Tuesday, August 23, 2011

ROT : Arsenalku Hilang Taring

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Adoi, kebelakangan ni aku terima banyak tekanan berpunca dari masalah yang aku hadapi dengan skuad bolasepak antarabangsa yang aku sanjungi iaitu Arsenal FC. Kekekeke.. Mesti korang menyampah nak baca kan? Bila dah lama aku tak menulis blog, tetiba post yang aku keluarkan adalah berkaitan dengan kelab bola sepak eropah iaitu Arsenal? Demmit !! Tapi itulah realiti. Sayang aku dekat kelab ni sehinggakan aku boleh menulis di ketika aku sedang sangat-sangat sibuk untuk menyelesaikan kerja programming aku sebelum datangnya bulan Syawal ni.

Friday, August 12, 2011

ROT : Dunia Semakin Uzur

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Ceh tajuk macam siot je kan? Aku pun tak tau kenapa aku bagi tajuk post aku kali ni sebagai "Dunia Semakin Pupus". Actually pertama sekali aku nak mintak maaf kepada para pembaca ROT sebab dalam beberapa hari ni aku kurang update blog kerana aku sangat-sangat sibuk melakukan tugas-tugas yang telah diamanahkan kepada aku di tempat kerja.

Maklumlah, bila bulan puasa ni – kerja banyak sikit je, malam dah lentok sebab makan banyak time berbuka. Namun aku cube sedaya upaya untuk cari masa jugak la tulis dan kemaskini blog ROT supaya tidak melumpuhkan perjalanan aku untuk mencari lebih ramai pembaca blog ROT. Dari pengalaman aku, bila blog jarang di update dengan post-post baru, maka pembaca pun akan lari ke sumber-sumber lain. Jadi aku harap para pembaca akan setia dengan ROT atas dasar penulisan aku bukan kerana gosip-gosip yang aku sampaikan. Gosip ke? Alamak..

Wednesday, August 10, 2011

ROT : Mana Demokrasi UK ?

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Hari ni aku baca satu artikel di berita harian online yang sibuk menyampaikan berita bahawa seorang rakyat Malaysia yang telah dicederakan dan disamun di United Kingdom. Still aku ingin mengucapkan takziah kepada mangsa dan moga mangsa dapat cepat sembuh dan pulang ke Malaysia jika tahap rusuhan menjadi lebih teruk. Keadaan kucar-kacir kat U.K ni aku jangkakan akan berlanjutan kerana kebanyakkan yang menyertai rusuhan kat UK ni jugak adalah jenis orang yang tak reti bahasa.

Tuesday, August 9, 2011

ROT : Rezeki Haram Bulan Puasa !

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Secara jujurnya aku amat bersedih di atas kematian seorang kanak-kanak berumur 11 tahun akibat dari termakan juadah berbuka puasa yang tidak elok. Aku rasa ini tipikal yang terjadi setiap kali bulan puasa, selain hilang selipar time terawikh, penampakan entiti-entiti yang membeli atau makan ketika tengahari dengan wajah 100% confirm Islam dan kes-kes Maggi terbang.

Secara jujurnya, kebanyakkan penjual-penjual atau boleh kalau aku rumuskan 100% peniaga bazar ramadhan adalah dari orang beragama islam sendiri. Ketika inilah rezeki yang melimpah-limpah harus di ambil kesempatan oleh peniaga-peniaga kecil bagi menyediakan segala persiapan untuk menyambut Syawal dan duit lebih untuk keluarga. Namun, terdapat satu etika yang tidak aku banggakan dan aku rasa tidak harus dipandang enteng oleh para peniaga.

Monday, August 8, 2011

ROT : Siapa Dia Ibnu Hussein ?

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Aku rasa rata-rata wanita di Malaysia dan yang ada muka buku atau facebook sure kenal sapa itu Ibnu Hussein kan? Maklum la mamat ni ada mengeluarkan satu nota di muka buku dia yang bertajuk 25 Perempuan Murahan Malaya yang menjadi kontroversi dan igauan pada awek-awek cun dan hot satu Malaysia. Hahahaha... aku rasa macam fakap plak kalau ada gadis-gadis yang nak mengamuk pasal apa yang dia kutuk. Kalau korang mengamuk menandakan korang ada ciri-ciri yang dia tulis dalam notes tu. So keep it cool, and relax babe!

