Tuesday, July 19, 2011

ROT: Tag Team Anak Bapak jadi Gangster?

Artikel-artikel lain di Reign of Trust

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Aku terpanggil untuk menulis pasal road bully di Malaysia ni bila aku tengok video pasal geng tag team anak dengan bapak yang membuli orang kat tengah-tengah jalan ketika keadaan lalu lintas sangat-sangat la sesak. Aku tak pasti keadaan jadi sesak sebab kes ni ataupun memang ketika kejadian adalah masa orang ramai berpusu-pusu pulang dari pejabat.



Apa kes?

Kes terpencil ni terjadi di Jalan Imbi, Kuala Lumpur. Maklum la, orang KL kebanyakkannya memang GANGSTER jadi kalau anda ingin memandu atau melancong ke Kuala Lumpur terutama kawasan sesak seperti di Bukit Bintang, Bangsar, Jalan Tunku Abdul Rahman dan sebagainya yang sesak la termasuk di Jalan Pudu, sila berhati-hati kerana GANGSTER Kuala Lumpur sentiasa memerhatikan anda. Keh keh keh~ Jom sama- sama kita tengok dan layan dulu kes GANGSTER Jalan Imbi yang menarik ni. Pastu baru aku nak kutuk serba sedikit, puji jauh sekali.



Okeh, dah selesai tengok - Giliran aku plak kutuk. Dari video ni kita dapat saksikan bertapa Gangsternya anak beranak tu sampai dia buat jalan raya kat Kuala Lumpur ni macam bapak dia punya. Aku kurang pasti bangsa tag team tu samaada Melayu, Cina, India or Bumiputra - tapi yang pasti terbukti la dia berdua betul-betul GANGSTER. Yang paling best, Gangster tua tu siap tumbuk body kereta lagi kot, dasyat. Aku yakin bila dia ke tepi jalan tu sebenarnya dia tak tahan nak cover rasa sakit selepas tumbuk body kereta tu. Besi tu bro, apa bikin lu tumbuk besi - kasi tumbuk itu driver la kalau betul-betul mau langsi.

Kesimpulan aku dari video ni?

Dari pandangan peribadi aku, kes macam ni menunjukkan Malaysia ni bukan la tempat yang selamat untuk memandu seorang diri. Jadi pastikan anda sentiasa memandu dengan membawa seorang ahli tinju untuk cover diri dari Gangster Jalanan macam dua ekor tu. Kalau aku la yang kene, memang aku sebat sekor-sekor tak kira la lu sapa~! (tapi kalau agak-agak tak leh makan, aku mintak maaf sepuluh jari je la. Buat apa aku nk lebamkan muka kalau tau akan kalah kalau bertumbuk)

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Tinggalkan komen bagi artikel : ROT: Tag Team Anak Bapak jadi Gangster? !
malaysia (24) 2014 (17) yahudi (17) agama (14) bersih (11) anwar (10) bersih 2.0 (9) blogger (9) gengblogger (9) life (9) politik (9) ambiga (8) melayu (8) pkr (8) ROT (7) anwar ibrahim (7) google blogger (7) lawak super (7) norlia ghani (7) tipu (7) zionis (7) Freemason (6) PDRM (6) bn (6) fakap (6) fitnah (6) murtad (6) najib (6) singapore (6) Illuminati (5) anak rintik (5) bangsat (5) bola sepak (5) cina (5) dajjal (5) google blog (5) harimau malaya (5) harimau muda (5) islam (5) jahanam (5) kelayakan piala dunia (5) maharaja lawak (5) masonary (5) para blogger (5) selangor (5) singapura (5) Nabi (4) PM (4) al masih (4) anak bapak (4) barisan nasional (4) bodoh (4) bohong (4) gangster (4) hiburan (4) india (4) keadilan (4) panas (4) polis (4) syaitan (4) Behemoth (3) Imam Mahdi (3) US (3) boikot (3) bukit jalil (3) damai (3) dap (3) facebook (3) facebook page (3) football (3) gereja (3) jais (3) jumud (3) kelantan (3) keparat (3) komen (3) kristian (3) mampus (3) pelajar (3) raja lawak (3) remaja (3) seks (3) tuan guru (3) tun mahathir (3) umno (3) Nabi Isa (2) Nabi Nuh (2) bapak borek (2) cyclop (2) facebook comment (2) facebook like (2) fam (2) gay (2) iklan (2) kencing (2) kerja gile (2) kl (2) lion (2) madinah (2) mahathir (2) nuffnang (2) perniagaan (2) realiti show (2) rogol (2) sreevesan (2) syarikat di malaysia (2) tua (2) ISA (1) MPP (1) ads (1) angin (1) arkib (1) arkid (1) arsenal (1) bebas (1) blackberry (1) brown dwarf (1) comet (1) design (1) down (1) elenin (1) gadget (1) gerbang (1) handphone (1) htc (1) husam musa (1) iphone (1) jambu (1) jpa (1) kanan (1) kiri (1) mukadimah (1) musa (1) nibiru (1) nokia (1) planet x (1) recent post (1) sekolah agama (1) sial (1) social (1) spr (1) system of a down (1) teknologi (1) tema (1) theme (1) upm (1) wataniah (1) wibiya (1)
gunbladeiv's Profile on Ping.sg