Artikel-artikel lain di Reign of Trust
Aku pelik betul dekat Malaysia ni dia macam ada musim-musim yang menyebabkan sesuatu benda/isu tu jadi hangat sehangat-hangatnya. Contoh macam isu murtad ni. Bermula dengan JAIS menyerang, atau Makcik Kiah punya kes mana satu pun aku lupa dah(maklum lah berpuasa ni menyebabkan otak aku lampi sekejap).
So berkaitan isu murtad ni, JAIS kan ada serang gereja hari tu atas aduan ada aktiviti penyebaran agama lain ke atas masyarakat yang beragama Islam kan? haaaa.. ye lah! isu yang kerajaan Selangor kecoh nak salahkan JAIS pulak tu, yang PAS bertingak seperti abang Long yang nak panggil kedua-dua belah pihak menghadap. Hahaha. Part yang datang menghadap ni aku ketawa terbahak-bahak. Sebab aku pelik siapa PAS yang boleh menentukan salah betul sesuatu badan atau organisasi tu? Yang boleh menentukan adalah majlis Fatwa, dan majlis ni dah pun bersuara. Petikan berita ada kat bawah:
KUALA LUMPUR: Majlis Fatwa Kebangsaan mahu pihak berkuasa menyiasat segera motif sebenar umat Islam dijemput menghadiri majlis makan malam di sebuah gereja di Petaling Jaya, baru-baru ini.
Pengerusinya, Prof Tan Sri Dr Abd Shukor Hussin yang kesal dengan kejadian itu turut mempersoalkan kenapa majlis itu diadakan ketika umat Islam menjalani ibadat puasa.
“Jika ia bertujuan untuk mempengaruhi individu supaya menukar agama, perkara itu jelas bertentangan dengan Perlembagaan negara.
“Jika ia sekadar program makan malam, ia tidak sesuai kerana itu adalah waktu berbuka puasa dan diadakan di gereja. Jadi kita kena tengok apa motif sebenar,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Baru-baru ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya kerana mengadakan majlis yang turut dihadiri umat Islam.
Majlis itu dianjurkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang disyaki berselindung di sebalik kegiatan kebajikan dengan menawarkan wang tunai, tempat tinggal dan makan percuma kepada golongan miskin atau menghadapi masalah kewangan sebelum memesongkan akidah mereka.
Sebahagian besar sasaran adalah golongan gelandangan dan ibu tunggal yang tidak berpendapatan tetap serta dibebani masalah kewangan. Pendedahan itu dibuat beberapa individu yang pernah menyertai program sama dan seorang daripadanya ditahan dalam serbuan itu.
Sambil membidas NGO terbabit kerana tidak menghormati sensitiviti Islam terutama di bulan mulia ini, Abd Shukor meminta semua pihak supaya mengelak melakukan perkara sensitif termasuk menjemput orang Islam menghadiri majlis di gereja kerana ia jelas menimbulkan pelbagai tanggapan.
Abd Shukor juga menegaskan, JAIS tidak boleh dipersalahkan kerana jabatan itu hanya menjalankan tugas. Beliau meminta pihak yang menghentam JAIS supaya tidak mengelirukan rakyat mengenai tugas serta peranan jabatan berkenaan.
Nampak tak? atau kerajaan Selangor je yang tak nampak kekeliruan yang semua nampak selama ni? Sedangkan majlis fatwa pun nampak yang menjemput dan mengadakan majlis makan-makan sempena bulan puasa di Gereja dengan menjemput orang Islam untuk kutipan derma? WTF? dan yang datang tu rata-rata orang Islam yang berpendapatan tidak seberapa? Aku keliru gile dengan niat mereka dan alasan yang di beri. Walau macam mana pun, aku akan serahkan pada pihak yang berkuasa untuk siasat dulu. Dalam hal ni Gaysec tak perlu campur tangan. Hahaha. Makcik Kiah punya hal Gaysec kene bongkar lebih sikit sebab rakyat ramai nak tau sapa yang gile babi mengutuk agama orang lain ni.
P.S:- Aku just harap pihak kerajaan negeri Selangor tak jadikan isu ni sebagai isu politik memandangkan isu agama lebih penting dari politik.