Wednesday, November 2, 2011

ROT : Ramalan 2012 ! WTF !

Artikel-artikel lain di Reign of Trust

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Selepas lama hanya membaca dan memerhatikan telatah masyarakat dunia mengenai ramalan yang kononnya dunia akan berakhir pada tahun 2012 - ROT tetiba berminat untuk mengupas dan mengulas sikit pasal menda alah ni.  ROT tahu ramai pembaca yang pasti sudah pernah terbaca atau mengkaji mengenai ura-ura bahawa bumi akan musnah akibat sebuah planet yang dinamakan Nibiru pada 2012.

Adakah benar bahawa Nibiru ini wujud? Jika benar planet pemusnah( macam nama Orga plak aku rasa sekali sekala sebut 'pemusnah' ni. Orga adalah watak yang membunuh lagi hebat dalam komik lama 'Pendekar Laut' yang mempunyai gelaran sebagai 'Paus Pemusnah' ) ini benar-benar wujud, maka tidakkah ia sudah mampu di lihat ?


Mengikut teori pengkaji bintang, planet dan galaksi amatur dan berkecuali - Nibiru sudah mula di lihat pada lensa teleskop infra merah sejak tahun 1983 lagi namun ia dikatakan terlalu jauh untuk di klasifikasikan sebagai sebuah planet yang mengorbit matahari( bermakna ia tidak termasuk di dalam galaksi kita ).  Oleh itu, planet pluto kekal menjadi planet yang mengorbit matahari paling jauh.

Namun setelah beberapa tahun berlalu, pengkaji/kipas-susah-mati planet X atau Nibiru ini pasti bahawa planet X adalah planet yang ke-10 yang di cari selama ini.  Planet ke-10 mula di katakan wujud oleh pengkaji planet dan angkasa lepas kerana terdapat keraguan terhadap perubahan paksi orbit planet Uranus dan Neptun.  Perubahan ini hanya boleh dijelaskan secara saintifik sekiranya terdapat planet ke-10 yang mengorbit matahari kita.  Maka dari teori inilah, kebanyakkan pusat pemerhati angkasa giat mencari di mana planet yang ke-10 sehinggalah seorang dari pengkaji amatur telah membuat kenyataan bahawa planet yang ke-10 telah dijumpai dan dinamakan sebagai Nibiru.

Namun, penemuan ini tidak pernah di klasifikasikan sebagai tulen apabila NASA terus berdiam diri tanpa sebarang penjelasan mengenai data penemuan planet baru ini.  Dari kisah penemuan ini, maka beberapa konspirasi mega mula di canang di internet dari ramalan purba sehinggalah ke perkaitan dengan kedatangan Dajjal ke muka bumi oleh pengguna internet.  Salah satu provokasi yang popular bagi ROT adalah ramalan kaum Mayan mengenai tamatnya tamadun manusia pada 21.12.2012 dengan tamatnya tarikh kalendar purba kaum ini pada tarikh tersebut. 

Kalendar Mayan?

Secara logiknya, jika kaum ini mampu membuat kalendar yang sangat kompleks pada zaman itu sehingga tahun 2012, kenapa tidak mereka akhiri tarikh tersebut sehinggalah tamatnya tahun 2012 iaitu pada tarikh 31.12.2012 - Mengapa tarikh akhir harus pada 21.12.2012? Penjelasan yang paling munasabah bagi ROT adalah mungkin pengukir kalendar tersebut telah jatuh sakit dan tidak mampu untuk menamatkan ukiran beliau sehingga 22.12.2012? Logik? Mayan mempunyai tamadun yang sangat kompleks dan menakjubkan jika hendak dibandingkan dengan zaman kewujudan mereka. 

Ada teori yang mengatakan bahawa kaum Mayan ini sangat bijak mengenai kaji alam sehinggakan kebanyakkan dari ukiran dan lukisan seni mereka hampir semuanya adalah berkaitan dengan galaksi dan angkasa.  Ada juga teori yang mengatakan bahawa kaum Mayan ini hidup sejak zaman Dinosour dan mampu terus wujud selepas zaman itu kerana mempunyai  teknologi yang canggih.  Dari situlah terdapat pendapat yang mengatakan bahawa kaum Mayan pernah melalui keadaan dimana planet X telah mengorbit matahari dan menyebabkan bumi yang dahulu didiami oleh kaum Mayan dan dinosour musnah akibat gangguan graviti dari planet X ini.

Pendapat ROT?

