Wednesday, August 3, 2011

ROT : Boikot Barangan Yahudi ?

Artikel-artikel lain di Reign of Trust

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Hari ni lepas berbuka aku di sapa oleh kawan aku yang aku kenali secara online merangkap guru aku dalam bidang programming jugak la. Nak publicize dia punya info dekat blog ni aku rasa tidak perlulah, tapi kalau kawan aku tu baca post aku yang ni, for sure dia tau siapa yang aku maksudkan. So, aku dok borak dengan dia pasal isu yang tertulis dekat blog dia iaitu : Frontal Lobotomy dengan post dia yang agak kontroversi. Post dia menyatakan bahawa tidak perlu pun sembang kemas nak boikot barangan yahudi ?

Aku bincang dengan kawan aku ni isu yang berat sebenarnya, tapi sebagai perbincangan yang orang kata sembang kedai kopi tapi melalui Yahoo Messenger(pun mempunyai pemegang saham yahudi) ada jugak point-point yang menarik. Okay la, mentaliti kita sebagai seorang Islam yang agak sedih dengan tindakan rejim Zionis menindas penduduk palestin – Itu betul dan memang patut kita rasa. Sampaikan mesej membenci tindakan tersebut dengan laungan keras seperti menulis di blog-blog dan media-media itu adalah logik dan berasas. Tapi bila ingin memboikot barangan yahudi? Aku bersependapat dengan kawan aku yang tadi ni. Sebab apa? Boleh tak kalau aku cakap .. lu pikir la sendiri? 


image

Asal permasalahan dominasi barangan yahudi dikalangan rakyat Malaysia adalah kesilapan yang berlaku bukan dalam masa sehari dua, sebulan dua atau setahun dua, tapi masalah ini berpunca dari kesilapan kita sebagai orang Islam yang sudah terlalu manja dan mengimpikan barangan-barangan yang berkualiti berpuluh-puluh tahun lamanya. Inilah yang menjadikan kaum yahudi menjadi kaya-raya. Kenapa mereka kaya raya? Adakah mereka kuat bekerja? atau adakah mereka dikurniakan dengan otak yang sangat bijak? jawapan kepada persoalan ni ada ditulis sendiri oleh seorang yahudi yang terkenal di blognya. Sila baca di sini.

image

Jadi logik atau berpatutan ke kita mahu boikot barangan yahudi atau kita setakat Sembang kemas nak mampos!? dan jawapan aku kepada yang beria-ria kempen boikot barangan yahudi tu adalah Lu sembang abes kemas nak mampus, menyampah wa dengar lu punya propa! sebab apa? kebanyakkan yang mempropagandakan menatang boikot-boikot ni menggunakan medium blog sebagai medium sebaran maklumat. Tapi sedar tak yang kalau korang nk boikot, kenapa tak create sendiri platform blog? Jangan gunakan blogspot punya platform kerana Google adalah salah satu produk yahudi.

image

Antara lain-lain alat dan produk yahudi yang aku rasa korang patut boikot kalau nak jugak jadi aktivis yang cemerlang adalah boikot barangan-barangan ini semua: Facebook, Yahoo, Google, Ebay, Omega(Bukan telur omega tu ye..harap maklum), dan last sekali mampu ke korang untuk meninggalkan Windows di bawah syarikat Microsoft yang korang sayangi ? saya sudah anda bila lagi? hahaha. Oleh itu, kalau rasa tak boleh hidup tanpa menda-menda aku listkan ni, jadi jangan la nak sembang kemas untuk boikot kerana keuntungan yang korang berikan dari penggunaan barangan ni lebih tinggi keuntungan kepada mereka berbanding membeli barangan-barangan yang lain. Oleh itu, jangan nak sembang kemas dan borak kosong dengan propa anda semua.

Ada pendapat lain? kalau ada pendapat atau tak bersetuju dengan apa yang aku tulis dekat sini, sila komen di ruang komen yang aku sediakan. Post ini aku tulis dari pendapat peribadi aku sendiri, jadi pendapat korang yang lain mungkin lebih berasas. Tapi selagi aku menggunakan enjin blog yang ditaja oleh Google aku takkan la mengikut propa yang macam ni.

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Tinggalkan komen bagi artikel : ROT : Boikot Barangan Yahudi ? !
malaysia (24) 2014 (17) yahudi (17) agama (14) bersih (11) anwar (10) bersih 2.0 (9) blogger (9) gengblogger (9) life (9) politik (9) ambiga (8) melayu (8) pkr (8) ROT (7) anwar ibrahim (7) google blogger (7) lawak super (7) norlia ghani (7) tipu (7) zionis (7) Freemason (6) PDRM (6) bn (6) fakap (6) fitnah (6) murtad (6) najib (6) singapore (6) Illuminati (5) anak rintik (5) bangsat (5) bola sepak (5) cina (5) dajjal (5) google blog (5) harimau malaya (5) harimau muda (5) islam (5) jahanam (5) kelayakan piala dunia (5) maharaja lawak (5) masonary (5) para blogger (5) selangor (5) singapura (5) Nabi (4) PM (4) al masih (4) anak bapak (4) barisan nasional (4) bodoh (4) bohong (4) gangster (4) hiburan (4) india (4) keadilan (4) panas (4) polis (4) syaitan (4) Behemoth (3) Imam Mahdi (3) US (3) boikot (3) bukit jalil (3) damai (3) dap (3) facebook (3) facebook page (3) football (3) gereja (3) jais (3) jumud (3) kelantan (3) keparat (3) komen (3) kristian (3) mampus (3) pelajar (3) raja lawak (3) remaja (3) seks (3) tuan guru (3) tun mahathir (3) umno (3) Nabi Isa (2) Nabi Nuh (2) bapak borek (2) cyclop (2) facebook comment (2) facebook like (2) fam (2) gay (2) iklan (2) kencing (2) kerja gile (2) kl (2) lion (2) madinah (2) mahathir (2) nuffnang (2) perniagaan (2) realiti show (2) rogol (2) sreevesan (2) syarikat di malaysia (2) tua (2) ISA (1) MPP (1) ads (1) angin (1) arkib (1) arkid (1) arsenal (1) bebas (1) blackberry (1) brown dwarf (1) comet (1) design (1) down (1) elenin (1) gadget (1) gerbang (1) handphone (1) htc (1) husam musa (1) iphone (1) jambu (1) jpa (1) kanan (1) kiri (1) mukadimah (1) musa (1) nibiru (1) nokia (1) planet x (1) recent post (1) sekolah agama (1) sial (1) social (1) spr (1) system of a down (1) teknologi (1) tema (1) theme (1) upm (1) wataniah (1) wibiya (1)
gunbladeiv's Profile on Ping.sg