Bagi aku ini merupakan penipuan dari golongan yang mempunyai sedikit ilmu, tapi ada terlalu banyak auta! Tak dapat dinafikan lagi bukan sahaja di luar kejadian ini berlaku, namun di Malaysia jugak dan ada pihak-pihak yang dengan mudah menjatuhkan hukum jihad dan syahid ke atas perjuangan yang tidak mempunyai hujung pangkal. Golongan yang kene tipu ni pulak, memang la kurang terpelajar. Kalau terpelajar takde lah korang kene tipu kan?
Tuesday, September 13, 2011
ROT : Perjuangan Agama Tercetus !
Bagi aku ini merupakan penipuan dari golongan yang mempunyai sedikit ilmu, tapi ada terlalu banyak auta! Tak dapat dinafikan lagi bukan sahaja di luar kejadian ini berlaku, namun di Malaysia jugak dan ada pihak-pihak yang dengan mudah menjatuhkan hukum jihad dan syahid ke atas perjuangan yang tidak mempunyai hujung pangkal. Golongan yang kene tipu ni pulak, memang la kurang terpelajar. Kalau terpelajar takde lah korang kene tipu kan?
ROT : Caj Perkhidmatan Ditangguhkan
Sedar tak sedar, kebanyakkan tempat makan yakni restoran-restoran mewah sekarang ni dah pun menaikkan tarif caj perkhidmatan mereka daripada 5% yang setahu aku sebelum ini kepada 6%. Mungkin kebanyakkan orang tidak sedar akan hal ini, namun aku yang menjadi penggemar makanan seperti McDonalds, KFC dan lain-lain fast food perasan akan kenaikkan caj yang dikenakan ni.
Wednesday, September 7, 2011
ROT : Dunia Aman Tanpa Al-Qaeda
Dari sudut pandangan seorang Islam, perjuangan menegakkan agama itu adalah Jihad, Yes? Tapi adakah benar perjuangan al-Qaeda ini adalah berlandaskan jihad? Aku sangsi sendiri dengan motif serta tapak perjuangan bagi kumpulan ini. Siapa dalang bagi perjuangan ni? Osama Bin Laden? Siapa pula Osama Bin Laden ni? Adakah dia benar-benar seorang yang berjuang demi jihad kerana agama Allah SWT?
Tuesday, August 23, 2011
ROT : Arsenalku Hilang Taring
Friday, August 12, 2011
ROT : Dunia Semakin Uzur
Ceh tajuk macam siot je kan? Aku pun tak tau kenapa aku bagi tajuk post aku kali ni sebagai "Dunia Semakin Pupus". Actually pertama sekali aku nak mintak maaf kepada para pembaca ROT sebab dalam beberapa hari ni aku kurang update blog kerana aku sangat-sangat sibuk melakukan tugas-tugas yang telah diamanahkan kepada aku di tempat kerja.
Maklumlah, bila bulan puasa ni – kerja banyak sikit je, malam dah lentok sebab makan banyak time berbuka. Namun aku cube sedaya upaya untuk cari masa jugak la tulis dan kemaskini blog ROT supaya tidak melumpuhkan perjalanan aku untuk mencari lebih ramai pembaca blog ROT. Dari pengalaman aku, bila blog jarang di update dengan post-post baru, maka pembaca pun akan lari ke sumber-sumber lain. Jadi aku harap para pembaca akan setia dengan ROT atas dasar penulisan aku bukan kerana gosip-gosip yang aku sampaikan. Gosip ke? Alamak..
Wednesday, August 10, 2011
ROT : Mana Demokrasi UK ?
Hari ni aku baca satu artikel di berita harian online yang sibuk menyampaikan berita bahawa seorang rakyat Malaysia yang telah dicederakan dan disamun di United Kingdom. Still aku ingin mengucapkan takziah kepada mangsa dan moga mangsa dapat cepat sembuh dan pulang ke Malaysia jika tahap rusuhan menjadi lebih teruk. Keadaan kucar-kacir kat U.K ni aku jangkakan akan berlanjutan kerana kebanyakkan yang menyertai rusuhan kat UK ni jugak adalah jenis orang yang tak reti bahasa.
Tuesday, August 9, 2011
ROT : Rezeki Haram Bulan Puasa !
Secara jujurnya aku amat bersedih di atas kematian seorang kanak-kanak berumur 11 tahun akibat dari termakan juadah berbuka puasa yang tidak elok. Aku rasa ini tipikal yang terjadi setiap kali bulan puasa, selain hilang selipar time terawikh, penampakan entiti-entiti yang membeli atau makan ketika tengahari dengan wajah 100% confirm Islam dan kes-kes Maggi terbang.
Secara jujurnya, kebanyakkan penjual-penjual atau boleh kalau aku rumuskan 100% peniaga bazar ramadhan adalah dari orang beragama islam sendiri. Ketika inilah rezeki yang melimpah-limpah harus di ambil kesempatan oleh peniaga-peniaga kecil bagi menyediakan segala persiapan untuk menyambut Syawal dan duit lebih untuk keluarga. Namun, terdapat satu etika yang tidak aku banggakan dan aku rasa tidak harus dipandang enteng oleh para peniaga.
Monday, August 8, 2011
ROT : Siapa Dia Ibnu Hussein ?
Aku rasa rata-rata wanita di Malaysia dan yang ada muka buku atau facebook sure kenal sapa itu Ibnu Hussein kan? Maklum la mamat ni ada mengeluarkan satu nota di muka buku dia yang bertajuk 25 Perempuan Murahan Malaya yang menjadi kontroversi dan igauan pada awek-awek cun dan hot satu Malaysia. Hahahaha... aku rasa macam fakap plak kalau ada gadis-gadis yang nak mengamuk pasal apa yang dia kutuk. Kalau korang mengamuk menandakan korang ada ciri-ciri yang dia tulis dalam notes tu. So keep it cool, and relax babe!
ROT : Sejarah Alatan Cabut Gigi
Hari ni aku saja takde menda yang panas untuk aku postkan, jadi aku pun belek-belek la akaun facebook kawan-kawan kat FB aku tu, takde keje kan? haaa.. kesian aku – kalau korang ada keje lebih silalah bagi aku keje lebey. And kalau korang ada isu yang nak suruh aku ulas boleh je request. Kekadang aku ni lambat and tak terbaca banyak sangat isu kat Malaysia ni. Tapi kalau boleh unsur politik aku tak nak la time-time bulan ramadhan ni, aku simpan untuk raya bab-bab politik ni. Hahaha. Alasan sebab bulan puasa aku tak nak salah bagi cerita kat orang ramai. Politik ni terlalu banyak penipuan tak kira dari mana-mana blok parti pun. Semua pun sama je la bagi aku...
ROT : Majlis Fatwa Bersuara Isu Murtad
Aku pelik betul dekat Malaysia ni dia macam ada musim-musim yang menyebabkan sesuatu benda/isu tu jadi hangat sehangat-hangatnya. Contoh macam isu murtad ni. Bermula dengan JAIS menyerang, atau Makcik Kiah punya kes mana satu pun aku lupa dah(maklum lah berpuasa ni menyebabkan otak aku lampi sekejap).