ROT tidak ingin memberikan pendapat yang menyebelahi mana-mana pihak dalam konspirasi ini.  Mungkin ini merupakan dongeng yang ingin dicipta oleh masyarakat moden abad 2020.  Namun sekiranya benar wujud planet X yang mampu memusnahkan kehidupan supaya galaksi kembali seperti asal, maka ROT akan ketahui juga kebenarannya apabila tiba masanya.  Namun, sebagai seorang yang beragama Islam - ROT percaya bahawa dunia ini akan musnah suatu hari nanti apabila malaikat Israfil meniupkan sangkakala menandakan berlakunya kiamat.

Tapi sekiranya ini semua adalah penipuan, ROT agak pelik kenapa harus perkara yang jelas hendak diselindungkan.  Kebenaran hendak di tutup dari manusia seluruh dunia? Mengapa pada google earth terdapat beberapa tempat yang di label sebagai black spot kerana cuba mengelak dari masyarakat melihat apa yang berada disebalik kawasan hitam tersebut?

Dan bagaimana pula hendak menjelaskan rakaman-rakaman amatur mengenai matahari kedua yang boleh di lihat dengan mata kasar kebelakangan ini di serata dunia? Adakah ada sesiapa yang mampu menjelaskan video yang ROT kepilkan di bawah ini? Apa pendapat anda? adakah planet Nibiru ini benar-benar wujud dan semakin hampir dengan bumi sehinggakan setiap kali kedudukan planet Nibiru, matahari dan bumi sejajar - setiap kali itulah gempa bumi berukuran 5.0 magnitud ke atas berlaku? ( teori ini telah dibuktikan dengan meneliti semula sejarah gempa bumi sejak 10 tahun lalu oleh beberapa pengkaji planet X ini.  Teori bahawa planet X ini merupakan satu planet yang besar dan mempunyai graviti yang kuat hampir terbukti dari kajian ini kerana walaupun kedudukan 10 tahun dahulu planet X masih jauh dari bumi dan matahari, namun setiap kali kedudukan 3 objek ini selari maka bumi akan mengalami gempa yang dasyat ).


Apakah penjelasan anda mengenai video di atas? Adakah anda tetap ingin mengatakan bahawa kejadian dua matahari tersebut adalah kesan dari lensa kamera yang memantulkan cahaya? ROT sangkal teori ini, namun ROT tak boleh nak bagi apa-apa teori selain dari tunggu dan lihat apa yang akan berlaku dalam masa terdekat.


Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Tinggalkan komen bagi artikel : ROT : Ramalan 2012 ! WTF ! !
malaysia (24) 2014 (17) yahudi (17) agama (14) bersih (11) anwar (10) bersih 2.0 (9) blogger (9) gengblogger (9) life (9) politik (9) ambiga (8) melayu (8) pkr (8) ROT (7) anwar ibrahim (7) google blogger (7) lawak super (7) norlia ghani (7) tipu (7) zionis (7) Freemason (6) PDRM (6) bn (6) fakap (6) fitnah (6) murtad (6) najib (6) singapore (6) Illuminati (5) anak rintik (5) bangsat (5) bola sepak (5) cina (5) dajjal (5) google blog (5) harimau malaya (5) harimau muda (5) islam (5) jahanam (5) kelayakan piala dunia (5) maharaja lawak (5) masonary (5) para blogger (5) selangor (5) singapura (5) Nabi (4) PM (4) al masih (4) anak bapak (4) barisan nasional (4) bodoh (4) bohong (4) gangster (4) hiburan (4) india (4) keadilan (4) panas (4) polis (4) syaitan (4) Behemoth (3) Imam Mahdi (3) US (3) boikot (3) bukit jalil (3) damai (3) dap (3) facebook (3) facebook page (3) football (3) gereja (3) jais (3) jumud (3) kelantan (3) keparat (3) komen (3) kristian (3) mampus (3) pelajar (3) raja lawak (3) remaja (3) seks (3) tuan guru (3) tun mahathir (3) umno (3) Nabi Isa (2) Nabi Nuh (2) bapak borek (2) cyclop (2) facebook comment (2) facebook like (2) fam (2) gay (2) iklan (2) kencing (2) kerja gile (2) kl (2) lion (2) madinah (2) mahathir (2) nuffnang (2) perniagaan (2) realiti show (2) rogol (2) sreevesan (2) syarikat di malaysia (2) tua (2) ISA (1) MPP (1) ads (1) angin (1) arkib (1) arkid (1) arsenal (1) bebas (1) blackberry (1) brown dwarf (1) comet (1) design (1) down (1) elenin (1) gadget (1) gerbang (1) handphone (1) htc (1) husam musa (1) iphone (1) jambu (1) jpa (1) kanan (1) kiri (1) mukadimah (1) musa (1) nibiru (1) nokia (1) planet x (1) recent post (1) sekolah agama (1) sial (1) social (1) spr (1) system of a down (1) teknologi (1) tema (1) theme (1) upm (1) wataniah (1) wibiya (1)
gunbladeiv's Profile on Ping.sg