ROT : Sejarah Alatan Cabut Gigi

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Hari ni aku saja takde menda yang panas untuk aku postkan, jadi aku pun belek-belek la akaun facebook kawan-kawan kat FB aku tu, takde keje kan? haaa.. kesian aku – kalau korang ada keje lebih silalah bagi aku keje lebey. And kalau korang ada isu yang nak suruh aku ulas boleh je request. Kekadang aku ni lambat and tak terbaca banyak sangat isu kat Malaysia ni. Tapi kalau boleh unsur politik aku tak nak la time-time bulan ramadhan ni, aku simpan untuk raya bab-bab politik ni. Hahaha. Alasan sebab bulan puasa aku tak nak salah bagi cerita kat orang ramai. Politik ni terlalu banyak penipuan tak kira dari mana-mana blok parti pun. Semua pun sama je la bagi aku...

ROT : Majlis Fatwa Bersuara Isu Murtad

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Aku pelik betul dekat Malaysia ni dia macam ada musim-musim yang menyebabkan sesuatu benda/isu tu jadi hangat sehangat-hangatnya. Contoh macam isu murtad ni. Bermula dengan JAIS menyerang, atau Makcik Kiah punya kes mana satu pun aku lupa dah(maklum lah berpuasa ni menyebabkan otak aku lampi sekejap).

Sunday, August 7, 2011

ROT : Ulasan Makcik Al-Wazura

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Adoi, atas request dari encik Mizan Nayan jadi aku pun tulis jugak la review pasal makcik kiah ni yang melampau-lampau dalam mengutuk agama suci aku iaitu agama Islam. Aku tau ramai dah blogger yang menulis pasal makcik kiah ni. Kenapa aku gune nama makcik kiah dalam penulisan aku? Sebabnya adalah aku tak nak bagi keyword nama dia gempak sangat dalam google nye keyword. Kang bertambah plak rezeki pengutuk agama ni sat lagi.

ROT : Murtad atau Apostates

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Sejak kebelakangan ini kecoh tentang kes di mana JAIS di kerah oleh kerajaan negeri Selangor untuk memberikan sebab atas tindakan JAIS menyerang majlis yang diadakan oleh salah sebuah Gereja yang terletak di Damansara. Berikutan kes ini, ramai rakyat Selangor yang celik mata, memandang dimanakah arah tuju kerajaan parti pembangkang yang salah satu parti komponen melaungkan laungan untuk menubuhkan Negara ISLAM. Dimanakah Nik Aziz ketika umat Islam yang mati-matian menyokong PAS dari dulu hingga kini apabila isu ini tercetus.

Bukti bukan seperti benang basah, bukti yang ada sudah jelas umpama benang yang diperbuat dari salutan emas. Bersinar dan berkilau warna keemasan sehingga mana-mana golongan mukmin yang melihat pasti akan timbul rasa marah dalam hati benak mereka. Bagaimana kes seperti gerakan memurtadkan mukmin di Malaysia ini boleh dilepas pandang oleh kerajaan negeri sehinggakan yang benar diminta memberikan penjelasan?

ROT : K-Movie Yang Mantap ?

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Petang-petang hari Ahad ni, aku bosan gila tak tau nak buat apa. Duduk sorang-sorang, life yang kosong and takde apa plan untuk hari minggu. Sedih kan? Takpe, aku actually dah biasa duduk diam-diam dalam rumah buat kerja yang aku sendiri tak plan and menghadap laptop 24 jam tanpa rasa segan dan silu. Hehe, bulan-bulan puasa ni kalau aku takde apa-apa nak buat rasanya memang aku prefer duduk kat rumah untuk habiskan stok cerita yang aku download time weekdays.

ROT : Mimpi Di Siang Hari !

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Hahaha, aku memula terbangun je dari tido, dok la ketaq-ketaq. Haaa.. mesti korang tanya asal aku nak ketar-ketar gigil kan? Bukan aku tak cuba nak tahan badan aku dari terketar-ketar ni, tapi memang aku sendiri pun tak leh nk handle. Sakit apa pun aku tak sure, tapi yang penting bila aku sarungkan selimut yang cukup tebal ketar-ketar tu berhenti la dari mengganggu tidur aku. Hehehe.. Sejuk rupanya..

