Saturday, July 30, 2011

ROT : Pengaruh Illuminati Dan Dajjal di Malaysia ?

Artikel-artikel lain di Reign of Trust

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

ROT pernah menulis dan mengulas panjang di dalam journal ROT sebelum ROT berjinak-jinak dengan penulisan secara blog ini mengenai tajuk yang ROT ingin bincangkan di sini. Selepas baca post dari seorang blogger masyuk iaitu Saiazuan Blog, aku pun teringat yang aku pernah buat kajian dan aku tulis apa yang aku fikir logik untuk menjelaskan bagaimana hebatnya pengaruh Illuminati dan Dajjal Al Masih yang tersirat di Malaysia. Kegiatan subversif ini telah lama disalurkan ke setiap pelusuk bumi. Tiada satu pun celah atau rekahan yang mampu terlepas dari kegiatan ini. Dan kegiatan penyebaran fahaman badan rahsia ini telah berlaku lebih lama dari apa yang kita bayangkan. Lebih lama dari terbentuknya kepulauan Asia Tenggara – begitulah perumpaan bagi ROT menggambarkan bertapa bersungguh-sungguhnya ahli-ahli Illuminati yang mengagungkan Dajjal ini dalam menyediakan dunia yang baru sementara menanti munculnya pemimpin yang dikatakan hebat, iaitu Dajjal Al Masih.

Secara umumnya apakah itu Illuminati?

Illuminati bermaksud Pembebasan di dalam bahasa kuno latin apabila diklasifikasikan sebagai jamak(lebih daripada satu). Ia sangat berkait rapat dengan zaman terang bagi masyarakat eropah.  Mengikut sejarah, Illuminati khusus merujuk kepada satu era Bavarian Illuminati, iaitu Zaman Terang Pertubuhan Rahsia yang ditubuhkan pada 1 May 1776. Jadi apakah Illuminati ini merupakan satu pertubuhan yang diklasifikasikan sebagai rahsia walaupun terjemahan dan sejarah penubuhan telahpun ditulis untuk tatapan umum di Wikipedia? Bukankah tiada rahsia setelah kisah dan perjuangan pertubuhan ini dibongkar dan didedahkan untuk tatapan sesiapa sahaja yang mempunyai akses internet ?
image
Lambang Illuminati dengan Motto 'ANNUIT COEPTIS'
Kerahsiaan pertubuhan ini tidak mampu dirungkai dengan penulisan yang hebat walaupun penerangan, salah silah serta jika pun semua ahlinya tersenarai untuk tatapan umum, namun ia tetap mempunyai rahsia yang hanya ahli-ahli tegar kumpulan ini sahaja yang tahu. Ini merupakan etika dan peraturan yang harus dipatuhi oleh ketua-ketua di dalam pertubuhan ini di mana jika ingkar, maut yang akan menanti.

Adakah Malaysia Mempunyai Ahli bagi Pertubuhan Ini?

Ini merupakan satu persoalan yang pernah menjadi topik hangat suatu ketika dahulu di internet dimana rakyat Malaysia telah mengenalpasti beberapa banggunan yang menjadi tempat pertubuhan rahsia ini mengadakan mesyuarat bagi menjalankan kegiatan subversif mereka. Beberapa lokasi yang terbukti wujudnya banggunan ini adalah seperti di Johor Bahru dan Lumut, Perak. Di bawah saya sertakan satu video yang pernah menjadi perbualan hangat rakyat Malaysia secara maya.

Kenapa Freemason Pulak ?

Jawapan bagi soalan ini sangat mudah. Merujuk kepada artikel di Bibliotecapleyades illuminati dan Freemason(atau lebih dikenali sebagai freemasonary) merupakan satu pertubuhan yang sama. Illuminati dikatakan hanya merujuk kepada satu era atau zaman perubahan dari Zaman Gelap kepada Zaman Terang bagi masyarakat eropah. Namun, badan yang bertanggungjawab melakukan perubahan ini merupakan Freemason. Apakah itu freemason? Freemason kalau dihuraikan secara terus is akan membawa maksud sebagai free thinker. Ahli-ahlinya tidak percaya pada tuhan yang satu, namun mereka percaya segala apa yang terjadi didunia ada sesuatu yang mengawalnya. Oleh sebab itu, mereka telah memuja satu model yang dinamakan Satan atau lebih gemar dipanggil sebagai Behemoth. Pertubuhan ini merupakan pertubuhan yang memuja syaitan Ifrit bagi mengawal segala yang terjadi dimuka bumi ini. Pertubuhan ini jugalah yang bertanggungjawab memperkenalkan terma 'New World of Order' yang sangat-sangat dibanggakan oleh masyarakat eropah.
image
Lambang Freemason Sama dengan lambang Illuminati

Apakah Kaitan Pertubuhan Ini dengan Dajjal Al Masih?

