Artikel-artikel lain di Reign of Trust
Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud
Kenapa buat pembaharuan?
Okeh, setelah beberapa minggu aku memblogkan diri dengan menggunakan nama samaran ROT yang bermaksud Reign of Trust – aku pun mula dapat beberapa feedback dari pembaca-pembaca ROT yang rata-rata memang 'ulat monitor'. Ada yang memberikan feedback yang bagus dimana mereka berpuashati dengan cara ROT sampaikan berita dan informasi dalam keadaan yang cantik dan tersusun. So aku pun ada kembang-kembang sket la. Kebanyakkan yang menghantar pandangan adalah dengan menggunakan medium Facebook. Namun kebanyakkan yang memberi komen adalah rakan-rakan yang kenal dan tau siapa aku je. Yang tak tau tu memang tak dapat nak contactkan sebab tak de cara pun nak dapatkan contact number. Dari maklum balas rakan-rakan aku ni la, aku mula fikirkan cara untuk memperbaiki dan membuat beberapa pembaharuan dari yang kurang kepada yang lebih, dan yang takde aku jadikan ada.Definisi 'ulat monitor' adalah – seorang yang suka membaca bahan bacaan dari komputer. Kebanyakkan sumber adalah melalui blog, wikipedia, dan weblog.
Perubahan pada Facebook Like dan Activity widget
Jadi, perubahan yang pertama aku buat adalah dengan memperbaiki apa yang telah ada selama ini iaitu widget bagi hubungan sosial pembaca dengan facebook Reign of Trust. Kalau korang perasan, sebelum ni widget ini tidak langsung diterangkan kegunaan dia untuk apa, so aku amik kesempatan ni nak terangkan la kat pembaca bagi sesiapa yang tak tau. Widget ni mengandungi dua kegunaan iaitu bagi pembaca dan pengunjung klik butang LIKE dan mengetahui kronologi yang berlaku pada laman blog Reign of Trust melalui laman sosial Facebook. Untuk makluman semua, LIKE box aku letak tujuan dia adalah untuk pengunjung menjadi pelanggan kepada sebarang perubahan, update, dan mendapat pengumuman terbaru mengenai ROT dia Facebook kalian. Selain itu, setelah like – maka boleh la korang tinggalkan sebarang pesanan atau aduan pada page facebook ROT. Tujuan lain adalah untuk memudahkan aku tau siapa yang membaca blog ROT ni, genre penulisan macam mana yang korang suka, dan macam-macam informasi lain yang berguna untuk aku. Dalam masa yang sama, bila korang Like aku rasa terharu jugak la, sebab aku kira korang menghargai usaha aku untuk menghiburkan korang dengan penulisan aku yang jumud ni.Perubahan pada susunan kotak komen
Perubahan seterusnya aku buat adalah pada kotak komen yang berada kat bawah dari post ni. Bagi sesiapa yang pernah masuk blog aku ni, surely korang dah tau macam mana rupa blog aku sebelum ni. Kotak komen agak besar gedabak sampaikan aku tengok komen ada banyak tapi nampak sikit sebab ruang besar sangat. Sama la macam, rumah besar tapi barang tak de. Lagi satu reason aku rework and susun semula kedudukan kotak komen adalah disebabkan sebelum ini, aku tak memasang langsung sebarang papan iklan pada blog ROT ni kerana ingin memastikan bahawa prestasi loading ROT berada pada tahap yang memuaskan sebelum aku boleh fikir pasal nak earn something from blogging. So setelah berpuas hati dengan masa loading yang diambil, aku pun memasang papan iklan dari Nuffnang untuk mencari imbuhan daripada blogging. Nak jadikan kisah, ada satu iklan gedabak kat akhir post yang telah menyebabkan kotak komen aku lari jauh ke bawah. Kedudukan yang jauh ke bawah tu menyebabkan ada orang komplen cakap dia tak perasan pun ada kotak komen tu. So dia bagi cadangan supaya aku adjust supaya pembaca senang nampak dan tahu yang ruang komen ada sebenarnya. Jadi tinggalkan lah komen kat setiap post bila dah senang nampak ni ye~!
Cara mencari posting lama di blog ROT
Yang bahagian ni aku tujukan khas kepada pembaca sorang ni sebab dialah penyebab aku terus amik masa untuk menulis post ini. Thanks to Saiazuan tuan kepada blog Saiazuan yang telah memberitahu kepada aku bahawa dia ada masalah untuk mencari posting-posting yang lalu dekat blog Reign of Trust ni. Aku faham keadaan ni akan menjadi masalah kepada pembaca kerana aku telah mengambil keputusan untuk hanya menggunakan satu column sahaja demi merealisasikan idea aku yang ingin blog ROT ni nampak bersih dan kemas. So nak realisasikan menda ni, aku terpaksa korbankan ruang-ruang sempit dekat blog ni yang selalunya blog-blog lain letak macam-macam widget dan iklan-iklan rumah kosong, kerja kosong dan kereta terpakai untuk dijual. Jadi maybe pembaca tak tau dekat mana nak cari post-post yang lalu bila ruang kiri-dan-kanan merupakan jalan mati.Dekat mana nak tengok post lama?
So, untuk tengok senarai tajuk-tajuk bagi post lama kat ROT ni senang je. Kalau korang perasan kat bahagian bawah blog Reign of Trust ni – sentiasa ada satu menda hitam yang lurus dan panjang. Kalau korang scroll pun dia akan ada follow korang punya browser tapi diam-diam je dia ikut. Takpa, jangan takot..lembaga hitam tu follow bukan nak culik atau samun korang. Lembaga tu ikut untuk memudahkan dia bagi bantuan dan khidmat sebagai contoh untuk menyenaraikan post-post yang lama. Kalau nk tengok post lama dekat ROT ni, korang just tekan je butang Recent Post dekat situ. Semua post-post yang pernah aku tulis akan tersenarai dekat situ melainkan post yang telah aku naikkan taraf menjadi private.
Jangan salah anggap, post yang aku buat private tu takde berunsurkan lucah pun, cuma ia adalah post yang aku rasa tidak perlu untuk dipublickan atas sebab-sebab tertentu.
Sebagai penutup nukilan ...
Disebabkan aku dah tukar dan memperbaiki yang mana kurang dan yang mana takde kepada ada(yang iklan tu abaikan, itu tak beri manfaat pada pembaca/pengunjung/korang melainkan aku nak cari imbuhan sikit sebanyak je..) dan yang ada aku buang kasi takda. Aku harap korang boleh la kongsikan komen korang atau bagi idea macam mana aku boleh perbaiki lagi blog ni untuk korang pembaca aku yang setia. Silalah komen dikotak komen tu yang aku dh highlight dengan tulisan merah tu(satu-satunya tulisan yang akan bewarna merah dalam blog ROT ni).
Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud
Tinggalkan komen bagi artikel : ROT : Pembaharuan & Modifikasi Pada Blog ROT !