Artikel-artikel lain di Reign of Trust
Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud
Dengan ini, pelajar terbabit yang bernama Mohd Firdaus Madzlan telah di buang dari pengajiannya di salah satu Universiti di Mesir. Firdaus telah menganjurkan dan menyertai perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 yang lalu. Perhimpunan telah di adakan di Dataran Kompleks Asrama Malaysia,Hayyu A'syir, Kaherah itu telah menyebabkan Firdaus dibuang dari pengajian setelah mendapat persetujuan dari pihak kementerian Malaysia yang memberi kuasa sepenuhnya kepada pihak Universiti untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.
Sehari sebelum ini, aku dah terbaca di akhbar-akhbar pro Kerajaan bahawa tindakan akan diambil ke atas lebih 500 Majlis Tertinggi Pelajar yang telah menyertai Bersih 2.0 yang lalu. Ironiknya dari berita ini adalah, dalam kes-kes yang lalu - kerajaan hanya memberikan amaran tanpa sebarang tindakan benar-benar diambil sehinggakan bagi aku pelajar-pelajar Universiti di Malaysia semakin tidak takot kepada asas perlembagaan dan undang-undang universiti mahupun undang-undang negara.
Bagi ROT, jika pelajar menghormati akta dan peraturan yang dilakukan oleh semua universiti yang termaktub dalam Akta 174 maka tidak akan ada pelajar bijak pandai (haruslah bijak jika 500 pelajar terbabit mampu menjadi pemimpin kepada pelajar-pelajar lain). Maka dengan pembuangan seorang pelajar di Mesir ini, kerajaan telah menyampaikan mesej yang terang lagi konkrit bahawa tidak ada sesiapa yang akan terlepas dari tindakan undang-undang meskipun pelajar Universiti.
Bagi pendapat aku la, pelajar yang memegang tampuk pemerintahan di Universiti masa kini lebih berminat mengamalkan politik tak sihat yang dipertontonkan oleh Parti Pakatan kerana melalui proses pilihan raya Universiti baru-baru ini, terdapat banyak perkara yang tidak sihat terjadi sebagai contoh rusuhan parti pembangkang di Universiti Putra Malaysia sehingga menyebabkan kecederaan kepada salah sorang pengawal keselamatan Universiti dan kerosakan harta awam. Adakah ini kalangan pemimpin yang kita inginkan? Pemimpin yang mana bila tidak dapat apa yang dikehendaki, akan memberontak dan menlaung-laungkan slogan berunsur jijik? Saya tanpa segan silu akan menjawab TIDAK.
Jadi kita renung, fikir dan berbincanglah sesama sendiri sama ada tindakan dari kerajaan menghukum MPP itu wajar atau tidak. Pendapat peribadi saya - tindakan lebih berat harus di ambil kerana dari pimpinan serendah inilah pemikiran muda mudi rosak dan lebih suka memilih parti politik yang mengamalkan politik ekstrem seperti PKR.
Apa kata anda?
Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud
Tinggalkan komen bagi artikel : ROT : MPP Tak Sedar Untung? !