Untuk merungkai persoalan ini, kajian mendalam perlu dilakukan kepada pertubuhan yang dinamakan Freemason. Dengan mengetahui segala hal dan helah pertubuhan rahsia ini, segala yang tersirat akan jelas kelihatan. Dajjal merupakan satu-satunya ujian bagi masyarakat Islam yang mana setiap Nabi diperintahkan untuk memberi peringatan kepada kaum mereka mengenai FITNAH DAJJAL AL MASIH. Fitnah dajjal ini dikatakan fitnah yang terhebat dari segala jenis fitnah yang mungkin manusia fikir dengan akal yang waras. Fitnah di sini tidaklah membawa erti tuduhan melulu yang biasa masyarakat Melayu gunakan dalam kehidupan harian. Fitnah Dajjal merupakan helah yang besar sehinggakan helah ini akan dianggap sebagai kebenaran walhal yang benar itu ada di depan mata untuk ditegakkan.

Ulasan dan Pandangan Peribadi ROT...

Sebelum ROT menyampaikan pendapat yang ROT simpan didalam journal peribadi ROT selama ini mungkin benar atau mungkin tidak. Jadi ROT mengharap pembaca tidak percaya bulat-bulat apa yang ditulis melainkan anda juga merupakan seorang pengkaji yang sering berfikir dan telah lama memerhatikan fenomena-fenomena ini secara sedar;
Pada pendapat ROT, Dajjal masih menunggu masa yang sesuai untuk menampakkan jasadnya kepada tontonan manusia biasa. Namun harus kita ingat, Dajjal juga merupakan makhluk Allah S.W.T yang diberikan keistimewaan atau mukjizat luarbiasa iaitu hidup yang panjang, kata-kata yang akan dipercayai semua dan pemikiran yang bijak. Namun keistimewaan ini telah menyebabkan Dajjal terpesong dan ingin menghancurkan manusia dengan melakukan fitnahnya dimuka bumi ini. Adanya Dajjal telah hidup sejak zaman Nabi yang pertama lagi, namun dia telah dirantai oleh Allah S.W.T Maha Agung dengan janji bahawa dia akan dibenarkan berjalan semula diatas muka bumi ini satu hari nanti.
Dalam banyak hadith mengenai Dajjal ini, hampir kesemuanya mengatakan bahawa dajal itu hidupnya hanya 40 hari; di mana satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya, hari-hari dajjal akan sama seperti hari-hari kalian. Dari ayat ini, ROT merungkaikan bahawa Dajjal sudah pun berjalan dimuka bumi ini sejak bermulanya tamadun manusia di bumi ini. Sejak Nabi Adam menjadi khalifah pertama dan Hawa pasangan hidupnya lagi Dajjal sudah pun berjalan di atas muka bumi ini. Namun ia hidup secara berbeza dari kehidupan khalifah di muka bumi(khalifah merujuk kepada manusia, kerana kita merupakan khalifah yang ditugaskan untuk menyembah Allah S.W.T disamping menjaga kebajikan langit dan bumi, gunung-gunung, alam sekitar dan lain-lainnya). Namun kenapa tidak mampu kita menentukan siapakah Dajjal supaya mudah kita menghapuskan dia sebelum dia mampu menyebarkan Fitnah terbesarnya.
Bagi ROT, penjelasan yang munasabah dimana penjelasan ini boleh diterima pakai dari semua golongan pengkaji tak kira la berpandukan hadith, kitab, Sejarah mahupun Sains. ROT menganggap bahawa Dajjal ketika ini(tidak kelihatan jasadnya dengan mata kasar) adalah disebabkan setiap hari Dajjal yang berbeza dari hari-hari manusia normal, Dajjal akan melangkah dari satu dimensi ke dimensi yang lain. Namun walaupun berada pada dimensi yang berlainan, Dajjal masih mampu mengawal segala yang berlaku di dunia kerana dia dikurniakan kebijaksanaan yang tinggi. Maka, apabila tibanya Dajjal pada dimensi ketiga, maka akan kelihatanlah jasad makhluk ciptaan Allah S.W.T yang dinamakan Dajjal Al Masih.

