Tuesday, August 2, 2011

ROT : Kemunculan Dajjal dan Perkaitan Dengan Illuminati

Artikel-artikel lain di Reign of Trust

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Seperti mana yang telah ROT sampaikan pada artikel sebelum ini, persoalan mengenai Illuminati, Freemason(Freemasonary) dan Dajjal Al Masih telah ROT terangkan secara ringkas. Walaupun kebanyakkan dari teori yang disampaikan pada artikel sebelum ini adalah pendapat peribadi dari ROT sendiri, segalanya adalah daripada logik akal ROT yang dangkal. Oleh itu, kisah sebenar tidaklah dapat ROT ramalkan. Wallahualam... Maka, seperti yang dijanjikan – ROT akan menyambung artikel yang lalu mengenai kemunculan fitnah paling besar dalam kehidupan manusia di muka bumi ini iaitu Dajjal Al Masih. Walaupun terdapat sebahagian yang menganggap Dajjal merupakan simbolik kepada sesuatu yang besar(yakni bukanlah manusia seperti kita), namun bagi ROT – Jelas dalam hadith-hadith menyatakan bahawa Dajjal itu adalah seperti manusia, dimana fizikalnya telahpun diterangkan oleh Rasulullah SAW.

Hendaklah kisahnya, sebelum kemunculan Dajjal dimuka bumi terjadi – beberapa perkara harus terlebih dahulu menjadi kenyataan. Melalui pembacaan yang bukan berasal dari carian Google atau blog-blog bebas, sebelum munculnya Dajjal Al Masih akan ada seorang pemimpin Islam yang kisahnya juga telah diceritakan zaman berzaman iaitu Imam Mahdi. Melalui satu sumber bacaan, Imam Mahdi akan menjadi pemerintah dunia yang adil semampu yang boleh demi menjadikan dunia aman damai selama 30 tahun. Selama 30 tahun pemerintahan Imam Mahdi, keunggulan Islam amat digeruni oleh kesemua musuh yang membenci agama Islam. Ketika inilah kaum Yahudi, seperti lipas putus tali – berusaha dengan gigih untuk menyeru penyelamat kaum Yahudi iaitu Al-Masih untuk membantu menyelamatkan mereka dari penganut agama-agama lain(Yahudi merupakan kaum yang membenci semua manusia yang beragama lain, kerana maruah dan jatidiri mereka terlalu tinggi yakni bongkak kerana bagi Yahudi, mereka adalah kaum terulung dimuka bumi).

Ketika Islam Dimartabatkan Tinggi ke Langit...

image
Selama 30 tahun pemerintahan Imam Mahdi, Yahudi secara senyap-senyap telah melakukan pelbagai cara bagi menyeru penyelamat Al Masih untuk muncul. Pada tahun ke-31, akan keluarkan satu makhluk yang sangat hebat dan sangat besar fitnahnya terhadap seluruh manusia sehinggakan ia mampu membinasakan seluruh kemanusiaan. Tiada lain yang lebih besar dari fitnah yang dibawa makhluk ini dari mula Bumi ini dijadikan-Nya sehinggalah kiamat ditiupkan oleh Malaikat Israfil AS.
Maka dialah Dajjal Al Masih yang sering diperingatkan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat, dialah makhluk yang tiada seorang pun Nabi yang tidak pernah memperingati kaum mereka mengenai bahaya kemunculannya. Dajjal Al Masih munculnya dari suatu lorong di wilayah Khurasan yang kemudiannya menuju ke Barat dengan segala yang ada disekelilingnya mengalami kemusnahan dan kemudian menuju pula dia ke Timur. Tujuan perjalanan Dajjal ke barat adalah untuk mendapatkan tentera-tenteranya kanannya dari kaum Yahudi Asbihan. Pada ketika ini hampir semua kaum Yahudi akan bersorak, berpesta bagai telah datang satu keajaiban, mukjizat yang mereka nantikan bagi membuktikan bahawa Yahudi adalah benar. Dengan suapan seperti pakaian, makanan dan minuman secukupnya, tentera-tentera Al Masih ini seperti dahagakan kehancuran dimuka bumi ini.

