Saturday, July 30, 2011

ROT : Pengaruh Illuminati Dan Dajjal di Malaysia ?

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

ROT pernah menulis dan mengulas panjang di dalam journal ROT sebelum ROT berjinak-jinak dengan penulisan secara blog ini mengenai tajuk yang ROT ingin bincangkan di sini. Selepas baca post dari seorang blogger masyuk iaitu Saiazuan Blog, aku pun teringat yang aku pernah buat kajian dan aku tulis apa yang aku fikir logik untuk menjelaskan bagaimana hebatnya pengaruh Illuminati dan Dajjal Al Masih yang tersirat di Malaysia. Kegiatan subversif ini telah lama disalurkan ke setiap pelusuk bumi. Tiada satu pun celah atau rekahan yang mampu terlepas dari kegiatan ini. Dan kegiatan penyebaran fahaman badan rahsia ini telah berlaku lebih lama dari apa yang kita bayangkan. Lebih lama dari terbentuknya kepulauan Asia Tenggara – begitulah perumpaan bagi ROT menggambarkan bertapa bersungguh-sungguhnya ahli-ahli Illuminati yang mengagungkan Dajjal ini dalam menyediakan dunia yang baru sementara menanti munculnya pemimpin yang dikatakan hebat, iaitu Dajjal Al Masih.

Friday, July 29, 2011

ROT : Harimau Malaya Tetap Gagah !

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Setelah berakhirnya saingan skuad Harimau Malaya bagi kelayakan Piala Dunia 2014 pada 28 Julai 2011 yang lalu ke atas Singapura, terdapat banyak kritikan dan juga luahan sedih para peminat yang rata-rata terlalu hampa kerana setelah hampir 20 tahun, inilah pasukan skuad Malaysia yang paling mantap pernah dimiliki. Pasukan negara yang lebih dikenali dengan nama jolokan Harimau Malaya setara dengan ngauman mereka ketika beraksi dipadang lebih gemar bermain corak permainan moden yang menggunakan kepantasan dan hantaran pendek yang mengelirukan bagi mengalahkan pihak lawan.

Thursday, July 28, 2011

ROT : Dah Rogol Janji Kawin ?

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Aku terkejut bila tajuk salah satu artikel di Berita Harian Online hari ni yang berbunyi "Perogol Janji Nikah Mangsa". Aku pelik kenapa tajuk dia bunyi macam luar biasa. Aku terfikir macam-macam sementara tengah tunggu page tu bukak(maklum la internet aku tak laju mana. Jadi load time dia agak lembab). So dalam keadaan berdebar-debar untuk baca artikel tu(chewah..macam suspen gile je bunyik kan) aku pun fikir macam kemungkinan. Adakah perogol tu janji kawin semata-mata untuk dapat perawan perempuan tu? adakah lepas merogol, perogol tu tinggalkan nota untuk mengahwini perempuan tu? adakah perogol tu hantar pinangan lepas dia curi perawan perempuan tu?

Wednesday, July 27, 2011

ROT : Kenapa ROT kata 'Demokrasi Itu Syaitan' ?

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Hari ni sebenarnya ROT takde mood nk buat sebarang post kat blog ni sebab semalam ada hal peribadi yang patut ROT settlekan tapi sangkut sebab tetidur yang lama sampai lebih 12 jam. Tapi memandangkan hari ni ROT banyak baca perkara-perkara tak wajar dari geng-geng perosak negara, so ROT tulis jugak la post. Post kali ni ROT nak kaitkan kenapa kat banner header blog ni ROT ada tulis 'Democracy is the Devil invented by Jews' ? Actually ayat ROT gune ni adalah ayat yang sama dari apa yang Tun Mahathir pernah suarakan pada himpunan negara Islam dulu cuma disampaikan dengan cara lain.

Monday, July 25, 2011

ROT : Tolak Majlis Propaganda Media ?

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Sebelum aku tutup komputer aku ni, aku saja la dok tengok-tengok kat Malaysia kini takot-takot ada artikel yang menarik baru keluar. Kebetulan, timing aku betul. So, Malaysia Kini mengeluarkan artikel baru di mana seperti biasa, sebagai tipikal media pro pembangkang – Post nya pastilah harus menimbulkan kontroversi dan menyelar kerajaan sedia ada supaya rakyat terpedaya dan mengundi Pakatan Rakyat kelak. Oleh itu, untuk post ROT kali ni, ROT akan ulas satu artikel dari blog Anwar Ibrahim yang bertajuk CIJ Gesa Tolak 'Majlis Propaganda Media'.

