Friday, July 29, 2011

ROT : Harimau Malaya Tetap Gagah !

Artikel-artikel lain di Reign of Trust

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Setelah berakhirnya saingan skuad Harimau Malaya bagi kelayakan Piala Dunia 2014 pada 28 Julai 2011 yang lalu ke atas Singapura, terdapat banyak kritikan dan juga luahan sedih para peminat yang rata-rata terlalu hampa kerana setelah hampir 20 tahun, inilah pasukan skuad Malaysia yang paling mantap pernah dimiliki. Pasukan negara yang lebih dikenali dengan nama jolokan Harimau Malaya setara dengan ngauman mereka ketika beraksi dipadang lebih gemar bermain corak permainan moden yang menggunakan kepantasan dan hantaran pendek yang mengelirukan bagi mengalahkan pihak lawan.
image
Pasukan Harimau Malaya mampu mara ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia tapi harus menundukkan pasukan yang lebih berpengalaman dan lebih baik dari segi ranking dunia iaitu Singapura. Namun, dengan prestasi terkini pasukan Harimau Malaya, segalanya dikatakan tidak mustahil. Jurulatih Malaysia juga menganggap pasukan ini mampu menggegarkan mana-mana pasukan jika mereka bermain dengan baik dan agresif.
Perlawan pusingan pertama bersama Singapura telah berlangsung pasa 23 Julai 2011 di stadium Jalan Besar, Singapura dengan kekalahan kepada pasukan negara kita dengan jaringan 5 berbalas 3. Perlawanan pusingan pertama sangat rancak kerana kedua-dua pasukan bermain pantas dan ingin menjaringkan sebanyak gol yang mungkin untuk bekalan perlawanan timbal balik yang akan diadakan di Malaysia. Jika mengikut percaturan diatas kertas, keputusan ini tidak lah begitu teruk bagi pasukan Harimau Malaya kerana mereka berbekal 3 gol jaringan ditempat lawan, namun mereka harus memastikan mereka mampu menjaringkan 2 gol di Bukit Jalil apabila menentang pasukan Singapura yang sudah tentu akan lebih fokus untuk menjaga gawang mereka dari dibolosi.

"Tiada siapa perlu dipersalahkan - pasukan telah bermain baik sepanjang 90 minit"

-Komen peminat dari Facebook-
Segalanya seperti yang telah dijangkakan dimana pasukan Malaysia gagal menjaringkan 2 gol yang dicari. Namun, Malaysia berjaya meledakkan gol pertama perlawanan pada minit ke-57 menerusi rembatan kencang Safee Sali. Sekali lagi anak muda yang juga merupakan ayam tambatan barisan hadapan negara mampu membolosi benteng Singapura untuk memberikan gol kepada pasukan Malaysia dan rakyat secara am. Gol ini menyemarakkan lagi semangat pemain, dan semangat penyokong yang berjumlah 85000 yang telah hadir di Stadium Bukit Jalil bagi memastikan ngauman sorakan akan menggegarkan lutut pemain Singapura.
Namun perlawanan menjadi hambar apabila Singapura dikatakan sengaja membuang masa untuk menghalang pasukan Harimau Malaya dari mencari gol kedua yang merupakan gol keramat untuk kemenangan pasukan Malaysia. Dalam kegairahan pasukan negara mencari gol kemenangan, barisan pertahanan hilang fokus. Bola lambung dari pemain pertahanan Singapura telah di kuis oleh penyerang Singapura tinggi lampai, kemudian disempurnakan dengan jaringan dari pemain bernombor jersi 11(Shi Jiayi ). Rembatan leret pemain Singapura ini telah berjaya menewaskan penjaga gawang Malaysia iaitu Khairul Fahmi(Apek). Dengan jaringan ini, pasukan Malaysia dengan jelas kehilangan segala semangat. Longlai dan lemah segala gerakan kerana berbekalkan masa yang suntuk pemain harus mencari 2 gol.
Keadaan ini diburukkan lagi dengan corak permainan Singapura yang keterlaluan membuat lakonan bagi melambat-lambatkan masa permainan. Akhirnya, pengadil meniupkan wisel penamat dengan keputusan di Stadium Bukit Jalil 1 Malaysia berbalas 1 Singapura. Namun pasukan Malaysia tersingkir dari meneruskan cabaran bagi kelayakan Piala Dunia menerusi jaringan agregat 6-4.

