Artikel-artikel lain di Reign of Trust
Ceh tajuk macam siot je kan? Aku pun tak tau kenapa aku bagi tajuk post aku kali ni sebagai "Dunia Semakin Pupus". Actually pertama sekali aku nak mintak maaf kepada para pembaca ROT sebab dalam beberapa hari ni aku kurang update blog kerana aku sangat-sangat sibuk melakukan tugas-tugas yang telah diamanahkan kepada aku di tempat kerja.
Maklumlah, bila bulan puasa ni – kerja banyak sikit je, malam dah lentok sebab makan banyak time berbuka. Namun aku cube sedaya upaya untuk cari masa jugak la tulis dan kemaskini blog ROT supaya tidak melumpuhkan perjalanan aku untuk mencari lebih ramai pembaca blog ROT. Dari pengalaman aku, bila blog jarang di update dengan post-post baru, maka pembaca pun akan lari ke sumber-sumber lain. Jadi aku harap para pembaca akan setia dengan ROT atas dasar penulisan aku bukan kerana gosip-gosip yang aku sampaikan. Gosip ke? Alamak..
So dalam post ni aku nak bicarakan mengenai banyak isu-isu semasa sebagai contoh, isu gempa bumi, isu kerakusan nafsu di bidang pendidikan, dan isu keagamaan sikit sebanyak. Tapi aku akan rangkumkan dalam satu post sahaja memandangkan masa yang tidak mengizinkan aku untuk menulis dengan terperinci setiap isu dalam satu post. Harap korang bersabar dengan celoteh aku dalam post kali ni.
So, firstly aku nk cakap pasal ke Gampa Bumi, kalau korang perasan sejak kebelakangan ni boleh dikatakan setiap hari di akhbar kita akan dapat membaca kejadian-kejadian gempa kecil yang berlaku di serata dunia. Tidak kiralah walau apa pun punca gempa bumi tersebut namun aku dapat merasakan bahawa bumi semakin uzur – sudah tua, seperti menantikan sesuatu yang dasyat untuk berlaku. Dulu aku pernah terbaca mengenai gempa bumi di mana gempa bumi yang besar biasanya tidak akan berlaku selagi tidak terjadi gempa-gempa kecil bagi memberikan tanda-tanda kedatangannya. Jika gempa kecil ini dikategorikan berskala 7 skala richter ke bawah, maka benar ia sering terjadi semenjak dua menjak ini di serata dunia. Pakistan, Filipina, Jepun dan lain-lain lagi. Sebagai umat Islam, kita pasti tahu bahawa kita adalah umat akhir zaman. Umat yang akan hidup untuk menghadapi kiamat (Harap-harap di elakkan la ke atas aku). Banyak tanda-tanda bumi semakin uzur telah kelihatan – oleh itu marilah kita sama-sama menyampaikan pesan kepada saudara-saudara lain untuk banyakkan beribadah dan berdakwah.
Second isu, aku nak sentuh pasal kerakusan nafsu di bidang pendidikan. Lepas satu-satu berita aku baca mengenai tabiat seks luar tabii yang terjadi di sekolah-sekolah asrama. Apa nak jadi dengan masyarakat kita? Sapa yang korang contohi sampaikan kegiatan meliwat ini menjadi kegemaran pulak? Aku pelik kerana terdapat sesetengah yang meliwat itu adalah insan yang telah pun mendirikan rumahtangga. Korang sangap sangat kenapa tak bantai sahaja hidangan halal yang korang pilih dalam hidup(isteri). Kalau kita tidak bendung masalah ini sejak dari awal pembentukan masyarakat di Malaysia terutamanya di zaman persekolahan, tidak mustahil masyarakat seperti zaman Nabi Nuh akan dilahirkan semula. Lebih-lebih lagi jika terdapat tenaga pengajar yang berfikiran kurang waras seperti ini. Sedih aku fikirkan apa masa depan anak bangsa yang dididik oleh tenaga pengajar yang rakus seksnya. Kementerian harus meneliti dan mengkaji semula dasar menggajikan tenaga pengajar supaya kualiti dan sahsiah tenaga pengajar ini cemerlang. Barulah insan yang akan dihasilkan juga boleh mendapat acuan cemerlang. Jika tenaga pengajar itu adalah peliwat, tidakkah acuan yang diberi dan diajar juga akan seperti peliwat-peliwat yang tegar?