Namun Dajjal Tidak Akan Muncul Selagi...
Dari kajian ROT, Dajjal hanya akan muncul apabila kuasa veto sedia ada yakni Amerika mengalami krisis ekonomi yang terus sehingga Dollar jatuh ke tahap yang tidak pernah digambarkan. Apabila ekonomi berasaskan matawang jatuh menyembah bumi, Dinar akan diperkenalkan semula. Ketika ini negara Israel akan menjadi kuasa besar dunia kerana Israel mempunyai dinar yang banyak melebihi dari negara lain di dunia.
Dajjal hanya akan muncul ketika Israel sudah memiliki negara mutlak yakni Israel di iktiraf sebagai sebuah negara berdaulat dan tidak lagi dianggap sebagai sebuah negara yang direka oleh yahudi hasil dari keganasan ke atas rakyat Palestine. Palestine pula akan hilang disebalik kepulan-kepulan asap letupan mortar tentera Zionis.
Dajjal hanya akan muncul setelah Madinah mempunyai TUJUH jalan keluar dan masuk(pintu). Ketika hadith ini disampaikan, Madinah ketika itu tidak lagi mempunyai tujuh laluan masuk dan keluar. Namun, setelah berabad-abad, akhirnya telah tiba masa jika kita kira pada hari ini, ketika ini, dan saat ini, Kota Madinah telah mempunyai tujuh buah pintu masuk (kebetulan ? sudah tentu tidak kerana ini merupakan jalan cerita bagi kisah hidup Dajjal yang harus kita(umat akhir zaman) lalui sebagai ujian dari Allah S.W.T.
Dajjal juga hanya akan muncul apabila negara Dajjal yakni Israel telah berjaya menyiapkan Kuil Sulaiman(Solomon Temple) untuk dijadikan pusat pemerintahan Dajjal bagi meneraju 'New World Order'. Dan bermula dari zaman inilah, manusia akan menderita kesan dari fitnah teragung dunia. Fitnah yang merangkumi segala kesesatan, keperitan, kesusahan dan kebinasaan bagi manusia yang tidak mahu menyembah Dajjal.

Post Reign Of Trust ini akan bersambung ...

ROT akan menyambung lagi kesudahan dari nukilan ini secepat mungkin. ROT terpaksa membuat post ini dalam bentuk part-by-part supaya tidak terlalu banyak input kepada pembaca dalam satu post kerana bila berlaku terlalu banyak input dari satu sumber(yakni artikel ini), maka penerimaan dari pembacaan akan merosot sehingga apa yang dibaca mungkin akan dilupakan selepas pembaca menukar paparan blog ini.

Baca sambungan artikel

Oleh itu, jika pembaca ada sebarang komen, pendapat peribadi atau sebarang cerita untuk dikongsi bersama pembaca lain, anda dialu-alukan untuk menulis diruangan komen di bawah. Selamat membaca dan sertailah perbincangan kami.

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Tinggalkan komen bagi artikel : ROT : Pengaruh Illuminati Dan Dajjal di Malaysia ? !
malaysia (24) 2014 (17) yahudi (17) agama (14) bersih (11) anwar (10) bersih 2.0 (9) blogger (9) gengblogger (9) life (9) politik (9) ambiga (8) melayu (8) pkr (8) ROT (7) anwar ibrahim (7) google blogger (7) lawak super (7) norlia ghani (7) tipu (7) zionis (7) Freemason (6) PDRM (6) bn (6) fakap (6) fitnah (6) murtad (6) najib (6) singapore (6) Illuminati (5) anak rintik (5) bangsat (5) bola sepak (5) cina (5) dajjal (5) google blog (5) harimau malaya (5) harimau muda (5) islam (5) jahanam (5) kelayakan piala dunia (5) maharaja lawak (5) masonary (5) para blogger (5) selangor (5) singapura (5) Nabi (4) PM (4) al masih (4) anak bapak (4) barisan nasional (4) bodoh (4) bohong (4) gangster (4) hiburan (4) india (4) keadilan (4) panas (4) polis (4) syaitan (4) Behemoth (3) Imam Mahdi (3) US (3) boikot (3) bukit jalil (3) damai (3) dap (3) facebook (3) facebook page (3) football (3) gereja (3) jais (3) jumud (3) kelantan (3) keparat (3) komen (3) kristian (3) mampus (3) pelajar (3) raja lawak (3) remaja (3) seks (3) tuan guru (3) tun mahathir (3) umno (3) Nabi Isa (2) Nabi Nuh (2) bapak borek (2) cyclop (2) facebook comment (2) facebook like (2) fam (2) gay (2) iklan (2) kencing (2) kerja gile (2) kl (2) lion (2) madinah (2) mahathir (2) nuffnang (2) perniagaan (2) realiti show (2) rogol (2) sreevesan (2) syarikat di malaysia (2) tua (2) ISA (1) MPP (1) ads (1) angin (1) arkib (1) arkid (1) arsenal (1) bebas (1) blackberry (1) brown dwarf (1) comet (1) design (1) down (1) elenin (1) gadget (1) gerbang (1) handphone (1) htc (1) husam musa (1) iphone (1) jambu (1) jpa (1) kanan (1) kiri (1) mukadimah (1) musa (1) nibiru (1) nokia (1) planet x (1) recent post (1) sekolah agama (1) sial (1) social (1) spr (1) system of a down (1) teknologi (1) tema (1) theme (1) upm (1) wataniah (1) wibiya (1)
gunbladeiv's Profile on Ping.sg