Dalam tempoh Dajjal memerintah bumi(ceh ayat dah makan cerita komik Dragonball plak sampai satu bumi boleh perintah), umat Islam seluruhnya akan terkepung di Kota Mekah, kota Madinah, bukit Tursina dan di Baitulmaqdis dimana tempat Imam Mahdi memerintah. Maka sesiapa yang tidak tergolong dalam golongan yang berlindung di kawasan ini akan mati dibunuh oleh Dajjal jika tidak mempercayai fitnahnya. Segala yang bertentangan dengan Dajjal akan menempuh kesukaran yang tidak dibayangkan sebelumnya di mana kebuluran, dan kesusahan pasti menjadi peneman setia. Jadi cerita selepas dari 40 hari pemerintahan dajjal ni, turunlah Nabi Isa AS yang akan menghapuskan Dajjal.

Macam Mana Kaitan Dengan Pengaruh Illuminati dekat Malaysia?

Oleh itu, untuk bahagian bagaimana ingin ROT kaitkan kegiatan sesetengah pihak di negara kita yang mengamalkan atau secara tidak sengaja mempraktikkan simbolik-simbolik pemerintahan Dajjal ini, ROT akan tulis dibahagian ketiga post Dajjal. Tak muat kalau ROT muatkan semua sekali dalam satu artikel sahaja kerana bila satu post tu panjang sangat, jadi segala yang dibicarakan akan menjadi lemah dan longlai.

Sumber :
DAJJAL AKAN MUNCUL DARI KERAJAAN SEGITIGA BERMUDA – Pengarang Muhammad Isa Dawud
MEMBONGKAR MISTERI DAJJAL – Pengarang Muhammad Nurani Maarif

Penutup Nukilan Saya...

Bahagian ketiga post bagaimana persatuan, perkumpulan, dan individu di Malaysia terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan kegiatan Illuminati atau Freemasonary, akan diterangkan dalam post bertajuk "ROT : Kaitan Freemasonary dengan dunia kita". Sebarang komentar atau kutukkan amat dipersilakan. Letak kat ruang komen dibawah dan jangan conteng merata-rata kat blog ini kerana penat aku bersihkan tetiap pagi supaya kemas dan sempurna.

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Tinggalkan komen bagi artikel : ROT : Kemunculan Dajjal dan Perkaitan Dengan Illuminati !
malaysia (24) 2014 (17) yahudi (17) agama (14) bersih (11) anwar (10) bersih 2.0 (9) blogger (9) gengblogger (9) life (9) politik (9) ambiga (8) melayu (8) pkr (8) ROT (7) anwar ibrahim (7) google blogger (7) lawak super (7) norlia ghani (7) tipu (7) zionis (7) Freemason (6) PDRM (6) bn (6) fakap (6) fitnah (6) murtad (6) najib (6) singapore (6) Illuminati (5) anak rintik (5) bangsat (5) bola sepak (5) cina (5) dajjal (5) google blog (5) harimau malaya (5) harimau muda (5) islam (5) jahanam (5) kelayakan piala dunia (5) maharaja lawak (5) masonary (5) para blogger (5) selangor (5) singapura (5) Nabi (4) PM (4) al masih (4) anak bapak (4) barisan nasional (4) bodoh (4) bohong (4) gangster (4) hiburan (4) india (4) keadilan (4) panas (4) polis (4) syaitan (4) Behemoth (3) Imam Mahdi (3) US (3) boikot (3) bukit jalil (3) damai (3) dap (3) facebook (3) facebook page (3) football (3) gereja (3) jais (3) jumud (3) kelantan (3) keparat (3) komen (3) kristian (3) mampus (3) pelajar (3) raja lawak (3) remaja (3) seks (3) tuan guru (3) tun mahathir (3) umno (3) Nabi Isa (2) Nabi Nuh (2) bapak borek (2) cyclop (2) facebook comment (2) facebook like (2) fam (2) gay (2) iklan (2) kencing (2) kerja gile (2) kl (2) lion (2) madinah (2) mahathir (2) nuffnang (2) perniagaan (2) realiti show (2) rogol (2) sreevesan (2) syarikat di malaysia (2) tua (2) ISA (1) MPP (1) ads (1) angin (1) arkib (1) arkid (1) arsenal (1) bebas (1) blackberry (1) brown dwarf (1) comet (1) design (1) down (1) elenin (1) gadget (1) gerbang (1) handphone (1) htc (1) husam musa (1) iphone (1) jambu (1) jpa (1) kanan (1) kiri (1) mukadimah (1) musa (1) nibiru (1) nokia (1) planet x (1) recent post (1) sekolah agama (1) sial (1) social (1) spr (1) system of a down (1) teknologi (1) tema (1) theme (1) upm (1) wataniah (1) wibiya (1)
gunbladeiv's Profile on Ping.sg