Artikel-artikel lain di Reign of Trust
Hari ni aku baca satu artikel di berita harian online yang sibuk menyampaikan berita bahawa seorang rakyat Malaysia yang telah dicederakan dan disamun di United Kingdom. Still aku ingin mengucapkan takziah kepada mangsa dan moga mangsa dapat cepat sembuh dan pulang ke Malaysia jika tahap rusuhan menjadi lebih teruk. Keadaan kucar-kacir kat U.K ni aku jangkakan akan berlanjutan kerana kebanyakkan yang menyertai rusuhan kat UK ni jugak adalah jenis orang yang tak reti bahasa.
Bila aku baca keratan berita macam ni, aku terfikir – mana kononnya kebebasan yang diamalkan United Kingdom? Masa si Ambiga tu buat Bersih, kecoh orang eropah dok mengutuk kenapa kerajaan nak halang..Kononnya kebebasan demokrasi tak diamalkan? Tapi bila kene batang hidung sendiri? Apa kata lu bro-bro dan minah-minah yang pegang kerajaan UK?
Bila rakyat kita dicederakan oleh orang yang buat rusuhan, rata-rata rakyat Malaysia akan menyelar perbuatan rusuhan tu. Konon ayat-ayat korang akan berbunyik macam ni la "Bangang punya mat saleh pi buat rusuhan sampai rakyat mesia korang nak rompak". Ramai jugak menyelar perbuatan rusuhan kat UK tak kira atas sebab memperjuangkan apa sekali pun. Inilah pemikiran yang betul, rusuhan atau demonstrasi jalanan adalah perbuatan yang patut diselar dan kita elakkan.
Tapi time Ambiga anjurkan demonstrasi Bersih apa yang korang cakap? Ini hak sebagai rakyat! Apa salahnya buat demonstrasi – kenapa Malaysia tidak mengamalkan demokrasi macam bekas penjajah negara kita dan Amerika amalkan? Bullshit! Bullshit! Bullshit! Korang sedar tak kalau korang kutuk rusuhan kat UK sama la dengan korang ludah, pastu korang jilat balik ludah korang tu dengan muka yang sangat enak! hahaha. Time PM Dato Seri Najib Razak pergi lawatan kerja kat UK di sambut dengan warna kuning, aku ingat lagi ramai yang kat blog fitnah MalaysiaKini dok kata, polis sana sempoi takde pun nak pukul-pukul. BODOH punya orang yang bagi komen tu!
Nak tengok cool tak cool polis UK menjaga rusuhan macam mana? Ini gambar-gambar khas untuk pengikut-rela-cium-jubo Ambiga tengok dan saksikan bagaimana polis UK melayan peserta demonstrasi kat sana.
Ganas? Haha. Mana lagi bagus? Dekat Malaysia Bersih ada ke yang berdarah-darah kene bantai ngan polis? Korang patut try buat demonstrasi kat negara orang kasi rasa macam mana korang kene layan kat sana. Sembang kemas boleh la komplen sana komplen sini. Sume ni propaganda Ambiga sux tu. Kalau bukan Ambiga yang menghasut korang aku rasa ada syaitan lain yang akan lakukan tugas yang sama. Cuma aku mengharapkan rakyat Malaysia fikir, takde pape faedah pun dari budaya merusuh atau demonstrasi jalanan sebab budaya tu adalah budaya yang diperkenalkan oleh barbarian yang berasal dari barat! kita orang timur, jadilah orang timur.