"Pemain Singapore main lembik! Sikit-sikit baring. Sikit-sikit baring"

-Komen peminat dari Facebook-
Mungkin rakyat ramai yang kecewa dengan kekalahan ini, namun harus di ingat bahawa pemain-pemain ini telah pun bertungkus lumus mencari gol dan bermain sebaik yang mungkin. Tidak ada sesiapapun yang berdiri di atas padang untuk bersantai. Pemain yang memberikan prestasi diluar jangkaan adalah Ismail Faroqi. Bagi ROT tahap permainan Ismail Faroqi adalah jauh dibawah par. Banyak hantaran di sia-siakan dan gerakan kaunter attack telah dibazirkan dengan gerakan solo yang tidak menjadi dari pemain ini. Ismail Faroqi diturunkan sebagai kesebelasan utama selepas Safiq Rahim terpaksa digantung perlawanan akibat kad merah pada perlawanan pusingan pertama di Stadium Jalan Besar. Namun, secara keseluruhan tiada siapa yang harus dipersalahkan kerana pasukan telah bermain dengan cemerlang.
image
Kesimpulan yang ROT buat, kerosakan sebenar telah berlaku ketika pusingan pertama di Singapura apabila pasukan telah memberikan 2 defisit gol. Bilangan ini adalah besar apabila bertanding pada tahap tertinggi lebih-lebih lagi apabila berlangsung secara kalah mati. Para pemain Malaysia tidak perlu memohon sebarang maaf kerana inilah adat permainan. Setiap perlawanan harus ada yang kalah, dan yang menang pulang gembira. Takdirnya, kita pulang dengan kesedihan dan pasukan Singapura pula senyum lebar. Tapi harus di ingatkan bahawa, dalam era ini – pasukan bolasepak Malaysia 'Harimau Malaya' pastinya tidak lagi dipandang enteng oleh pasukan lain dirantau Asia kerana telah mempamerkan persembahan yang hebat sepanjang kempen ini.

"Apek dan Safee beraksi cemerlang! Teruskan perjuangan digelanggang yang lain!"

-Komen peminat dari Facebook-
Akhir kata, marilah kita terus menyokong pasukan bola sepak negara. Usahlah kita mengutuk, mengeji dan menghina kerana satu kekalahan. Sebaliknya jika pasukan memperoleh kemenangan tempoh hari, segala pujian tinggi kita lemparkan. Berlaku adillah kerana kita tahu bahawa pasukan negara telah beraksi cemerlang namun, Singapura lebih garang pada ketika ini. Akur, pulang dan marilah kita berusaha lagi supaya kita boleh mencari piala kedua selepas menjuarai piala Suzuki.
Selepas ini, marilah kita memberikan sokongan kepada skuad Olimpik negara yang diberi jolokan nama Harimau Muda bagi kempen kelayakan Sukan Olimpik. Pasukan Harimau Muda telah pun layak untuk bermain liga kelayakan Olimpik yang akan bermula pada 21 September 2011. Pasukan muda negara akan menentang jaguh Asia iaitu Jepun. Semoga kita peroleh kemenangan yang bermakna menentang pasukan Jepun kelak.

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Tinggalkan komen bagi artikel : ROT : Harimau Malaya Tetap Gagah ! !
malaysia (24) 2014 (17) yahudi (17) agama (14) bersih (11) anwar (10) bersih 2.0 (9) blogger (9) gengblogger (9) life (9) politik (9) ambiga (8) melayu (8) pkr (8) ROT (7) anwar ibrahim (7) google blogger (7) lawak super (7) norlia ghani (7) tipu (7) zionis (7) Freemason (6) PDRM (6) bn (6) fakap (6) fitnah (6) murtad (6) najib (6) singapore (6) Illuminati (5) anak rintik (5) bangsat (5) bola sepak (5) cina (5) dajjal (5) google blog (5) harimau malaya (5) harimau muda (5) islam (5) jahanam (5) kelayakan piala dunia (5) maharaja lawak (5) masonary (5) para blogger (5) selangor (5) singapura (5) Nabi (4) PM (4) al masih (4) anak bapak (4) barisan nasional (4) bodoh (4) bohong (4) gangster (4) hiburan (4) india (4) keadilan (4) panas (4) polis (4) syaitan (4) Behemoth (3) Imam Mahdi (3) US (3) boikot (3) bukit jalil (3) damai (3) dap (3) facebook (3) facebook page (3) football (3) gereja (3) jais (3) jumud (3) kelantan (3) keparat (3) komen (3) kristian (3) mampus (3) pelajar (3) raja lawak (3) remaja (3) seks (3) tuan guru (3) tun mahathir (3) umno (3) Nabi Isa (2) Nabi Nuh (2) bapak borek (2) cyclop (2) facebook comment (2) facebook like (2) fam (2) gay (2) iklan (2) kencing (2) kerja gile (2) kl (2) lion (2) madinah (2) mahathir (2) nuffnang (2) perniagaan (2) realiti show (2) rogol (2) sreevesan (2) syarikat di malaysia (2) tua (2) ISA (1) MPP (1) ads (1) angin (1) arkib (1) arkid (1) arsenal (1) bebas (1) blackberry (1) brown dwarf (1) comet (1) design (1) down (1) elenin (1) gadget (1) gerbang (1) handphone (1) htc (1) husam musa (1) iphone (1) jambu (1) jpa (1) kanan (1) kiri (1) mukadimah (1) musa (1) nibiru (1) nokia (1) planet x (1) recent post (1) sekolah agama (1) sial (1) social (1) spr (1) system of a down (1) teknologi (1) tema (1) theme (1) upm (1) wataniah (1) wibiya (1)
gunbladeiv's Profile on Ping.sg