Artikel-artikel lain di Reign of Trust
Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud
Akibat dari isu ini, pihak PDRM telah melakukan siasatan terperinci dan hasil daripada siasatan telah di dedahkan kepada pihak media Malaysia pada 21 Julai 2011. Video ini telah direkod khas untuk tontonan umum bagi menjelaskan keadaaan sebenar keadaan Allahyarham dan catatan kes kejadian turut diterangkan bagi tujuan menjelaskan kronologi kes kematian Allahyarham Baharudin bin Ahmad.
Oleh itu, jelas dengan penerangan serta butiran yang di keluarkan oleh pihak polis telah menjernihkan semula kredibiliti pihak berkuasa yang menjaga keamanan tanah air dari tangan perosak negara seperti Ambiga. Pendapat peribadi aku, usahlah membuat fitnah yang berat lebih-lebih lagi apabila melibatkan kematian bila mahu memenangi politik. Ini yang aku namakan politik jijik lagi mengjengkelkan dari pihak pro pembangkang. Cukup-cukuplah menyebarkan fitnah kerana ini merupakan fitnah dari Dajjal yang dasyat. Rakyat Malaysia marilah kita bangkit dan menentang penyebaran apa juga jenis fitnah yang terdapat di Malaysia ini untuk menikmati kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang.
Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud
Tinggalkan komen bagi artikel : ROT: Lagi Pembongkaran Lakonan Ketika Bersih 2.0 !