ROT: Ambiga Buat Kacau Lagi ?

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Semalam di Twitter, aku tetiba pulak terfikir nak follow sorang minah yang menjadi semakin terkenal kerana gara-gara minah ni menjadi kapla dalam perhimpunan haram Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 yang lepas. Minah yang aku maksudkan ini adalah Ambiga Sreenevasan. Siapa pulak lah minah Ambiga ni ? Jawapan aku simple je kalau ada pembaca yang tak kenal sapa minah sorang ni. Aku akan tanye pembaca ni rakyat Malaysia atau tidak? Ada baca surat khabar atau tak untuk bulan Julai 2011? Kalau still tak kenal lagi sapa Ambiga ni, korang leh la Google dengan menaip keyword Ambiga. Nescaya keputusan carian yang teratas sekali akan menerangkan dengan lebih terperinci siapakah sebenarnya Ambiga Sreenevasan ini.

Sunday, July 24, 2011

ROT: Monyet is not Manusia ?

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Teori evolusi dalam Sains Moden digambarkan sebagai teori yang menyatakan bahawa manusia berasal daripada binatang ,khususnya dari binatang yang berupa mawas manusia. Darwin dalam bukunya bertajuk "The Origin Of species"(Asal-Usul Jenis-Jenis Haiwan ).Beliau mengutarakan satu saranan bahawa semua makhluk yang hidup telah wujud hasil daripada proses evolusi daripada satu atau beberapa nenek moyang.Teori beliau menumpukan perhatian kepada bagaimana bentuk haiwan yang simpel berevolusi untuk menjadi bentuk yang kompleks.Beliau merumuskan pengalaman-pengalamannya bahawa semua jenis binatang berasal dari ameba,sejenis haiwan yang mempunyai satu sel.Bermakna beliau percaya bahawapada mulanya Pencipta mencipta satu atau beberapa bentuk organisma yang simpel.Dengan proses pertarungan tabii,organisma yang kompleks telah dihasilkan ,yang penting disini ialah Darwin percaya bahawa organisma-organisma atau spesis-spesis yang kompleks berhasil dari nenek moyang yang sama iaitu spesis yang simpel.

ROT: Tak Habis-habis Menyamar ?

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Kes terbaru mengenai penyamaran seorang rakyat Malaysia yang menyerupai pegawai polis PDRM agak mengejutkan aku sebenarnya. Bukan apa, aku terkejut sebab dalam banyak-banyak profession yang wujud kat Malaysia ni, kenapa dia pilih untuk menyamar menjadi anggota Polis Di Raja Malaysia? Bukankah keadaan PDRM umpama telur kepanasan ketika ni akibat dari timahan dan kutukan dari rakyat sendiri? Oleh itu bagi aku, penyamaran kepada PDRM untuk beberapa bulan ini bukanlah idea terbaik kepada penyamar-penyamar kat luar sana.

ROT: Dakwat Kekal Penyelesai Masalah Pilihanraya?

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Setelah kerajaan mengumumkan akan melaburkan sejumlah wang yang besar untuk sistem baru pilihanraya di Malaysia yang mana sistem ini akan mengadaptasikan kaedah biometrik, yang sebagaimana yang kita ketahui tidak mampu dieksploitasikan melainkan bahagian yang digunakan untuk pemeriksaan biometrik tersebut dia duplikasi. Tapi tidak ada sebarang kaedah untuk menduplikasi anggota biometrik tersebut tanpa kerelaan individu terbabit. Jadi tidak selamatkah sistem yang dicadangkan oleh kerajaan di bawah pimpinan Dato Seri Najib ini?

Saturday, July 23, 2011

ROT: Sistem Biometrik - Pembaziran atau Pelaburan?

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Hari ni artikel di dalam Berita Harian terdapat tajuk yang berbunyi "Kerajaan Setuju Beri Peruntukan Kepada SPR Wujudkan Sistem Biometrik". Tajuk yang sangat menarik pada pandangan aku kerana setelah isu Bersih hampir sepi kerana segala fitnah dari parti pembangkang telah dibongkarkan, akhirnya kerajaan memberi sedikit imbuhan kepada perjuangan mereka semata-mata untuk berkhidmat demi kehendak rakyat.

