Saturday, July 23, 2011

ROT: Sistem Biometrik - Pembaziran atau Pelaburan?

Artikel-artikel lain di Reign of Trust

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Hari ni artikel di dalam Berita Harian terdapat tajuk yang berbunyi "Kerajaan Setuju Beri Peruntukan Kepada SPR Wujudkan Sistem Biometrik". Tajuk yang sangat menarik pada pandangan aku kerana setelah isu Bersih hampir sepi kerana segala fitnah dari parti pembangkang telah dibongkarkan, akhirnya kerajaan memberi sedikit imbuhan kepada perjuangan mereka semata-mata untuk berkhidmat demi kehendak rakyat.


Pelaburan yang kita bincangkan disini jumlahnya bukanlah hanya puluh ribuan ringgit, tapi bagi mewujudkan sistem biometrik untuk sistem SPR, lingkungan harga yang terpaksa dikeluarkan kerajaan adalah jutaan ringgit. Kos yang tinggi perlu bagi memastikan sistem yang dibangunkan untuk tujuan ketelusan ini benar-benar selamat dan mampu menjalankan undian tanpa dieksploitasi oleh sesiapa jua.

Jadi persoalan yang timbul, adakah berbaloi bagi kerajaan untuk mewujudkan sesuatu yang mustahil(mewujudkan sistem pilihanraya yang bersih dari taktik kotor dan penyelewengan) atau adakah ia merupakan pelaburan yang berbaloi setimpal dengan kehendak kerajaan bagi mengembalikan keyakinan penyokong-penyokong Ambiga yang kononnya mahukan keadilan dalam sistem pilihanraya semata-mata?

Atau adakah selepas sistem ini diadaptasikan, masih akan timbul persoalan pengundi hantu dan macam-macam tomahan juga timbul? Pendapat peribadi aku tetap mengatakan bahawa ini merupakan satu pembaziran kerana setiap kali sistem baru dicipta, setiap kali itulah parti yang kecundang akan mencari segala helah untuk mewujudkan keraguan kepada sistem yang ada. Tapi secara jujurnya, tindakan kerajaan ini cukup untuk menutup mulut-mulut yang bersepah-sepah mengatakan "MEREKA INGINKAN SISTEM PILIHANRAYA YANG TELUS DAN BERSIH".

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Tinggalkan komen bagi artikel : ROT: Sistem Biometrik - Pembaziran atau Pelaburan? !
malaysia (24) 2014 (17) yahudi (17) agama (14) bersih (11) anwar (10) bersih 2.0 (9) blogger (9) gengblogger (9) life (9) politik (9) ambiga (8) melayu (8) pkr (8) ROT (7) anwar ibrahim (7) google blogger (7) lawak super (7) norlia ghani (7) tipu (7) zionis (7) Freemason (6) PDRM (6) bn (6) fakap (6) fitnah (6) murtad (6) najib (6) singapore (6) Illuminati (5) anak rintik (5) bangsat (5) bola sepak (5) cina (5) dajjal (5) google blog (5) harimau malaya (5) harimau muda (5) islam (5) jahanam (5) kelayakan piala dunia (5) maharaja lawak (5) masonary (5) para blogger (5) selangor (5) singapura (5) Nabi (4) PM (4) al masih (4) anak bapak (4) barisan nasional (4) bodoh (4) bohong (4) gangster (4) hiburan (4) india (4) keadilan (4) panas (4) polis (4) syaitan (4) Behemoth (3) Imam Mahdi (3) US (3) boikot (3) bukit jalil (3) damai (3) dap (3) facebook (3) facebook page (3) football (3) gereja (3) jais (3) jumud (3) kelantan (3) keparat (3) komen (3) kristian (3) mampus (3) pelajar (3) raja lawak (3) remaja (3) seks (3) tuan guru (3) tun mahathir (3) umno (3) Nabi Isa (2) Nabi Nuh (2) bapak borek (2) cyclop (2) facebook comment (2) facebook like (2) fam (2) gay (2) iklan (2) kencing (2) kerja gile (2) kl (2) lion (2) madinah (2) mahathir (2) nuffnang (2) perniagaan (2) realiti show (2) rogol (2) sreevesan (2) syarikat di malaysia (2) tua (2) ISA (1) MPP (1) ads (1) angin (1) arkib (1) arkid (1) arsenal (1) bebas (1) blackberry (1) brown dwarf (1) comet (1) design (1) down (1) elenin (1) gadget (1) gerbang (1) handphone (1) htc (1) husam musa (1) iphone (1) jambu (1) jpa (1) kanan (1) kiri (1) mukadimah (1) musa (1) nibiru (1) nokia (1) planet x (1) recent post (1) sekolah agama (1) sial (1) social (1) spr (1) system of a down (1) teknologi (1) tema (1) theme (1) upm (1) wataniah (1) wibiya (1)
gunbladeiv's Profile on Ping.sg