Saturday, July 23, 2011

ROT: Malaysia 3 - 5 Singapura

Artikel-artikel lain di Reign of Trust

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Berakhir dah perlawanan bola sepak antara Malaysia menentang Singapura. Keputusan akhir perlawanan pertama menyebelahi pihak Singapura selepas mereka menghukum barisan pertahanan Malaysia lima kali untuk menjaringkan kelima-lima gol tersebut. K Rajagopal telah melakukan beberapa perubahan ke atas pemain skuad Piala Dunia bagi menentang Singapura yang telah mengakibatkan lumpuhnya barisan tengah Malaysia pada separuh masa pertama menyebabkan Malaysia di hukum dengan 4 jaringan oleh Singapura.



Malaysia menjaringkan gol terlebih dahulu seawal minit pertama(17 Saat) dengan Mohd Safee Sali telah menjaringkan gol yang cantik. Gol awal dari Malaysia telah mengakibatkan bangkitnya singa dari negara kecil Singapura untuk melawan dan kemudian telah menyamakan kedudukan dan terus menghukum barisan muda Malaysia dengan kedudukan 4-1 berakhir separuh masa pertama.

Separuh masa kedua, K Rajagopal telah memasukkan pemain tengah yang lebih berpengalaman. Tetapi malangnya, ketika Malaysia betul-betul ingin mencari gol, kapten pasukan telah menerima kad merah kerana mengasari pemain Singapura. Walau bagaimanapun, keadaan kembali seimbang setelah pemain pertahanan Singapura telah di buang padang apabila melakukan kesalahan kedua ke atas pemain sayap kiri Malaysia.

Apabila pemain Singapura telah kelihatan seperti keletihan, pemain Malaysia telah menghukum pertahanan Singapura hasil dari gerakan cantik dari tengah dengan menjaringkan 2 gol dalam masa 2 minit. Keadaan stadium gamat dengan sorakan lebih kurang 500 penyokong Malaysia manakala penyokong Singapura kelihatan seperti tersentak dan tidak percaya pasukan Harimau Muda mampu mencari 2 gol bagi menjadikan gol di tempat lawan kepada 3 gol.

Keputusan akhir di antara perlawanan Malaysia menentang Singapura berakhir dengan 3-5 di mana Malaysia perlu bekerja keras di Bukit Jalil bagi mencari 2 gol untuk menyamai agregat 5 - 5 seterusnya mara ke pusingan seterusnya bagi kelayakan Piala Dunia 2014.

Marilah kita sama-sama berdoa supaya pasukan Malaysia mampu memperbaiki bahagian tengah dan pertahanan dalam tempoh masa 5 hari ini untuk menundukkan Singapura di stadium keramat Bukit Jalil. Dan marilah kita sama-sama beramai-ramai pergi ke stadium untuk memberi sokongan tanpa berbelah-bahagi kepada pasukan skuad kebangsaan yang pernah menjulang piala Suzuki baru-baru ini. Kehadiran Safee Sali diharap dapat melakukan magik untuk membawa pasukan kebangsaan mara ke pusingan seterusnya.

Kita lupakan sejarah, kita lupakan kedudukan dunia buat seketika, dan tidak salah kita mengharapkan keajaiban berlaku di Stadium Bukit Jalil 28 Julai 2011. Harus kita peringatkan Singapura bahawa stadium Bukit Jalil bukanlah stadium yang menggunakan rumput tiruan. Oleh itu, corak permainan haruslah lebih berpihak kepada pasukan Malaysia. Mengaumlah harimau muda, kita kasi gegar sama singa supaya ia balik dengan tangisan perit.

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Tinggalkan komen bagi artikel : ROT: Malaysia 3 - 5 Singapura !
malaysia (24) 2014 (17) yahudi (17) agama (14) bersih (11) anwar (10) bersih 2.0 (9) blogger (9) gengblogger (9) life (9) politik (9) ambiga (8) melayu (8) pkr (8) ROT (7) anwar ibrahim (7) google blogger (7) lawak super (7) norlia ghani (7) tipu (7) zionis (7) Freemason (6) PDRM (6) bn (6) fakap (6) fitnah (6) murtad (6) najib (6) singapore (6) Illuminati (5) anak rintik (5) bangsat (5) bola sepak (5) cina (5) dajjal (5) google blog (5) harimau malaya (5) harimau muda (5) islam (5) jahanam (5) kelayakan piala dunia (5) maharaja lawak (5) masonary (5) para blogger (5) selangor (5) singapura (5) Nabi (4) PM (4) al masih (4) anak bapak (4) barisan nasional (4) bodoh (4) bohong (4) gangster (4) hiburan (4) india (4) keadilan (4) panas (4) polis (4) syaitan (4) Behemoth (3) Imam Mahdi (3) US (3) boikot (3) bukit jalil (3) damai (3) dap (3) facebook (3) facebook page (3) football (3) gereja (3) jais (3) jumud (3) kelantan (3) keparat (3) komen (3) kristian (3) mampus (3) pelajar (3) raja lawak (3) remaja (3) seks (3) tuan guru (3) tun mahathir (3) umno (3) Nabi Isa (2) Nabi Nuh (2) bapak borek (2) cyclop (2) facebook comment (2) facebook like (2) fam (2) gay (2) iklan (2) kencing (2) kerja gile (2) kl (2) lion (2) madinah (2) mahathir (2) nuffnang (2) perniagaan (2) realiti show (2) rogol (2) sreevesan (2) syarikat di malaysia (2) tua (2) ISA (1) MPP (1) ads (1) angin (1) arkib (1) arkid (1) arsenal (1) bebas (1) blackberry (1) brown dwarf (1) comet (1) design (1) down (1) elenin (1) gadget (1) gerbang (1) handphone (1) htc (1) husam musa (1) iphone (1) jambu (1) jpa (1) kanan (1) kiri (1) mukadimah (1) musa (1) nibiru (1) nokia (1) planet x (1) recent post (1) sekolah agama (1) sial (1) social (1) spr (1) system of a down (1) teknologi (1) tema (1) theme (1) upm (1) wataniah (1) wibiya (1)
gunbladeiv's Profile on Ping.sg