ROT: Malaysia 3 - 5 Singapura

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Berakhir dah perlawanan bola sepak antara Malaysia menentang Singapura. Keputusan akhir perlawanan pertama menyebelahi pihak Singapura selepas mereka menghukum barisan pertahanan Malaysia lima kali untuk menjaringkan kelima-lima gol tersebut. K Rajagopal telah melakukan beberapa perubahan ke atas pemain skuad Piala Dunia bagi menentang Singapura yang telah mengakibatkan lumpuhnya barisan tengah Malaysia pada separuh masa pertama menyebabkan Malaysia di hukum dengan 4 jaringan oleh Singapura.

ROT: Live Streaming Singapore vs Malaysia (1st Leg)

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Reign Of Trust akan menyiarkan siaran langsung perlawanan bola sepak di antara Singapura vs Malaysia. Kepada yang tidak mempunyai ASTRO di rumah tetapi mempunyai sambungan talian internet broadband berkelajuan tinggi, maka anda bolehlah menonton perlawanan ini secara streaming di laman blog ROT ini. Kesebelasan utama Malaysia adalah seperti berikut:

Friday, July 22, 2011

ROT: Singapore vs Malaysia (Kelayakan Piala Dunia)

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Malam ini kita akan disajikan dengan perlawanan kelayakan Piala Dunia antara pasukan Malaysia menentang Singapura di tempat lawan. Perlawanan pertama akan diadakan pada 23 Julai 2011 bertempat di Stadium Singapura yang akan menempatkan hanya seramai 500 orang penonton. Kenapa Singapura hanya menyediakan 500 tiket sahaja untuk dijual kepada penonton? Jawapannya, kerana Singapura hanya mampu menyediakan stadium yang berskalar kecil untuk perlawan sebesar ini (kira besar la kan since tak pernah lagi masuk ke taraf Piala Dunia bagi kedua-dua pasukan).

ROT: Lagi Pembongkaran Lakonan Ketika Bersih 2.0

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Lagi pembongkaran lakonan kematian ketika Bersih 2.0 yang dikaitkan dengan kelemahan pihak PDRM(Polis Di Raja Malaysia) dalam menguruskan demonstrasi Bersih 2.0.  Kes kematian yang heboh dibincangkan oleh parti pembangkang di Malaysia telah menarik minat media asing untuk mencalit arang ke badan penguatkuasaan undang-undang Malaysia iaitu PDRM. Isu ini telah menyebabkan pihak PDRM diselar oleh kebanyakkan media asing dalam menangani isu demonstrasi haram ini telah seringkali dikaitkan dengan kelemahan kerajaan pimpinan Dato Seri Najib Razak.

ROT : Malaysia Masih Negara Selamat ?

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Aku terkedu kejap bila ada sorang kawan aku dari oversea tanya selamat ke kalau dia nak balik Malaysia bila habis semester nanti? Dalam hati aku jenuh dok fikir pernah ke Malaysia ni di kategorikan darurat sepanjang aku hidup? Jawapannya TAK PERNAH la. Even waktu kecoh time reformasi dulu pun belum sampai tahap darurat lagi.

Tuesday, July 19, 2011

ROT : MPP Tak Sedar Untung?

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Hari ni kes kecoh mengenai seorang pelajar di Universiti Darul Ifta', Mesir yang telah di kenakan tindakan buang Universiti kesan daripada penglibatan pelajar terbabit dengan demonstrasi Bersih 2.0. Dengan pembuangan pelajar ini, maka tanpa ragu-ragu kerajaan telah menunjukkan kekerasan tindakan terhadap pelajar IPTA yang melanggar peraturan yang termaktub dalam akta pelajar 174 yang menghalang pelajar dari menyertai mana-mana perhinpunan haram sama ada anjuran kelab, parti atau individu dari Universiti atau mana-mana yang berkaitan.

ROT: Pemimpin Malaysia Berani Mati?

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Aku rasa tiba masanya aku tulis pulak pasal seorang pemimpin yang bagi aku, merupakan seorang pemimpin berani mati. Beliau yang aku maksud kan adalah seorang pemimpin terulung(pendapat peribadi jugak) bagi negara kecil Malaysia, seorang pemimpin yang tak takot mengeluarkan kata-kata atau pendapat yang pedas kepada negara Amerika dan sekutu kuatnya Israel.

ROT: Tag Team Anak Bapak jadi Gangster?

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Aku terpanggil untuk menulis pasal road bully di Malaysia ni bila aku tengok video pasal geng tag team anak dengan bapak yang membuli orang kat tengah-tengah jalan ketika keadaan lalu lintas sangat-sangat la sesak. Aku tak pasti keadaan jadi sesak sebab kes ni ataupun memang ketika kejadian adalah masa orang ramai berpusu-pusu pulang dari pejabat.

