Friday, August 5, 2011

ROT : Penangan Bulan Ramadhan

Artikel-artikel lain di Reign of Trust

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Sebagai mana yang semua orang dh tau, bulan ramadhan merupakan bulan di mana kita sebagai umat islam diwajibkan bagi menahan diri dari lapar dan dahaga dari terbitnya matahari yakni Subuh, sehinggalah terbenamnya matahari atau Maghrib. Oleh itu, terdapat perkara-perkara yang kita ditegah dari buat menda-menda ni termasuklah korek-korek rongga badan. Ada yang makruh dan ada yang terbatal puasanya. Jadi sebagai peringatan, janganlah kita menambahkan dosa sedangkan seperti yang aku dh tulis dalam post sebelum ni, iaitu bulan puasa merupakan bulan yang dilipat kali gandakan pahala bagi setiap amal ibadat yang kita buat.

Oh yeah..nasib la aku tak leh namakan blog ni dengan nama Oh! yeah - dikhuatiri nanti ada kemungkinan kene saman dengan pemilik OH OH nye blog plak tak pasal-pasal. hahaha. Oleh itu apa kejadahnya la plak bebudak muda-mudi orang Terengganu ni buat time puasa di ketika orang lain menahan lapar dan dahaga, depa plak buat orang lain terliur? Apa yang aku maksudkan? haaa.. mesti korang semua tertanya-tanya kan?

Orait aku tulis ni pasal satu isu yang aku baca kat akhbar Berita Harian Online ni, kes remaja zaman sekarang la. Masalah soSIAL ni la. Masalah apa lagi...Ehem Ehem. sebelum aku celoteh panjang, aku rasa elok lah kalau korang pi baca paper ni sat. Kasi faham apa aku nak kutuk sat lagi ye.

KUALA TERENGGANU: Tindakan segelintir pasangan memadu kasih, termasuk berpakaian mencolok mata di beberapa kawasan rekreasi sekitar bandar raya ini bukan saja mengecewakan orang ramai, tetapi mencemarkan kesucian Ramadan.

Tinjauan Berita Harian mendapati golongan berkenaan tanpa segan silu duduk berduaan dan berbuat aksi hangat di tempat terbuka seolah-olah mereka hidup bersendirian di dunia tanpa peduli perasaan pengunjung yang hendak mengambil angin di kawasan berkenaan.

Beberapa kawasan rekreasi termasuk Pantai Batu Buruk, Dataran Shahbandar, Taman Pulau Kambing dan Pantai Teluk Ketapang di sini, dikenal pasti sebagai tempat tumpuan kumpulan remaja berkasih sayang, langsung tidak menyedari perbuatan mereka mencemar kesucian Ramadan dan memalukan umat Islam.

Pengunjung, Muhamad Sabri Hisyam Embong, 43, berkata tindakan tidak bermoral segelintir remaja duduk berduaan di kawasan Lagun Kuala Ibai di kawasan sunyi sangat memalukan kerana mencemarkan kemuliaan Ramadan.  Katanya, Ramadan sepatutnya diisi dengan amal ibadat dan kegiatan berfaedah bukannya berfoya-foya seperti orang yang tidak ada pegangan hidup.

"Lebih menyakitkan hati, kawasan taman dan rekreasi yang menjadi tempat mereka melepaskan hawa nafsu seolah-olah milik mereka saja dan pengunjung lain seperti tidak wujud di kawasan berkenaan," katanya sambil menambah tindakan kumpulan berkenaan menyebabkan ramai ibu bapa segan membawa anak-anak beriadah di situ.

Nor Azura Ahmad Bahtiar, 38, yang ditemui di Taman Rekreasi Pulau Kambing berkata dia berasa tidak senang dan malu dengan keletah ramai pasangan mudi mudi.

