa memandangkan semua stok cerita barat yang aku download sudah abes aku tonton. Cerita apa yang aku layan? Ohw kebanyakkan cerita yang aku layan adalah cerita yang recommended dari kekasih hati aku. Biasalah, perempuan ni bila melayan series memang la bertimbun-timbun yang dia senaraikan. So aku layan la series yang aku rasa agak and aku leh masuk dengan jalan cerita dia. Di antara cerita-cerita series yang aku layan adalah Teen Wolf, Weeds, The Secret Life of American Teenager, Chuck, Switched at Birth, Single Ladies(ohw awek-awek dalam cerita ni agak hot jugak la), Drop That Diva dan True Blood.
Okeh, sekarang ni rancangan-rancangan series ni ada yang tengah stop jugak la. Chuck tengah break season 4 and I'm still waiting for season baru untuk di announce bila. Aduh..rindunya dekat Sarah dalam cerita Chuck ni. Ayu je muka dia walaupun dia adalah Spy susah mati dan ganas. Oleh itu, aku pun tengah dalam keadaan yang inginkan kelainan ni pun mencari la cerita-cerita K-Movie yang mantap.
So, dari survey aku – masyarakat kat Malaysia ni terutama yang perempuan la selalunya memang gile dengan cerita-cerita korea ni. Dari drama sampailah ke movie. But I'm not looking for drama at this moment, I'm looking forward to watch K-movie yang mantap. Genre macam mana ? Aku biasalah mesti la sukakan cerita yang ada humor dan gelak-gelak. Boleh release tension dalam masa yang sama kan.
So kalau korang ada idea cerita apa yang boleh aku download or dekat mana port nak download cerita-cerita macam ni, sila la berikan pendapat dan cadangan anda dekat ruang komen di bawah eh? Segala cadangan anda akan aku hargai sampai bila-bila. Ni kira korang membantu aku supaya tidak hilang kewarasan akibat tahap kebosanan yang hampir mencecah 110% la ni. Any idea guys and girls?
P.S:- Aku dulu minat cerita The Decendents of Hong Gil Dong(2009). Cerita dia action plus lawak. sangat-sangat menarik.