Artikel-artikel lain di Reign of Trust
Sedih dengan berita yang dikeluarkan oleh Berita Harian Online pada hari ini, yang bertajuk 'Pelajar Tahfiz Kene Liwat Ketika Suai Kenal'. Bagi aku apa la yang nak jadi dengan dunia sekarang? Adakah sekarang ni merupakan trend kepada kaum adam dimana meliwat itu bagus? Atau adakah trend meliwat ini menjadi semakin popular semenjak berlakunya perebutan kuasa bagi tampuk pemerintahan negara yang melibatkan seseorang yang dikaitkan dengan kes liwat semakin hangat?
Sial bagi sesiapa yang meliwat orang lain secara paksaan. Aku cakap macam ni bukan sebab apa, tapi bila kes liwat ini bukanlah secara rela – maka kene la bayangkan bertapa terseksanya orang yang diliwat untuk menanggung sakit dan perit daripada kejadian itu. Yang meliwat pulak, aku tak tau apa perasaan dia ketika melakukan perkara sedemikian. Lebih mengecewakan aku, kes ini terjadi dikalangan ahli-ahli sekolah agama yang sepatutnya merupakan bakal-bakal mufti, ustaz dan tahfiz negara kita. Kita bukan impikan seorang ustaz dan tahfiz yang GAY. Itu hakikat, bahawa sesiapa yang melakukan liwat adalah dicela oleh Allah SWT. Kalau tidak masakan kaum Nabi Nuh diturunkan dengan malapetaka yang sangat besar?
Pelajar tahfiz kena liwat ketika suai kenal
Oleh Nahar Tajri dan Omar Osman
bhnews@bharian.com.my
2011/08/04
SUNGAI PETANI: Seorang pelajar tahfiz berusia 9 tahun terlantar di hospital sejak empat hari lalu, dipercayai diliwat, dipaksa melakukan seks oral dan didera oleh tiga pelajar senior berusia 12 tahun sebuah sekolah agama tahfiz swasta di Kupang Baling di sini, ketika mengikuti minggu suai kenal selama 40 hari, bermula Jun lalu.
Bapa pelajar terbabit yang enggan dikenali berkata, anaknya yang hanya dibenarkan ditemui selepas minggu suai kenal yang dikenali sebagai tempoh berpantang itu tamat 30 Julai lalu mengadu dia diliwat setiap malam dan akan dibelasah jika menangis oleh pelajar senior itu.
Selain anaknya, beliau mendakwa dua lagi pasangan kembar berusia lapan tahun turut di dera teruk hingga trauma tetapi mereka tidak mengadu diliwat. Sepanjang tempoh suai kenal itu, semua pelajar dilarang menghubungi keluarga atau waris mereka.
Beliau berkata, anaknya hanya merasai suasana selesa sebagai seorang pelajar selama seminggu sebelum kejadian itu.
Beliau berkata, niatnya menghantar anaknya ke sekolah agama terbabit untuk menjadi pelajar cerdik al-Quran hancur apabila anaknya diperlakukan seperti haiwan dan lebih malang mendapat pembelaan sewajarnya daripada pihak sekolah.“Saya sedih dengan kejadian yang menimpa anak kerana tindakan murid yang hanya berusia 12 tahun mendera kanak-kanak 9 tahun dengan pelbagai cara, langsung tidak masuk akal.
“Pada mulanya kami sekeluarga memang tidak menyangka anak saya dipukul kerana pihak sekolah memberitahu ia adalah kesan alahan.
“Bagaimanapun, hati saya tersentak apabila doktor memberitahu, anak saya kena dera dan diliwat.
“Sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu saya membuat laporan polis pada 30 Julai lalu iaitu pada petang hari saya dibenarkan berjumpa anak saya.
“Anak saya juga mengadu tidak tahan dengan sikap guru di sekolah berkenaan yang tidak menyiasat sesuatu kejadian menyebabkan dia sering mengalah kepada pelajar senior berkenaan,” katanya di sini, semalam.
Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu pada 30 Julai lalu dan siasatan sedang dijalankan.
Jika benar-benar kes ini berlaku, dan yang meliwat ditangkap – aku yakin ini bukanlah kes terpencil memandangkan ada lagi pelajar lain yang sama-sama masuk untuk sesi suai kenal tersebut. Jika ada 3 orang yang suka meliwat di sekolah tu, tidak mustahil sudah ramai kaki-kaki yang suka jalan belakang berada disana. Oleh itu aku mengharapkan supaya pihak sekolah mampu selidik dan pantau segala perbuatan berunsurkan songsang yang telah ada di sekolah terbabit.
Gambar merupakan sekadar hiasan semata-mata yang dipinjam dari Google