"Sudahlah tidak menghormati Ramadan, perbuatan mereka memberi kesan negatif kepada kanak-kanak,” katanya.

sumber, Berita Harian Online

Amboi-amboi ... bukan main lagi remaja sekarang kan. Aku kekadang pelik la, zaman-zaman aku membesar dulu – aku rasa macam takot nak buat maksiat lagu ni depan orang ramai. Bukan sebab takde ball, haha – tapi sebab segan. Air muka sendiri tu segan nak berhadapan dengan orang ramai. Ye la, mana tak nya – kalau la tempat tu tempat tinggal aku, bermakna jiran-jiran aku bersepah jalan-jalan kawasan tu kan? Kalau aku boleh sampai kawasan tu, tak mustahil mak bapak jiran aku pun leh sampai. Apa ada hal depa lagi banyak duit leh jalan-jalan  dari aku time remaja duit spender pun mintak kat mak kan? Tapi budak zaman sekarang ni agak kurang ajar la bagi aku.

image

Takde sapa nak tabik spring brader kalau lu beromen depan orang ramai. Ini bukan pertunjukan sarkas yang orang akan bagi ko penghargaan kalau buat free show. Karang kalau bapak pompuan tu panggil Big Show baru ko tau. haha. Gambar kat atas ni pun, alahai.. manja nye.. sekali tengok aku pun pelik. Mana laki mana perempuan. Bukan ke sepatutnya perempuan yang baring? baru la Gentleman. Apa punya pakwa la yang ko pilih ni daro oi.. pilih la yang macho and maskulin sket. Ni yang lembik ko pilih. Tak puasa pun buleh lembik? Adoi – tak payah la nak berlakon cakap puasa, kalau puasa takde la korang nak beromen bermesra-mesra dekat kawasan umum sampai makcik-makcik pulak tutup mata tengok korang.

gambar hiasan diambil dari Berita Harian Online

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Tinggalkan komen bagi artikel : ROT : Penangan Bulan Ramadhan !
malaysia (24) 2014 (17) yahudi (17) agama (14) bersih (11) anwar (10) bersih 2.0 (9) blogger (9) gengblogger (9) life (9) politik (9) ambiga (8) melayu (8) pkr (8) ROT (7) anwar ibrahim (7) google blogger (7) lawak super (7) norlia ghani (7) tipu (7) zionis (7) Freemason (6) PDRM (6) bn (6) fakap (6) fitnah (6) murtad (6) najib (6) singapore (6) Illuminati (5) anak rintik (5) bangsat (5) bola sepak (5) cina (5) dajjal (5) google blog (5) harimau malaya (5) harimau muda (5) islam (5) jahanam (5) kelayakan piala dunia (5) maharaja lawak (5) masonary (5) para blogger (5) selangor (5) singapura (5) Nabi (4) PM (4) al masih (4) anak bapak (4) barisan nasional (4) bodoh (4) bohong (4) gangster (4) hiburan (4) india (4) keadilan (4) panas (4) polis (4) syaitan (4) Behemoth (3) Imam Mahdi (3) US (3) boikot (3) bukit jalil (3) damai (3) dap (3) facebook (3) facebook page (3) football (3) gereja (3) jais (3) jumud (3) kelantan (3) keparat (3) komen (3) kristian (3) mampus (3) pelajar (3) raja lawak (3) remaja (3) seks (3) tuan guru (3) tun mahathir (3) umno (3) Nabi Isa (2) Nabi Nuh (2) bapak borek (2) cyclop (2) facebook comment (2) facebook like (2) fam (2) gay (2) iklan (2) kencing (2) kerja gile (2) kl (2) lion (2) madinah (2) mahathir (2) nuffnang (2) perniagaan (2) realiti show (2) rogol (2) sreevesan (2) syarikat di malaysia (2) tua (2) ISA (1) MPP (1) ads (1) angin (1) arkib (1) arkid (1) arsenal (1) bebas (1) blackberry (1) brown dwarf (1) comet (1) design (1) down (1) elenin (1) gadget (1) gerbang (1) handphone (1) htc (1) husam musa (1) iphone (1) jambu (1) jpa (1) kanan (1) kiri (1) mukadimah (1) musa (1) nibiru (1) nokia (1) planet x (1) recent post (1) sekolah agama (1) sial (1) social (1) spr (1) system of a down (1) teknologi (1) tema (1) theme (1) upm (1) wataniah (1) wibiya (1)
gunbladeiv's Profile on Ping.sg