Saturday, July 16, 2011

Husam Musa Tak Tau Kiri atau Kanan?

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Hari ni aku layan banyak-banyak video youtube. Nak gelak pun ada jugak. Aku sokong kata kawan aku Man(bukan nama sebenar) yang youtube ni banyak informasi-informasi politik yang pelik-pelik. Memang betul. Aku sokong 100%. Bila aku menulis post ni, mungkin aku dah tonton lebih kurang dalam 30-50 video berkaitan dengan perbalahan antara penyokong fanatik(taksub) Anwar Ibrahim (Parti Keadilan Rakyat) dengan penyokong Kerajaan sedia ada di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak(Barisan Nasional).

Friday, July 15, 2011

BERSIH 2.0 di U.K Memalukan?

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Memandangkan isu bersih ni tengah hangat giler buat masa ni kat Malaysia, jadi aku amik masa ini untuk komen sepatah dua perenggan. By rights, BERSIH 2.0 is an illegal rally masterminded by a person who is a Malaysian(sangat-sangat berjiwa Malaysia dan sangat-sangat mempunyai prinsip mahu menyelamatkan negara KONONNYA). Rally atau demonstrasi ni secara amnya telah pun berlangsung di ibu kota Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011 lepas. Banyak gambar-gambar yang menarik boleh di lihat di blog hamba Allah sorang ni Mizan Nayan

Thursday, July 14, 2011

Polis Malaysia Takut Saman?

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Aku saja tengok-tengok video kat youtube. Maklum la, rumah baru pasang internet. Jadi aku pun pergi la tengok youtube. Sebelum ni aku dok dengar yang youtube ni banyak video-video menarik. Macam-macam genre, kelakar ada, serious pun ada. Aku jadi berminat nak usha la mana tau ada plak ke yang menarik. Tetiba aku tengok macam ada satu video ni yang memperlihatkan dua orang anggota Polis Di Raja Malaysia(PDRM) tengah nak saman orang. Aku pun apa lagi, click terus sebab nak tengok.

malaysia (24) 2014 (17) yahudi (17) agama (14) bersih (11) anwar (10) bersih 2.0 (9) blogger (9) gengblogger (9) life (9) politik (9) ambiga (8) melayu (8) pkr (8) ROT (7) anwar ibrahim (7) google blogger (7) lawak super (7) norlia ghani (7) tipu (7) zionis (7) Freemason (6) PDRM (6) bn (6) fakap (6) fitnah (6) murtad (6) najib (6) singapore (6) Illuminati (5) anak rintik (5) bangsat (5) bola sepak (5) cina (5) dajjal (5) google blog (5) harimau malaya (5) harimau muda (5) islam (5) jahanam (5) kelayakan piala dunia (5) maharaja lawak (5) masonary (5) para blogger (5) selangor (5) singapura (5) Nabi (4) PM (4) al masih (4) anak bapak (4) barisan nasional (4) bodoh (4) bohong (4) gangster (4) hiburan (4) india (4) keadilan (4) panas (4) polis (4) syaitan (4) Behemoth (3) Imam Mahdi (3) US (3) boikot (3) bukit jalil (3) damai (3) dap (3) facebook (3) facebook page (3) football (3) gereja (3) jais (3) jumud (3) kelantan (3) keparat (3) komen (3) kristian (3) mampus (3) pelajar (3) raja lawak (3) remaja (3) seks (3) tuan guru (3) tun mahathir (3) umno (3) Nabi Isa (2) Nabi Nuh (2) bapak borek (2) cyclop (2) facebook comment (2) facebook like (2) fam (2) gay (2) iklan (2) kencing (2) kerja gile (2) kl (2) lion (2) madinah (2) mahathir (2) nuffnang (2) perniagaan (2) realiti show (2) rogol (2) sreevesan (2) syarikat di malaysia (2) tua (2) ISA (1) MPP (1) ads (1) angin (1) arkib (1) arkid (1) arsenal (1) bebas (1) blackberry (1) brown dwarf (1) comet (1) design (1) down (1) elenin (1) gadget (1) gerbang (1) handphone (1) htc (1) husam musa (1) iphone (1) jambu (1) jpa (1) kanan (1) kiri (1) mukadimah (1) musa (1) nibiru (1) nokia (1) planet x (1) recent post (1) sekolah agama (1) sial (1) social (1) spr (1) system of a down (1) teknologi (1) tema (1) theme (1) upm (1) wataniah (1) wibiya (1)
gunbladeiv's Profile on Ping.sg