Tuesday, November 1, 2011

ROT : Realiti Hidup Harus Diterima FINAS ?

Artikel-artikel lain di Reign of Trust

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Baru-baru ini satu karya seni anak muda yang pernah suatu ketika dahulu menyebabkan kebanyakkan rakyat Malaysia berang dengan video klip kontroversi yang mengejek negara Malaysia tersebar di dalam Youtube.  Ya, anak muda yang ROT maksudkan itu tidak lain tidak bukan adalah Namawee.

Tidak ROT nafikan bahawa FINAS melakukan kesilapan kerana meng-anaktiri-kan karya seni yang bagi ROT adalah realiti kehidupan yang sedia ada masa kini.  FINAS boleh melabel apa sahaja kepada karya Nasi Lemak 2.0 ini.  Sesetengah akan mengatakan karya ini berunsurkan perkauman, anti-kerajaan dan lain-lain lagi - Namun setelah menonton filem ini, dapat ROT simpulkan bahawa seni Namawee ini tidaklah seburuk yang kita sangkakan.


Realiti hidup ! Itulah yang cuba disampaikan oleh anak muda ini (dia lagi tua dari ROT ke tak pasti plak. Tapi demi menyedapkan ayat, ROT panggil je la anak muda).  Secara realitinya ROT sendiri meluat dan benci dengan cara Namawee ini menyampaikan mesej beliau pada video-video yang terdapat di channel Youtube.  Secara umum, ROT melabelkan Namawee ini sebagai seorang yang agak keterlaluan dan kurang ajar.



Tapi kalau ingin cerita pasal Nasi Lemak 2.0 - memang terdapat unsur-unsur perkauman dan sedikit adegan yang boleh menimbulkan kontroversi di kalangan masyarakat yang berbilang kaum.  Namun itulah realiti kehidupan yang harus di terima pakai.  Apa yang Namawee sampaikan dalam Nasi Lemak 2.0 adalah perkara sebenar yang terjadi pada muda mudi sekarang.  ROT tidak mengatakan masalah perkauman ini akan menimbulkan perkara serius.  Buat masa ini tidak lagi ada isu perkauman yang melibatkan pergaduhan atau pertikaman lidah.  Namun kita harus akui dan akur pada realiti sebenar bahawa perkauman sudah mula berakar umbi di benak setiap masyarakat Malaysia tidak kira kaum.

Mungkin ramai yang membaca ini akan cuba sedaya upaya menidakkan pernyataan ROT itu, tapi semakin banyak kita cuba menafikan - semakin jelaslah point yang ROT tuliskan.  Tak percaya? Cuba la..

FINAS tidak patut mengenakan sekatan ke atas karya seni mana-mana anak muda termasuklah Namawee walaupun beliau mempunyai latar belakang yang agak bangsat dan keterlaluan dalam menyampaikan idea dan pandangan.  Bagi ROT selagi isu yang diketengahkan adalah realistik dan tidak melampau, selagi ada moral yang ingin diperjelaskan - maka berilah peluang.  Mungkin Namawee juga ada hasrat yang di kuburkan selama ini dan memilih medium filem (bukan Youtube) untuk memperjelaskan kepada masyarakat.

Kepada yang masih belum berkesempatan menonton filem Nasi Lemak 2.0, ROT cadangkan supaya pergilah ke laman web download yang korang tau, then download dan fahamilah isi dari filem itu.  Kalau korang agak bengap sangat nak faham maksud sebenar filem itu dan masih ingin mengambil point racism - maka kekalkan lah kebengapan tu dalam benak otak korang yang JUMUD.

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Tinggalkan komen bagi artikel : ROT : Realiti Hidup Harus Diterima FINAS ? !
malaysia (24) 2014 (17) yahudi (17) agama (14) bersih (11) anwar (10) bersih 2.0 (9) blogger (9) gengblogger (9) life (9) politik (9) ambiga (8) melayu (8) pkr (8) ROT (7) anwar ibrahim (7) google blogger (7) lawak super (7) norlia ghani (7) tipu (7) zionis (7) Freemason (6) PDRM (6) bn (6) fakap (6) fitnah (6) murtad (6) najib (6) singapore (6) Illuminati (5) anak rintik (5) bangsat (5) bola sepak (5) cina (5) dajjal (5) google blog (5) harimau malaya (5) harimau muda (5) islam (5) jahanam (5) kelayakan piala dunia (5) maharaja lawak (5) masonary (5) para blogger (5) selangor (5) singapura (5) Nabi (4) PM (4) al masih (4) anak bapak (4) barisan nasional (4) bodoh (4) bohong (4) gangster (4) hiburan (4) india (4) keadilan (4) panas (4) polis (4) syaitan (4) Behemoth (3) Imam Mahdi (3) US (3) boikot (3) bukit jalil (3) damai (3) dap (3) facebook (3) facebook page (3) football (3) gereja (3) jais (3) jumud (3) kelantan (3) keparat (3) komen (3) kristian (3) mampus (3) pelajar (3) raja lawak (3) remaja (3) seks (3) tuan guru (3) tun mahathir (3) umno (3) Nabi Isa (2) Nabi Nuh (2) bapak borek (2) cyclop (2) facebook comment (2) facebook like (2) fam (2) gay (2) iklan (2) kencing (2) kerja gile (2) kl (2) lion (2) madinah (2) mahathir (2) nuffnang (2) perniagaan (2) realiti show (2) rogol (2) sreevesan (2) syarikat di malaysia (2) tua (2) ISA (1) MPP (1) ads (1) angin (1) arkib (1) arkid (1) arsenal (1) bebas (1) blackberry (1) brown dwarf (1) comet (1) design (1) down (1) elenin (1) gadget (1) gerbang (1) handphone (1) htc (1) husam musa (1) iphone (1) jambu (1) jpa (1) kanan (1) kiri (1) mukadimah (1) musa (1) nibiru (1) nokia (1) planet x (1) recent post (1) sekolah agama (1) sial (1) social (1) spr (1) system of a down (1) teknologi (1) tema (1) theme (1) upm (1) wataniah (1) wibiya (1)
gunbladeiv's Profile on Ping.sg