So, aku malas nk celoteh panjang dalam post kali ni, jadi aku just nak bagitau – Time aku tengah blogwalking sambil muka baru bangun tido ngan rambut kusut masai ni, aku terpandang satu carta yang aku rasa kebanyakkan blogger, syarikat dan organisasi-organisasi yang mempunyai website akan impikan. Haaaa.. mesti korang gelojoh nak tau apa kan?

Saturday, August 6, 2011

ROT : Malaysia Famous kerana Fool Us

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Aku pepagi ni tengok la satu rancangan realiti TV yang aku ada review dalam post aku sebelum ni. Aku layan episod 7 part 4 macam tu. And tengah syok-syok layan kaki tipu mencabar orang untuk menipu depa, tetiba aku terdengar dekat speaker Altec Lansing aku orang putih sebut Malaysia. Hahahaha ... Bayangkan macam mana terkejut beruk aku, daripada tengah stim nak main dota tu aku pun terus terpaku try nak tengok orang yang buat trick ni.

ROT : Melepak Bersama Mizan Nayan

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Malam tadi tetiba ada plak call dari sorang kawan aku ni, actually aku tau tujuan dia nak jumpa aku adalah sebab nak mintak code css yang aku buat untuk dia punya design blog baru. Hahaha. So aku pun berserah je la walaupun aku tau design tu banyak lagi keje untuk dibuat barulah boleh dapat tiptopnye look and feel. Secara realitinya aku tak boleh dedahkan macam mana rupa bentuk blog bagi Mizan Nayan yang baru memandangkan si tuan punya blog pun masih lagi menyimpan rekaan blog dia secara rahsia.

ROT : Kebetulan atau Sebaliknya? Mesti Tengok!

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Aku main facebook sebentar tadi, sehingga aku ternampak salah sorang kawan aku dekat facebook ni mengeluarkan status yang aku sendiri ajaib dengan apa yang dia sampaikan. Sumber ini tidak perlulah di ragui kerana anda sendiri boleh mencuba dan boleh sendiri fikirkan apa yang anda nak fikir. Tapi bagi aku, selepas aku cuba sendiri menda alah ni – aku rasa ajaib seperti kepala aku ingin meletup dan tepuk tangan tanpa henti. Konspirasi yang sangat hebat dari puak-puak yahudi.

ROT : Penyesatan Penganut Agama Islam (PT 2)

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Seperti mana yang telah saya sampaikan dalam artikel yang ditulis pada 4 Ogos 2011 yang lalu, pihak JAIS telah menyerbu sebuah gereja yang terletak di salah sebuah bandar di Selangor atas maklumat bahawa gereja berkenaan mempunyai gerakan bawah tanah yang ingin menghasut masyarakat beragama Islam supaya murtad. Artikel ini pembaca boleh rujuk di sini – Sila baca ini. Mengikut sumber yang boleh dipercayai, sekarang kerajaan Selangor sedang panas kerana terdapat parti komponen pembangkang yang mati-matian ingin JAIS memohon maaf dan meminta maaf atas kejadian tersebut.

ROT : Rancangan Realiti Yang Menarik

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Post ni actually lama dah berada kat dalam draft. Tapi aku lupa yang draft ni dah lama simpan dalam peti sejuk bahagian barangan beku sampai petang tadi time aku tengah jalan-jalan melawat rumah-rumah dan jirang tetangga alam maya aku baru teringat – "Eh, apa jadi ngan post aku pasal realiti TV yang baru Penn and Teller: Fool Us tu? So aku amik masa dalam 5 minit untuk finalize kan balik posting ni.

Reality show yang bagai cendawan tumbuh kat stesen-stesen television sekarang ni aku rasa terlalu banyak sampaikan kualiti rancangan itu sendiri aku pertikaikan. Kadang-kadang tu aku rasa macam depa punya rancangan realiti ni sekadar asal boleh je. Rasa macam tak berfaedah dan tak de plak aku rasa terhibur. Lebih-lebih lagi bila rancangan yang di ciplak bulat-bulat dari rancangan luar(ini aku bicarakan pasal realiti tv kat Malaysia la). Come on dude, be more creative to invent something new. Kita rakyat Malaysia bukannya bodoh, cuma kita kurang berfikir luar dari kotak empat segi yang kita anggap kawasan selamat kita. Apa benda Penn and Teller : Fool Us ni? haa. baca perenggan seterusnya...

