Wednesday, September 7, 2011

ROT : Dunia Aman Tanpa Al-Qaeda

Artikel-artikel lain di Reign of Trust

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Dunia akan aman tanpa perjuangan dari sekumpulan manusia yang digelar Al-Qaeda. Yes! Itu adalah motif aku menulis untuk post kali ni. Sebab apa tetiba aku terlibat nak menulis pasal al-Qaeda? Jawapannya mudah je, Berita Harian hari ini ada memuatkan penulisan mengenai al-Qaeda.

Dari sudut pandangan seorang Islam, perjuangan menegakkan agama itu adalah Jihad, Yes? Tapi adakah benar perjuangan al-Qaeda ini adalah berlandaskan jihad? Aku sangsi sendiri dengan motif serta tapak perjuangan bagi kumpulan ini. Siapa dalang bagi perjuangan ni? Osama Bin Laden? Siapa pula Osama Bin Laden ni? Adakah dia benar-benar seorang yang berjuang demi jihad kerana agama Allah SWT?


Tidak dinafikan bahawa konspirasi dari Amerika Syarikat tentang kewujudan al-Qaeda ini sudah sampai penamatnya. Penipuan ini sudah tidak lagi relevan kerana zaman pemerintahan Bush sudah berakhir. Oleh itu, bagaimanakah cara bagi menamatkan novel Pak Pandir yang ditulis oleh kerajaan boneka US ini? Cerita dongeng ini di tamatkan dengan mematikan watak utama pemimpin terulung al-Qaeda iaitu Osama Bin Laden itu sendiri.

NEW YORK: Rangkaian pengganas antarabangsa, Al-Qaeda kini semakin lemah dalam tempoh satu dekad selepas peristiwa 9 September (9/11), manakala Amerika Syarikat (AS) semakin mempunyai semangat tinggi untuk terus menangani kegiatan pengganas global.

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Pertahanan AS, Leon Panetta ketika melakukan lawatan ke kawasan pemulihan semula Ground Zero, di tengah kota New York, tempat berlakunya serangan 9 September 2001.
Panetta berkata, rakyat Amerika kini boleh menarik nafas lega apabila Al-Qaeda berterusan mengalami kejutan sehingga melemahkan rangkaian itu dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
“Kita boleh berbangga kerana sejak peristiwa 9/11, kita membawa beberapa kejayaan dalam membanteras Al-Qaeda, termasuk melemahkan kepemimpinan Al-Qaeda,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, tiga pemimpin utama Al-Qaeda, termasuk Osama bin Laden yang terbunuh dalam sebuan kontroversi tentera AS, Mei lalu, semuanya sudah tiada dan dengan itu, pertubuhan itu kini mengalami kemusnahan yang serius.

Panetta bagaimanapun memberi amaran kepada rakyat Amerika agar jangan tunduk sebaliknya memberi tekanan dan kesalahan kepada Al-Qaeda yang menyebabkan tragedi 9/11 lalu sehingga 3,000 orang terkorban. - AFP
Petikan dari Berita Harian
Cerita ini telah berjaya menipu hampir lebih dari separuh penduduk-penduduk dunia. Cerita yang dirancang oleh kerajaan US serta telah diperbaiki struktur ayat serta plot drama oleh agen risikan US sendiri iaitu CIA telah pun berakhir. Dan penamat dari kisah ini adalah 'Happy Ending' dengan keluarnya kenyataan bahawa dunia semakin selamat tanpa al-Qaeda.


Namun siapa yang benar-benar merancang? Jika ini benar adalah merupakan kegiatan pengganas yang didalangi oleh Osama Bin Laden(yang bukan merupakan anggota CIA) maka kumpulan ini merupakan kumpulan yang tidak setanding langsung dengan KGB dan CIA dalam taktikal dan risikan. Kalau setanding masakan ketua boleh dibunuh begitu sahaja. Kalau benar ini adalah kegiatan aktivis islam, sudah pasti ketika zaman bush memerintah lagi, sudah terkuburnya presiden US sebelum sempat meletakkan jawatan.

Adakah dunia selamat tanpa al-Qaeda? Jawapan aku adalah tidak. Dunia akan lebih selamat tanpa konspirasi dari kuasa besar dunia seperti USA dan Israel.

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Tinggalkan komen bagi artikel : ROT : Dunia Aman Tanpa Al-Qaeda !
malaysia (24) 2014 (17) yahudi (17) agama (14) bersih (11) anwar (10) bersih 2.0 (9) blogger (9) gengblogger (9) life (9) politik (9) ambiga (8) melayu (8) pkr (8) ROT (7) anwar ibrahim (7) google blogger (7) lawak super (7) norlia ghani (7) tipu (7) zionis (7) Freemason (6) PDRM (6) bn (6) fakap (6) fitnah (6) murtad (6) najib (6) singapore (6) Illuminati (5) anak rintik (5) bangsat (5) bola sepak (5) cina (5) dajjal (5) google blog (5) harimau malaya (5) harimau muda (5) islam (5) jahanam (5) kelayakan piala dunia (5) maharaja lawak (5) masonary (5) para blogger (5) selangor (5) singapura (5) Nabi (4) PM (4) al masih (4) anak bapak (4) barisan nasional (4) bodoh (4) bohong (4) gangster (4) hiburan (4) india (4) keadilan (4) panas (4) polis (4) syaitan (4) Behemoth (3) Imam Mahdi (3) US (3) boikot (3) bukit jalil (3) damai (3) dap (3) facebook (3) facebook page (3) football (3) gereja (3) jais (3) jumud (3) kelantan (3) keparat (3) komen (3) kristian (3) mampus (3) pelajar (3) raja lawak (3) remaja (3) seks (3) tuan guru (3) tun mahathir (3) umno (3) Nabi Isa (2) Nabi Nuh (2) bapak borek (2) cyclop (2) facebook comment (2) facebook like (2) fam (2) gay (2) iklan (2) kencing (2) kerja gile (2) kl (2) lion (2) madinah (2) mahathir (2) nuffnang (2) perniagaan (2) realiti show (2) rogol (2) sreevesan (2) syarikat di malaysia (2) tua (2) ISA (1) MPP (1) ads (1) angin (1) arkib (1) arkid (1) arsenal (1) bebas (1) blackberry (1) brown dwarf (1) comet (1) design (1) down (1) elenin (1) gadget (1) gerbang (1) handphone (1) htc (1) husam musa (1) iphone (1) jambu (1) jpa (1) kanan (1) kiri (1) mukadimah (1) musa (1) nibiru (1) nokia (1) planet x (1) recent post (1) sekolah agama (1) sial (1) social (1) spr (1) system of a down (1) teknologi (1) tema (1) theme (1) upm (1) wataniah (1) wibiya (1)
gunbladeiv's Profile on Ping.sg