Artikel-artikel lain di Reign of Trust
Seperti mana yang telah saya sampaikan dalam artikel yang ditulis pada 4 Ogos 2011 yang lalu, pihak JAIS telah menyerbu sebuah gereja yang terletak di salah sebuah bandar di Selangor atas maklumat bahawa gereja berkenaan mempunyai gerakan bawah tanah yang ingin menghasut masyarakat beragama Islam supaya murtad. Artikel ini pembaca boleh rujuk di sini – Sila baca ini. Mengikut sumber yang boleh dipercayai, sekarang kerajaan Selangor sedang panas kerana terdapat parti komponen pembangkang yang mati-matian ingin JAIS memohon maaf dan meminta maaf atas kejadian tersebut.
Oleh itu, aku rasa pelik kenapa mereka bermati-matian ingin JAIS tutup kes dan memohon maaf secara terbuka? Bukankah Hassan Ali telah menyatakan bahawa JAIS menerima aduan bahawa terdapat aktiviti menghasut masyarakat Islam untuk murtad di gereja terbabit? Tidakkah isu memurtadkan golongan muslim itu lebih utama dimana kerajaan Selangor patut membuka mata dan menyuruh parti komponen pro agama lain itu senyap dan biarkan JAIS menjalankan tanggungjawab mereka sebagai sebuah badan yang menjaga hal ehwal masyarakat dan agama Islam di Selangor? Aku jadi pelik bila hal ni menjadi isu yang besar pulak sampai – ada berita yang aku baca mengatakan Hassan Ali dipaksa untuk memohon maaf.
Gambar ini pula adalah gambar sebuah gereja terbesar di Asia jika berjaya dibangunkan. Ia dinamakan sebagai Gereja dan Kompleks Kristian Calvary yang akan mempunyai struktur setinggi enam tingkat. Aku just harap yang banggunan ini tidak akan ditempatkan di Malaysia memandangkan Malaysia merupakan kawasan yang strategik untuk pembinaan gereja ini. Jika ia dibina di Malaysia, nescaya aku yakin banggunan ini tidak akan lama ataupun rusuhan masyarakat Islam terbesar akan berlaku. Bukan kita membenci, tapi ini adalah realiti dimana apabila kerajaan membina Masjid besar, terdapat mulut-mulut yang menjadikan isu kononnya kerajaan bazirkan duit untuk pembinaan yang tidak berfaedah.
What the fish la – itu masjid untuk umat Islam bersembahyang menyembah Allah SWT. Jangan mempermainkan isu agama sebagai alat dan senjata politik. Aku menyeru supaya hentikan politik yang melibatkan agama kerana bagi aku, tidak ada politik yang bersih – oleh itu usah cemarkan agama Islam dengan sesuatu yang kotor!
Adakah ini taktik parti pembangkang semata-mata tidak mahu hilang sokongan dari parti komponennya bila keadaan betul-betul dihujung penggal untuk pilihanraya umum yang seterusnya? Adakah berbaloi menggadaikan agama demi untuk perjuangan duniawi? Aku tetap menyokong tindakan JAIS yang tidak langsung berat sebelah dalam kes ini. Aku tetap di belakang JAIS dalam hal ini, tidak perlulah kita tunduk pada politik jika agama harus digadai dan dijaja.
p.s:- cukup-cukuplah politik kotor, bangunkan negeri selangor dulu baru leh sembang kemas. kalau tidak cukup lah satu penggal saja memerintah negeri ni.