Sunday, July 24, 2011

ROT: Tak Habis-habis Menyamar ?

Artikel-artikel lain di Reign of Trust

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Kes terbaru mengenai penyamaran seorang rakyat Malaysia yang menyerupai pegawai polis PDRM agak mengejutkan aku sebenarnya. Bukan apa, aku terkejut sebab dalam banyak-banyak profession yang wujud kat Malaysia ni, kenapa dia pilih untuk menyamar menjadi anggota Polis Di Raja Malaysia? Bukankah keadaan PDRM umpama telur kepanasan ketika ni akibat dari timahan dan kutukan dari rakyat sendiri? Oleh itu bagi aku, penyamaran kepada PDRM untuk beberapa bulan ini bukanlah idea terbaik kepada penyamar-penyamar kat luar sana.

Berikut merupakan keratan akhbar dari Berita Harian Online:

KOTA BHARU: Polis menahan seorang lelaki berumur 34 tahun kerana menyamar sebagai pegawai kanan polis berpangkat ASP.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Azham Othman, berkata lelaki yang berasal dari Miri Sarawak itu ditahan empat hari lalu di Jalan Long Yunus, hasil maklumat orang awam.

"Lelaki itu ditahan kira-kira jam 3 petang, 21 Julai lalu bersama kenderaan jenis Toyota Alphard yang disewanya.

"Ketika ditahan dia hanya berpakaian biasa dan hasil pemeriksaan di dalam kenderaan itu menemui pelbagai jenis barangan penyamaran sebagai anggota polis antaranya pakaian seragam Polis Diraja Malaysia (PDRM), lencana dan pangkat PDRM, gari, tali pinggang polis dan sarung pistol," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Azham berkata, selain barangan penyamaran polis, turut dirampas dalam kenderaan itu ialah wang tunai berjumlah RM2,619, yang diletakkan dalam sekeping sampul surat.
Katanya, siasatan awal polis mendapati lelaki itu memiliki beberapa rekod jenayah lampau dalam kes yang sama dan baru beberapa bulan dibebaskan dari penjara. – BERNAMA

Dari keratan ini, kita boleh nampak modus operandi lelaki ini. Dia memang seorang penyamar yang tegar. Mungkin BERSIH 2.0 pun tak mampu untuk mengupah pelakon terbaik ini kerana kualiti yang tinggi dalam bidang lakonan. Walau bagaimanapun, kebodohan beliau teserlah kerana berjaya ditangkap oleh pasukan PDRM. Kalau bijak and expert menyamar takkan la sampai kene tangkapkan? So bagi aku dia punya tahap lakonan sama la dengan tahap pelakon upahan BERSIH 2.0 untuk melakokan watak kematian Arwah ketika 9 Julai 2011. Ironi nya, kenapa menyamar jadi polis? Takkan dia tak tau kalau dia menyamar jadi polis untuk salah guna kuasa, kemungkinan dia kene kroyok ramai-ramai tu lagi tinggi sebab rakyat Malaysia BENCI POLIS buat beberapa bulan ni?

Tapi kaya raya jugak pelakon ni sebab dia mampu untuk drive ALPHARD walaupun sewa, dan mempunyai wang tunai berjumlah RM2000 lebih dalam envelope. Tu baru dalam envelop, belum lagi dalam wallet. Haaa, cuba bayangkan berapa banyak cash yang dia ada walaupun baru keluar dari penjara. Sapa lagi yang boleh jadi lebih hebat dari lelaki ni ?

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Tinggalkan komen bagi artikel : ROT: Tak Habis-habis Menyamar ? !
malaysia (24) 2014 (17) yahudi (17) agama (14) bersih (11) anwar (10) bersih 2.0 (9) blogger (9) gengblogger (9) life (9) politik (9) ambiga (8) melayu (8) pkr (8) ROT (7) anwar ibrahim (7) google blogger (7) lawak super (7) norlia ghani (7) tipu (7) zionis (7) Freemason (6) PDRM (6) bn (6) fakap (6) fitnah (6) murtad (6) najib (6) singapore (6) Illuminati (5) anak rintik (5) bangsat (5) bola sepak (5) cina (5) dajjal (5) google blog (5) harimau malaya (5) harimau muda (5) islam (5) jahanam (5) kelayakan piala dunia (5) maharaja lawak (5) masonary (5) para blogger (5) selangor (5) singapura (5) Nabi (4) PM (4) al masih (4) anak bapak (4) barisan nasional (4) bodoh (4) bohong (4) gangster (4) hiburan (4) india (4) keadilan (4) panas (4) polis (4) syaitan (4) Behemoth (3) Imam Mahdi (3) US (3) boikot (3) bukit jalil (3) damai (3) dap (3) facebook (3) facebook page (3) football (3) gereja (3) jais (3) jumud (3) kelantan (3) keparat (3) komen (3) kristian (3) mampus (3) pelajar (3) raja lawak (3) remaja (3) seks (3) tuan guru (3) tun mahathir (3) umno (3) Nabi Isa (2) Nabi Nuh (2) bapak borek (2) cyclop (2) facebook comment (2) facebook like (2) fam (2) gay (2) iklan (2) kencing (2) kerja gile (2) kl (2) lion (2) madinah (2) mahathir (2) nuffnang (2) perniagaan (2) realiti show (2) rogol (2) sreevesan (2) syarikat di malaysia (2) tua (2) ISA (1) MPP (1) ads (1) angin (1) arkib (1) arkid (1) arsenal (1) bebas (1) blackberry (1) brown dwarf (1) comet (1) design (1) down (1) elenin (1) gadget (1) gerbang (1) handphone (1) htc (1) husam musa (1) iphone (1) jambu (1) jpa (1) kanan (1) kiri (1) mukadimah (1) musa (1) nibiru (1) nokia (1) planet x (1) recent post (1) sekolah agama (1) sial (1) social (1) spr (1) system of a down (1) teknologi (1) tema (1) theme (1) upm (1) wataniah (1) wibiya (1)
gunbladeiv's Profile on Ping.sg