Friday, August 5, 2011

ROT : Terima Kasih Atas Sokongan Anda

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Sekarang jam menunjukkan pukul 5.00 pagi, disini aku nak amik kesempatan untuk berterima kasih kepada semua pengunjung-pengunjung blog Reign of Trust ini. Aku sangat-sangat berbesar hati kepada mana-mana rakan yang tolong membantu dalam mempromosikan blog ini. Dari rakan-rakan real life sehinggalah rakan-rakan dari alam maya. Tanpa korang aku tak rasa hayat blog ni akan panjang.

ROT : Penangan Bulan Ramadhan

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Sebagai mana yang semua orang dh tau, bulan ramadhan merupakan bulan di mana kita sebagai umat islam diwajibkan bagi menahan diri dari lapar dan dahaga dari terbitnya matahari yakni Subuh, sehinggalah terbenamnya matahari atau Maghrib. Oleh itu, terdapat perkara-perkara yang kita ditegah dari buat menda-menda ni termasuklah korek-korek rongga badan. Ada yang makruh dan ada yang terbatal puasanya. Jadi sebagai peringatan, janganlah kita menambahkan dosa sedangkan seperti yang aku dh tulis dalam post sebelum ni, iaitu bulan puasa merupakan bulan yang dilipat kali gandakan pahala bagi setiap amal ibadat yang kita buat.

Oh yeah..nasib la aku tak leh namakan blog ni dengan nama Oh! yeah - dikhuatiri nanti ada kemungkinan kene saman dengan pemilik OH OH nye blog plak tak pasal-pasal. hahaha. Oleh itu apa kejadahnya la plak bebudak muda-mudi orang Terengganu ni buat time puasa di ketika orang lain menahan lapar dan dahaga, depa plak buat orang lain terliur? Apa yang aku maksudkan? haaa.. mesti korang semua tertanya-tanya kan?

ROT : Golongan Bodoh Bangsat

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Kat sini aku ada ternampak time tengah online kat Facebook tadi, tetiba ada satu status ni menunjukkan golongan bodoh bangsat yang macam ni. Depa ni konon macam hot gile, badan macam gampang pastu budget nak masuk Mr Universe? Demmit ! bagi aku, tak hormat maruah diri tu tak pa lagi sebab dia hanya memalukan diri. Tapi kalau dah tak hormat sama negara tempat lahir nenek moyang dia dulu, itu agak kurang ajar la bagi aku. Kenapa jadi macam ni? Ini sume berpunca dari hasutan sesetengah pihak yang membawa idealogi membenci negara kerana kerajaan yang memerintah la. Dari mana hasutan tu datang, korang fikir-fikirkan lah sendiri.

ROT : Nukilan Hari Jumaat ...

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Assalamualaikum. Mungkin ramai tertanya-tanya kenapa setiap kali melawat blog Reign of Trust ni setiap kali tu terdapat perubahan kepada rekabentuk blog ini. Kenapa memula banner bagi header lain? Aik hari ni dah tukar lain jugak? Aik, esok macam mana pulak banner ROT ni? Hari ni design takde Google Friends Connect.. sekarang ada pulak.. apa yang owner blog ni nak buat sebenarnya? Okaylah, untuk menerangkan serba sedikit kepincangan yang berlaku dari segi reka bentuk blog ni, ROT ingin mengambil masa untuk menjelaskan segala-galanya.

Kebetulan apa yang ROT rancangkan setakat ini menjadi kenyataan. ROT tak jangka yang sambutan pembaca terhadap blog ROT ni begitu menggalakkan. Sebelum meneruskan penulisan izinkan ROT membahasakan diri ROT menggunakan kata ganti nama Aku kerana nampak lebih mesra dan kurang tahap GAY bila tak menyebut ROT. Seriously bila aku bahasakan diri sebagai ROT jadi macam benda yang mereput dan menampakkan tahap gay yang tinggi disitu. hahaha....

Thursday, August 4, 2011

ROT : Phone Nokia Baru ?