Dan isu terakhir yang ingin aku kritik adalah isu keagamaan di Malaysia. Tidak dinafikan bahawa satu tamparan hebat buat agama Islam sering terjadi kebelakangan ini. Contoh seperti kes memurtadkan masyarakat yang beragama Islam, kelemahan sistem perlembagaan Malaysia mengenai isu pemilikan agama ke atas rakyat yang berumur 18 tahun tidak memihak atau tidak selaras dengan hukum islam itu sendiri. Dan yang terakhir isu di Pulau Pinang mengenai bacaan al-Quran diharamkan untuk dipasang menggunakan pembesar suara ketika Subuh kerana mengganggu masyarakat beragama lain. Kita sebagai umat islam harus memperjuangkan apa yang kita anuti. Agama bagi aku adalah lebih penting dari segala-gala yang ada didunia.Sekiranya esok aku di tangkap dimana nyawa aku ditentukan oleh jawapan kepada pilihan "Undilah DAP dan Islam akan teraniaya atau undilah ROKET untuk jaminan perjuangan agama" maka jawapan aku sudah pasti untuk memangkah ROKET demi agama aku walaupun pilihan itu akan menyebabkan aku hilang nyawa. Isu murtad perlu dipandang serius, kerajaan harus melakukan sesuatu bagi menghapuskan sebarang gerakan ini.
Selama ini isu murtad ini terlalu diselindungkan dari pandangan umum. Tidak ramai yang tahu isu ini kerana pihak kerajaan menghalang ia dari menjadi isu rusuhan agama. Namun ini bukanlah seburuk yang disangka. Perjuangan kita sebagai negara Islam harus ditegakkan. Pada pendapat aku sukar jika pada masa akan datang, jika terlalu banyak orang Islam yang murtad secara diam-diam sedangkan didalam Mykad masih berstatuskan Islam menjadi pemimpin negara. Marilah kita fikirkan sejenak apa akan jadi kepada negara dan masyarakat Islam jika satu hari nanti, pemimpin nombor satu Malaysia merupakan seorang yang beragama Islam hanya didalam Mykad sedangkan secara rohani dan jasmaninya beliau adalah penganut agama lain? Aku rasa seperti sudah ada gerakan seperti ini dilakukan secara halus dalam politik. Kita harus lebih berwaspada dengan keadaan sekarang. Dalam isu murtad aku tetap menyalahkan kerajaan Selangor kerana terlepas pandang masalah di dalam kawasan jajahan sendiri. Sudah salah, masih ingin menyalahkan pihak yang lain. Sudah-sudahlah ...
Mengenai isu laungan bacaan Al-Quran pula, di sini terdapat lebih dari satu pendapat. Bagi aku kedua-duanya boleh dipakai, namun jika fatwa sudah menyatakan laungan bacaan ayat suci al-Quran tidak boleh di pasang kepada pembesar suara – kita sebagai umat Islam harus akur dengan fatwa yang dikeluarkan oleh majlis Fatwa itu sendiri. Siapa kita untuk menentukan soal agama. Namun aku turut bersedih kerana salah satu perkara yang baik telah terhalang akibat dari kelancangan mulut-mulut penganut agama lain.
Siapa aku untuk mengharapkan suara aku didengari? Secara jujurnya aku tidaklah mempunyai apa-apa kepentingan melainkan jika negara maju, aku turut senang. Aku hanya rakyat biasa, namun aku hanya cuba menyampaikan apa yang terbuku dalam pemikiran aku dari persepsi aku sendiri. Kalo korang ada persepsi korang, aku sedia mendengar dan menerima jika kesalahan pada diri aku. Tapi sebelum kita berdebat, berbalah atau bertumbuk – fikir-fikirkanlah mengenai apa yang aku cuba sampaikan.
P.S:- Janganlah jika Malaysia ditakdirkan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, Azan pulak diharamkan untuk dilaungkan menggunakan pembesar suara. Jika ini berlaku, aku pasti keadaan lebih teruk dari rusuhan di London akan berlaku. Elakkanlah perkara ini dari berlaku. Amin..