Tuesday, November 8, 2011

ROT : Indahnya Duniaku ?

Artikel-artikel lain di Reign of Trust

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud



ROT pernah terbaca mengenai satu topik yang membuatkan ROT terus mengucapkan dua kalimah syahadah dan mengagungkan kebesaran Illahi. Ya Allah besar sungguh kuasa Mu Ya Allah ! Itulah yang mampu ROT ucapkan setelah penat menelaah ilmu yang dipelajari di kelas.


Ceh, tapi pujian itu lebih aku tujukan pada artikel-artikel yang aku baca sewaktu masa santai sementara menunggu masa kelas yang belum jugak kunjung tiba hari ni. Topik yang aku Google hari ini sebenarnya menjurus kepada asteroid yang dijangka akan berada pada kedudukan paling rapat dengan bumi dalam sejarah manusia iaitu 0.84 LD. LD dalam unit di atas merujuk kepada Lunar Distance yakni 1LD bersamaan 238855 batu jauhnya.  Oleh itu, para saintis NASA menjangkakan tempoh 8 Nov - 11 Nov merupakan tempoh di mana asteroid 2005 YU55 berada paling dekat dengan bumi.


Kiamat? Ohw, tidak sudah pastinya tidak.  Ini bukanlah asteroid yang akan menghancurkan bumi.  Itu pasti, namun dengan jarak yang dekat ini sekiranya berlaku perubahan kepada paksi laluan asteroid tersebut maka sebarang kemungkinan pasti terjadi.  Paling buruk yang dicongak oleh para pengkaji asteroid adalah sekiranya paksi 2005 YU55 ini berubah dan melanggar bumi, maka gempa sekurang-kurangnya 7.0 skala Richter dan tsunami setinggi 70m adalah mungkin.  Oleh itu, risiko tetap ada - so jangan suka-suki ya .. Dan boleh bertaubat kot sekarang ni memandangkan semakin pasti bahawa dunia semakin uzur dan hanya menanti kata putus Illahi mungkin.

Tapi, disebalik kejadian ini - ROT terfikir sejenak satu teori yang pernah ROT fikir dahulu sekiranya terdapat dunia di dalam dunia.  Alangkah indahnya bumi bagi ROT sekiranya ini merupakan realiti.  Perkara ini telah pun di fikirkan oleh ahli fikir sejak zaman berzaman lagi.  Terdapat beberapa teori yang mengatakan benar terdapat dunia lain dan kehidupan lain didalam bumi ini.  Teori ini mengatakan bahawa kita hanyalah hidupan yang berada di luar kerak bumi dan terdapat hidupan lain yang hidupnya di dalam bumi ini.

Dari cerita dongeng ini, terdapat dunia yang jauh lebih permai dan cantik yang di beri nama Agartha berbanding dunia luar yang telah kita bersama rosak dan hancurkan.  Teori ini di sokong oleh ramai yang mempercayai dunia Agartha.  Dunia ini juga telah di sebut-sebut di dalam beberapa kitab masyur terdahulu.  Pelbagai nama yang di beri bagi kota ajaib dalam kerak bumi ini namun yang terma yang di terima pakai adalah kota Agartha.

Dari dongeng, kota ini adalah tempat hidupnya hidupan yang sangat maju dalam teknologi dan hidup dalam keadaan aman permai.  Pernah dengar mengenai penemuan NASA mengenai mole-people dalam operasi NASA 'Operation Mole People'? Berita ini yang dahulunya pernah hangat kini telah dilenyapkan dari segala jenis media.  ROT masih ingat lagi ketika beberapa sumber bacaan yang boleh dipercayai pernah menyiarkan bahawa penemuan NASA mengenai dunia di dalam kerak bumi yang didiami oleh sejenis makhluk menyerupai itik yang bertamadun dan mempunyai teknologi tinggi.  Kaum ini bilangannya ramai dan bermasyarakat.  Namun, entah kenapa bila ingin ROT cari kembali - yang ada hanyalah pautan yang sudah lenyap akibat konspirasi Amerika untuk menutup penemuan ini atas sebab-sebab tertentu.

Salah satu pintu masuk ke dunia Agartha
Apakah benar dunia lain wujud di dalam kerak bumi? Adakah kaum yang mendiami isi bumi ini merupakan Ya'juk dan Ma'Juk? Wallahualam.  Namun dari cerita dongeng, kota di dalam bumi ini merupakan punca kita mempunyai beberapa lubang yang sangat dalam sehingga tidak pernah kita ketahui lantai dasarnya.


ROT sertakan sekali beberapa diagram yang menjelaskan teori wujudnya dunia didalam dunia yang ROT kagumi.  Bagi ROT tidak salah jika mempercayai wujudnya dunia lain selain bumi dan makhluk lain kerana kita harus tahu bahawa banyak cipataan Allah yang lain tapi manusia yang di martabatkan sebagai khalifah dimuka bumi. 

Apa kata anda? kagum?

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Tinggalkan komen bagi artikel : ROT : Indahnya Duniaku ? !
malaysia (24) 2014 (17) yahudi (17) agama (14) bersih (11) anwar (10) bersih 2.0 (9) blogger (9) gengblogger (9) life (9) politik (9) ambiga (8) melayu (8) pkr (8) ROT (7) anwar ibrahim (7) google blogger (7) lawak super (7) norlia ghani (7) tipu (7) zionis (7) Freemason (6) PDRM (6) bn (6) fakap (6) fitnah (6) murtad (6) najib (6) singapore (6) Illuminati (5) anak rintik (5) bangsat (5) bola sepak (5) cina (5) dajjal (5) google blog (5) harimau malaya (5) harimau muda (5) islam (5) jahanam (5) kelayakan piala dunia (5) maharaja lawak (5) masonary (5) para blogger (5) selangor (5) singapura (5) Nabi (4) PM (4) al masih (4) anak bapak (4) barisan nasional (4) bodoh (4) bohong (4) gangster (4) hiburan (4) india (4) keadilan (4) panas (4) polis (4) syaitan (4) Behemoth (3) Imam Mahdi (3) US (3) boikot (3) bukit jalil (3) damai (3) dap (3) facebook (3) facebook page (3) football (3) gereja (3) jais (3) jumud (3) kelantan (3) keparat (3) komen (3) kristian (3) mampus (3) pelajar (3) raja lawak (3) remaja (3) seks (3) tuan guru (3) tun mahathir (3) umno (3) Nabi Isa (2) Nabi Nuh (2) bapak borek (2) cyclop (2) facebook comment (2) facebook like (2) fam (2) gay (2) iklan (2) kencing (2) kerja gile (2) kl (2) lion (2) madinah (2) mahathir (2) nuffnang (2) perniagaan (2) realiti show (2) rogol (2) sreevesan (2) syarikat di malaysia (2) tua (2) ISA (1) MPP (1) ads (1) angin (1) arkib (1) arkid (1) arsenal (1) bebas (1) blackberry (1) brown dwarf (1) comet (1) design (1) down (1) elenin (1) gadget (1) gerbang (1) handphone (1) htc (1) husam musa (1) iphone (1) jambu (1) jpa (1) kanan (1) kiri (1) mukadimah (1) musa (1) nibiru (1) nokia (1) planet x (1) recent post (1) sekolah agama (1) sial (1) social (1) spr (1) system of a down (1) teknologi (1) tema (1) theme (1) upm (1) wataniah (1) wibiya (1)
gunbladeiv's Profile on Ping.sg