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Dengan pelbagai jenis smart phone yang terkini dikeluarkan setiap hari, kali ini ROT terpikat pada satu jenis handphone dari pengeluar yang tidak asing lagi di Malaysia iaitu Nokia. Walaupun terdapat pelbagai cakap-cakap yang mengatakan teknologi Nokia jauh kebelakang dari pesaing smart phone terkenal yang lain seperti Apple dengan produk Iphone mereka, HTC dengan keluarkan yang mantap iaitu HTC Touch, Blackberry dengan model yang rata-rata dimiliki ramai iaitu Bold 3 – Namun Nokia tidak berputus asa untuk kembali memonopoli pasaran diserata dunia. Kini mereka kembali dengan model yang tidak kurang hebatnya.

ROT : Bila Bahasa Melayu di Translatekan Bulat-bulat

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Aku saja try bukak-bukak blog Reign of Trust ni dengan bermacam-macam jenis browser untuk memastikan apa gubahan dari segi reka bentuk pada blog ini boleh diterima pakai oleh semua browser. Namun ada la jenis- jenis browser yang aku tak try seperti Internet Explorer aku tak try sebab malas nak buka akibat kelembapan load application tersebut. Oleh yang demikian, masa aku bukak blog ROT ni gune Google Chrome, aku ternampak satu option untuk translate penulisan aku tu kepada bahasa inggeris. Aku jadi berminat nak tengok apa yang depa leh translatekan dari ayat pasar aku ni?

ROT : Aktiviti Penyesatan Penganut Agama Islam

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Pada bulan Ramadhan Al- Mubarak ini, ROT ingin mengajak rakan-rakan seagama dengan ROT iaitu Islam supaya tingkatkan takwa dan kurangkan segala jenis dosa-dosa kecil seperti mengumpat, mengutuk, mencarut dan menonton perkara-perkara kurang siuman(yang mengandungi perkara-perkara lagho dan lucah). Dalam bulan puasa ni, amalan kita digandakan pahalanya berlipat kali ganda, tambahan pula kita mempunyai lebih peluang untuk mengaut untung pahala dengan adanya ibadat Solat Tarawih. Oleh itu, segala perbuatan amalan yang baik akan diberikan ganjaran yang setimpal Insyaallah.

Cewah, mukadimah penuh dengan kata-kata yang masyuk gitu #ROFL. Namun di sini ingin ROT memaklumkan bahawa umat Islam perlu lebih berwaspada tidak kira pada bulan ramadhan ataupun tidak kerana terdapat agen-agen penganut agama lain yang sedang giat menyebarkan dakyah dimana mereka bertujuan untuk menyesatkan kita umat Islam. Terdapat beberapa sumber yang dipetik mengatakan beberapa gereja di sekitar Shah Alam sedang bertungkus lumus menarik umat Islam supaya keliru dengan tauhid dan pegangan mereka. Tak habis-habis syaitan ni cuba menghasut umat Nabi Muhammad SAW untuk mungkar dengan Allah SWT.

ROT : Pelajar Sekolah Agama Meliwat ?

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Sedih dengan berita yang dikeluarkan oleh Berita Harian Online pada hari ini, yang bertajuk 'Pelajar Tahfiz Kene Liwat Ketika Suai Kenal'. Bagi aku apa la yang nak jadi dengan dunia sekarang? Adakah sekarang ni merupakan trend kepada kaum adam dimana meliwat itu bagus? Atau adakah trend meliwat ini menjadi semakin popular semenjak berlakunya perebutan kuasa bagi tampuk pemerintahan negara yang melibatkan seseorang yang dikaitkan dengan kes liwat semakin hangat?

Sial bagi sesiapa yang meliwat orang lain secara paksaan. Aku cakap macam ni bukan sebab apa, tapi bila kes liwat ini bukanlah secara rela – maka kene la bayangkan bertapa terseksanya orang yang diliwat untuk menanggung sakit dan perit daripada kejadian itu. Yang meliwat pulak, aku tak tau apa perasaan dia ketika melakukan perkara sedemikian. Lebih mengecewakan aku, kes ini terjadi dikalangan ahli-ahli sekolah agama yang sepatutnya merupakan bakal-bakal mufti, ustaz dan tahfiz negara kita. Kita bukan impikan seorang ustaz dan tahfiz yang GAY. Itu hakikat, bahawa sesiapa yang melakukan liwat adalah dicela oleh Allah SWT. Kalau tidak masakan kaum Nabi Nuh diturunkan dengan malapetaka yang sangat besar?

