Artikel-artikel lain di Reign of Trust
Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

LONDON: Saintis di Britain mendesak peraturan ketat dikenakan terhadap usaha segelintir penyelidik yang mahu mewujudkan makhluk separuh beruk dan separuh manusia seperti dalam filem Hollywood Planet of The Apes.
Dalam satu laporan, saintis berkenaan memberi amaran penyelidikan yang sedang dilakukan sekarang hampir melanggar etika dalam cubaan untuk menyatukan ciri manusia dengan haiwan.
LONDON: Saintis di Britain mendesak peraturan ketat dikenakan terhadap usaha segelintir penyelidik yang mahu mewujudkan makhluk separuh beruk dan separuh manusia seperti dalam filem Hollywood Planet of The Apes.
Dalam satu laporan, saintis berkenaan memberi amaran penyelidikan yang sedang dilakukan sekarang hampir melanggar etika dalam cubaan untuk menyatukan ciri manusia dengan haiwan.
Profesor Martin Bobrow, seorang pakar genetik perubatan di Universiti Cambridge dan penulis bersama laporan itu berkata, masyarakat perlu sedar penyelidikan yang mencampurkan adukan gen manusia dengan haiwan harus dikawal selia dengan ketat.
‘Kami mahu masyarakat menyedari implikasi penyelidikan seumpama ini sebelum ia benar-benar melahirkan sesuatu yang tidak diingini,” beliau dipetik sebagai berkata oleh akhbar Daily Mail.
Akademi Saintis Perubatan United Kingdom menubuhkan pasukan penyemak yang akan meneliti penyelidikan yang mencampur adukan gen manusia dalam tisu haiwan. Tahun lalu, lebih sejuta penyelidikan dilakukan membabitkan haiwan diubah secara genetik, kebanyakan membabitkan tikus dan ikan yang dilahirkan dengan DNA manusia. Haiwan makmal ini digunakan untuk mewujudkan ubat baru bagi penyakit seperti kanser dan Alzheimer atau untuk mengkaji fungsi gen tertentu.
Penyelidik juga didapati mewujudkan haiwan berciri manusia dengan memasukkan sel tunjang manusia ke dalam embrio haiwan.
Haiwan digelar ‘chimeras’ ini adalah untuk mengkaji penyakit seperti strok, hepatitis dan kanser.
Laporan saintis itu tidak mempersoalkan penyelidikan seumpama itu, namun mereka berkata, jika tidak dikawal, lambat laun kegiatan itu akan mewujudkan haiwan yang memiliki ciri manusia yang tidak boleh diterima masyarakat.
Laporan itu mendesak Kementerian Dalam Negeri memantau penyelidikan berkenaan dan mengharamkan uji kaji yang membabitkan suntikan sel tunjang manusia ke dalam otak beruk bagi mendapatkan haiwan yang mempunyai kelakuan seperti manusia.
Pengharaman penyelidikan sedemikian dapat menghalang usaha mewujudkan beruk yang mempunyai daya ingatan dan pertuturan seperti manusia.
Seorang lagi penulis bersama laporan itu, Profesor Thomas Baldwin berkata: “Kami bimbang jika sejumlah besar sel otak manusia disuntik dalam otak beruk ia boleh memberi haiwan itu keupayaan yang selama ini hanya dimiliki manusia seperti pertuturan atau kebolehan untuk memanipulasi.” – Agensi
Kebetulan? Mestilah tidak. Kebanyakkan ahli sains barat sangat berpegang teguh pada teori Charles Darwin kerana hanya teori Darwin sahaja dapat merungkai secara saintifik bagaimana kejadian manusia. Tapi mampukah kita berfikir sejenak secara saintifik, bagaimana pula spesis monyet boleh tercipta? Adakah monyet pula berasal dari King Kong? Persoalan yang lawak kan? Tapi jika saintis barat sangat percaya teori darwin itu benar, maka nenek moyang mereka merupakan monyet yang mungkin juga dahulu kala sebesar King Kong.
Tapi lain pulak cerita dengan artikel yang dipetik dari Berita Harian pada 25 Julai 2011, yang menyatakan di barat, eksperimen untuk mencipta haiwan yang seakan-akan manusia sedang dijalankan. Walaupun terdapat seribu satu alasan yang diberikan mereka tentang faedah mempunya spesis haiwan yang dicipta mirip genetik manusia, namun kita sebagai umat Islam pastinya tau bahawa pencipta terulung merupakan Allah S.W.T. Jadi bagi aku sebarang percubaan untuk menghasilkan haiwan spesis ini pasti akan menemui jalan buntu.
Perkara ini pernah terjadi di mana saintis barat pernah berjaya menghasilkan hidupan seakan manusia tetapi mempunyai genetik yang penuh kecacatan sehinggakan pelaburan ke atas eksperimen ini telah dibatalkan dan kerugian berbilion dollar. Namun usaha ini tidak berhenti setakat Dolly dan zigot-zigot bernyawa yang cacat, kali ini mereka ingin benar-benar mencabar kuasa Pencipta dengan mencipta haiwan untuk tujuan eksperimen untuk mencari penawar bagi cancer dan AIDS. Macam-macam idea unik saintis barat, tapi sebagai umat Islam kita harus tau dan peka bahawa tidak akan ada pencipta yang boleh menandingi kehebatan-Nya.
Marilah kita berdoa supaya eksperimen seperti ini tidak akan mengakibatkan kemurkaan Allah kerana bala Allah tidaklah memilih kaum, negara, atau benua. Tapi bala dari Allah S.W.T akan diturunkan untuk semua hambanya kerana tidak berpesan dan berdakwah untuk menentang perkara yang mungkar.
Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud
Tinggalkan komen bagi artikel : ROT: Monyet is not Manusia ? !