Artikel-artikel lain di Reign of Trust
Pada bulan Ramadhan Al- Mubarak ini, ROT ingin mengajak rakan-rakan seagama dengan ROT iaitu Islam supaya tingkatkan takwa dan kurangkan segala jenis dosa-dosa kecil seperti mengumpat, mengutuk, mencarut dan menonton perkara-perkara kurang siuman(yang mengandungi perkara-perkara lagho dan lucah). Dalam bulan puasa ni, amalan kita digandakan pahalanya berlipat kali ganda, tambahan pula kita mempunyai lebih peluang untuk mengaut untung pahala dengan adanya ibadat Solat Tarawih. Oleh itu, segala perbuatan amalan yang baik akan diberikan ganjaran yang setimpal Insyaallah.
Cewah, mukadimah penuh dengan kata-kata yang masyuk gitu #ROFL. Namun di sini ingin ROT memaklumkan bahawa umat Islam perlu lebih berwaspada tidak kira pada bulan ramadhan ataupun tidak kerana terdapat agen-agen penganut agama lain yang sedang giat menyebarkan dakyah dimana mereka bertujuan untuk menyesatkan kita umat Islam. Terdapat beberapa sumber yang dipetik mengatakan beberapa gereja di sekitar Shah Alam sedang bertungkus lumus menarik umat Islam supaya keliru dengan tauhid dan pegangan mereka. Tak habis-habis syaitan ni cuba menghasut umat Nabi Muhammad SAW untuk mungkar dengan Allah SWT.
Exco kerajaan Selangor bagi hal ehwal Islam, Datuk Dr Hasan Ali berkata Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya malam tadi kerana terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.
Menurut beliau, maklumat yang diterima mengatakan terdapat kehadiran orang Islam yang hadir pada majlis berbuka puasa di gereja berkenaan.
“Terdapat seramai 12 orang yang beragama Islam telah menghadri majlis tersebut. Tiada serbuan dan tiada tangkapan dibuat.
Diambil dari Malaysia Kini
Dari petikan di atas, kita dapat tahu bahawa serbuan JAIS ke atas gereja berkenaan pada Majlis Berbuka Puasa? di gereja terbabit dihadiri oleh penganut agama Islam sendiri. Apa kejadahnya orang Islam menghadirkan diri pada majlis berbuka di gereja? Adakah mereka pun berpuasa? Kenapa la IQ mereka terlalu rendah sehingga mudah diperkotak-katikkan oleh penipuan semudah ini? Adakah makanan berbuka itu enak rasanya?
“Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir satu jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai,” katanya.
Beliau berkata pada majlis itu juga pihaknya dimaklumkan perkataan “Quran” dan “pray” diselitkan pada ucapan di majlis itu.
“Setelah majlis hampir tamat, pasukan penguatkuasa dan anggota polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan bagi menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahan bukti.
Diambil dari Malaysia Kini
Penganjur merupakan seorang yang beragama Islam – jadi kita harus lebih berwaspada sekiranya terdapat musuh dalam selimut yang cuba menyesatkan saudara seagama kita dengan penipuan yang hodoh ni. Kita sebagai saudara seagama harus sentiasa mengingatkan saudara-saudara lain supaya fikir dahulu sebelum ikut telunjuk perkara-perkara sesat. Tidak mustahil ini dilakukan atas tujuan imbuhan. Dulu pernah ROT terdengar ketika masih aktif menuntut di Universiti tempatan kawasan Serdang bahawa imbuhan kepada pendakyah-pendakyah yang dapat menarik umat Islam untuk murtad, akan diberikan ganjaran RM5000 satu kepala. Bayangkan bagaimana imbuhan sebesar ini mampu menarik minat sesiapa sahaja yang gila wang untuk merealisasikan impian syaitan-syaitan ini.
Mereka yang disabitkan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Semua 12 mereka telah diarah untuk menghadirkan diri di bahagian penguakuasaan Jais untuk siasatan lanjut.
Diambil dari Malaysia Kini
Denda yang akan dikenakan kepada pesalah ini jika benar-benar didapati bersalah adalah RM5000? tidakkah jumlah ini sama setimpal dengan imbuhan yang akan mereka dapat sekiranya berjaya menarik seorang saudara kita ke jalan sesat? bagi ROT ini tidak langsung boleh diterima akal. Sepatutnya denda yang lebih tinggi harus dikenakan kerana penipuan ini memang la tidak dijalankan secara paksa. Kebanyakkan yang murtad melakukkannya secara rela(mungkin ada yang terkena penangan air Holy water) namun, bayangkan sekiranya syaitan ini telah pun berjaya menarik 5 orang, tidakkah dia sudah menerima RM25000 dan denda yang dikenakan RM5000 adalah jumlah yang sedikit?
ROT dalam kes ini bersependapat dan menyokong tindakan pihak JAIS membuat serbuan ini bagi membongkar muslihat dan gerakan subversif pihak gereja dalam memurtadkan masyarakat Islam. Bagaimana kata anda?