Wednesday, August 3, 2011

ROT : Boikot Barangan Yahudi ?

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Hari ni lepas berbuka aku di sapa oleh kawan aku yang aku kenali secara online merangkap guru aku dalam bidang programming jugak la. Nak publicize dia punya info dekat blog ni aku rasa tidak perlulah, tapi kalau kawan aku tu baca post aku yang ni, for sure dia tau siapa yang aku maksudkan. So, aku dok borak dengan dia pasal isu yang tertulis dekat blog dia iaitu : Frontal Lobotomy dengan post dia yang agak kontroversi. Post dia menyatakan bahawa tidak perlu pun sembang kemas nak boikot barangan yahudi ?

Aku bincang dengan kawan aku ni isu yang berat sebenarnya, tapi sebagai perbincangan yang orang kata sembang kedai kopi tapi melalui Yahoo Messenger(pun mempunyai pemegang saham yahudi) ada jugak point-point yang menarik. Okay la, mentaliti kita sebagai seorang Islam yang agak sedih dengan tindakan rejim Zionis menindas penduduk palestin – Itu betul dan memang patut kita rasa. Sampaikan mesej membenci tindakan tersebut dengan laungan keras seperti menulis di blog-blog dan media-media itu adalah logik dan berasas. Tapi bila ingin memboikot barangan yahudi? Aku bersependapat dengan kawan aku yang tadi ni. Sebab apa? Boleh tak kalau aku cakap .. lu pikir la sendiri? 

ROT : Ko ke Safee yang Monyet?

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Hari ni aku agak panas bila membaca satu berita di Berita Harian Online, gara-gara seorang perempuan yang juga merupakan seorang isteri kepada pemain bolasepak Singapura, Shahril Ishak yang telah dengan terang-terang mengutuk gelagat dua orang pemain negara. Wanita yang bernama Hidayah Shahril telah menghantar twitter yang berbunyi seperti berikut:

Twitter Hidayah Shahril

2 monkeys in the pitch!!!!!! bicycle kick konon!!!!!!BOOOOOOOOO – dihantar oleh hidayah17

Penyerang negara Safee Sali dengan nada yang kecewa memohon supaya Hidayah untuk meminta maaf secara terbuka dengan kenyataan itu. Aku jadi pelik sebab apa boleh jadi macam ni? haha. Minah sekor ni pun satu, dah tau awak tu bini pemain Singapura – menang kalah simpan dalam hati je la. Tak pun buat la atau heboh la sesama bini-bini pemain singapura je, yang pi tweet buat apa? Tapi aku tetap beranggapan ini adalah aksi-aksi bini kapten Singapura ni untuk menjadi pemes la. Gila glamour?

Tuesday, August 2, 2011

ROT : Nuffnang Terfakap ?

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Posting ni aku buat lepas je aku hantar post pasal pengubahsuaian yang aku buat dekat blog Reign of Trust ni. Sebenarnya, aku dah nak tido, tapi disebabkan masih tak mengantuk, alang-alang dah nak pukul 5 pagi ni aku pun ambik keputusan untuk berjaga je sampai sahur. Lepas sahur karang aku tido la sekejap sebelum menjalankan kewajipan sebagai seorang pekerja di sebuah syarikat terkenal di ibu kota Kuala Lumpur. Itu hanyalah hiperbola dari aku yang tengah mengantuk sambil ada hati lagi nak tulis posting. Oleh kerana aku tak boleh tido jadi aku pun saja la amik angin jalan-jalan kat blog-blog orang. Banyak tabs aku bukak semuanya blog-blog orang, sebab aku dalam keadaan yang berselera untuk membaca selain dari nafsu makan yang membuak-buak. Arghh...! kejap lagi baru la sahur – sabar perut.. sabar...

