Artikel-artikel lain di Reign of Trust
Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud
Berikutan sambutan dingin daripada editor kanan media arus perdana, pertubuhan pemantau media – Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) – berkata majlis rundingan yang dibentuk kerajaan itu sebenarnya “majlis propaganda media” yang bakal bertindak sebagai satu lagi bentuk kawalan ke atas media.
“Jika kerajaan yang memerintah itu serius bagi memupuk kebebasan media, ia sepatutnya menghapuskan atau meminda undang-undang (berkaitan media) dan membiarkan media sendiri mengawal diri mereka sendiri, dengan input daripada masyarakat sivil dan kepentingan masyarakat diambil kira,” kata pengarah eksekutif CIJ, Masjaliza Hamzah.
Justeru, beliau menggesa semua mereka yang diundang oleh Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Kamaruddin Siaraf semalam supaya menolak inisiatif kerajaan itu.
“Rakyat berhak mendapatkan media yang bebas dan meletakkan kepentingan orang ramai dahulu daripada media yang terpaksa menjawap kepada tuan politik mereka,” katanya.
===
Petikan diambil dari media Pembangkang MalaysiaKini.comJelas dari artikel di atas, pro pembangkang masih lagi memperjuangkan Demokrasi Penuh dimana is bermaksud – Semua pihak mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat dalam apa jua bentuk sama ada melalui blog, televisyen, akhbar, majalah dan lain-lain media supaya informasi boleh disampaikan tanpa sebarang sekatan. Dari kenyataan tersebut, ini bermakna pembangkang ingin mewujudkan media bebas dimana segala penulisan, penyiaran maklumat dan berita tidak dikawal selia oleh Kementerian Penyiaran dan Komunikasi.
Adakah Maklumat Disekat Oleh Kerajaan?
Tidak semua maklumat atau informasi mengalami campur tangan kementerian. Seperti yang kita semua sedia maklum, Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat dari banyak bangsa atau lebih dikenali sebagai masyarakat majmuk. Oleh itu, wajar kerajaan mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengawal penulisan, dan lain-lain bentuk penyampaian informasi supaya tiada maklumat atau tomahan dari pihak tidak bertanggungjawab. Sekiranya kerajaan tidak mengawal media, maka kemungkinan besar keadaan akan lebih kucar-kacir kerana media pro kerajaan dan media pro pembangkang akan saling berlawan sesama sendiri. Dalam suasana tegang perang media seperti inilah, kadangkala kesilapan boleh terjadi. Kemungkinan isu-isu perkauman timbul, fitnah yang sangat besar dilemparkan dan bermacam-macam perkara negatif boleh wujud kesan dari tiada kawalan keatas rantai utama penyabaran maklumat di Malaysia.
So Kenapa Pakatan Rakyat Ingin Benar Media Bebas dari Kongkongan Kerajaan Malaysia?
Jawapan bagi persoalan ini aku rasa kebanyakkan orang pun boleh fikir sendiri. Jentera pembangkang ketika ini berhadapan keadaan sukar kerana satu-satu medium penyebaran maklumat yang berkesan adalah menerusi talian internet. Jika kita perhatikan, sudah ramai blogger-blogger pro pembangkang yang sudah ditahan kerana menulis artikel yang mungkin berkaitan akta Hasutan atau artikel yang ditulis dikhuatiri boleh menyebabkan ketegangan sesama kaum di Malaysia.
Kesimpulan Macam Mana?
Oleh itu, kesimpulan dari apa yang ROT huraikan sebelum ini – ROT merasakan bahawa tindakan kerajaan menapis sebelum memberikan kebenaran untuk penyebaran maklumat sensitif adalah langkah bijak. Ini perlu bagi memastikan keharmonian pelbagai kaum di Malaysia mampu dipertahankan. Jika tiada sekatan keatas mana-mana syarikat penerbitan, tidak mustahil peristiwa 13 Mei berulang kerana dalam keadaan yang terkawal ini pun keadaan sudah huru-hara gara-gara politik fitnah dari Pakatan Rakyat. Oleh itu, saya menyeru rakyat Malaysia supaya berfikir dahulu sebelum bersetuju dengan apa yang diperjuangkan Anwar Ibrahim kerana Anwar merupakan manusia yang berfikiran licik yang mana dia sanggup memperjuangkan apa jua asalkan dia mampu menggulingkan kerajaan sedia ada.
P.S:- Kenapa lah penyokong PR ni terlalu fanatik sampai pemimpin seperti Anwar Ibrahim tu pun korang nk sokong. Kalau korang perasan, Anwar Ibrahim tidak boleh sehari dalam hidupnya, tidak mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah. So aku rasa, Anwar ni makanan rohani dia adalah fitnah dan dosa dari ucapan-ucapan dan penulisan dia je. Muka dari ada sinar bertukar gelap dah. tapi takde penyokong dia yang nampak. Nur pun dah hilang dari muka Anwar.
Akhir Kata..
Kalau tak mampu hendak mentadbir negara, jangan la pula cuba menghancurkannya.
Renung-renungkan lah....
Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud
Tinggalkan komen bagi artikel : ROT : Tolak Majlis Propaganda Media ? !