ROT : Pembaharuan & Modifikasi Pada Blog ROT

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Hari ini banyak sangat masa aku habis dekat memperbetulkan sedikit sebanyak kekurangan yang terdapat pada blog Reign of Trust ini. Mula-mula ROT direka oleh aku, fokus bagi rekabentuk rupa dan feel yang aku memang target nak kasi pada pembaca aku adalah kepuasan dan keselesaan pembacaan. Dari dua aspek ni, aku come out kepada tema yang clean dan clear, tapi tak leh clear sangat sebab kalau nak clear maksimum, pastinya takkan ada post langsung so ruang tengah akan jadi putih berseri-seri. Maka dengan itu setelah 2 hari aku menumpukan perhatian bertapa dalam rumah dengan internet baru(wink) aku pun membuat template pada blog ini dengan menggunakan tema dan design yang aku impikan tadi. Maka terciptalah blog yang aku namakan sebagai Reign of Trust.

ROT : Kemunculan Dajjal dan Perkaitan Dengan Illuminati

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Seperti mana yang telah ROT sampaikan pada artikel sebelum ini, persoalan mengenai Illuminati, Freemason(Freemasonary) dan Dajjal Al Masih telah ROT terangkan secara ringkas. Walaupun kebanyakkan dari teori yang disampaikan pada artikel sebelum ini adalah pendapat peribadi dari ROT sendiri, segalanya adalah daripada logik akal ROT yang dangkal. Oleh itu, kisah sebenar tidaklah dapat ROT ramalkan. Wallahualam... Maka, seperti yang dijanjikan – ROT akan menyambung artikel yang lalu mengenai kemunculan fitnah paling besar dalam kehidupan manusia di muka bumi ini iaitu Dajjal Al Masih. Walaupun terdapat sebahagian yang menganggap Dajjal merupakan simbolik kepada sesuatu yang besar(yakni bukanlah manusia seperti kita), namun bagi ROT – Jelas dalam hadith-hadith menyatakan bahawa Dajjal itu adalah seperti manusia, dimana fizikalnya telahpun diterangkan oleh Rasulullah SAW.
malaysia (24) 2014 (17) yahudi (17) agama (14) bersih (11) anwar (10) bersih 2.0 (9) blogger (9) gengblogger (9) life (9) politik (9) ambiga (8) melayu (8) pkr (8) ROT (7) anwar ibrahim (7) google blogger (7) lawak super (7) norlia ghani (7) tipu (7) zionis (7) Freemason (6) PDRM (6) bn (6) fakap (6) fitnah (6) murtad (6) najib (6) singapore (6) Illuminati (5) anak rintik (5) bangsat (5) bola sepak (5) cina (5) dajjal (5) google blog (5) harimau malaya (5) harimau muda (5) islam (5) jahanam (5) kelayakan piala dunia (5) maharaja lawak (5) masonary (5) para blogger (5) selangor (5) singapura (5) Nabi (4) PM (4) al masih (4) anak bapak (4) barisan nasional (4) bodoh (4) bohong (4) gangster (4) hiburan (4) india (4) keadilan (4) panas (4) polis (4) syaitan (4) Behemoth (3) Imam Mahdi (3) US (3) boikot (3) bukit jalil (3) damai (3) dap (3) facebook (3) facebook page (3) football (3) gereja (3) jais (3) jumud (3) kelantan (3) keparat (3) komen (3) kristian (3) mampus (3) pelajar (3) raja lawak (3) remaja (3) seks (3) tuan guru (3) tun mahathir (3) umno (3) Nabi Isa (2) Nabi Nuh (2) bapak borek (2) cyclop (2) facebook comment (2) facebook like (2) fam (2) gay (2) iklan (2) kencing (2) kerja gile (2) kl (2) lion (2) madinah (2) mahathir (2) nuffnang (2) perniagaan (2) realiti show (2) rogol (2) sreevesan (2) syarikat di malaysia (2) tua (2) ISA (1) MPP (1) ads (1) angin (1) arkib (1) arkid (1) arsenal (1) bebas (1) blackberry (1) brown dwarf (1) comet (1) design (1) down (1) elenin (1) gadget (1) gerbang (1) handphone (1) htc (1) husam musa (1) iphone (1) jambu (1) jpa (1) kanan (1) kiri (1) mukadimah (1) musa (1) nibiru (1) nokia (1) planet x (1) recent post (1) sekolah agama (1) sial (1) social (1) spr (1) system of a down (1) teknologi (1) tema (1) theme (1) upm (1) wataniah (1) wibiya (1)
gunbladeiv's Profile on Ping.sg