Tuesday, February 21, 2012

ROT : Amalan Mistik Khurafat?

Artikel-artikel lain di Reign of Trust

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Post kali ni, ROT nak tulis pasal hal-hal mistik yang masih ada di kalangan kita di Malaysia amalkan.  Adakah ianya hanya mitos, dongeng atau khurafat? ROT pun tak pasti kerana buat masa ni ROT sendiri tak pernah jumpa atau kenal dengan pengamal ilmu-ilmu mistik ini.  Namun, dari pembacaan dan cerita kawan-kawan dan kawan kepada kawan ilmu ini memang wujud dan masih diamalkan oleh sesetengah individu di negara kita.  Ilmu apa yang ROT cakapkan ni? Oyeh…. Ilmu yang ROT ingin tulis hari ni adalah ilmu kebal.

Ajaib? Pelik? Politik? Adoi, kita tolak dulu politik ni ke tepi untuk sekejap sebab kalau tetiap kali pun politik, manusia kebal pun boleh lut kene batang mancis. Orait, dari mana datangnya kebal manusia ni? Ada sumber yang mengatakan ilmu ini datang dari pemahaman kita secara menyeluruh tentang diri sendiri. Ilmu mengenal diri kalau di fahami dan di dalami mampu mengawal segala bahagian tubuh termasuk juga membuat diri kebal. Iye ke tak ye la kan? Tapi memang terdapat ilmu ini yang di pelajari oleh orang kita sendiri.  Bila berbicara tentang ilmu mengenal diri ini maka akan selalu timbul soal bagaimana kisah wujudnya manusia pertama iaitu Nabi Adam A.S.

Maka dari kejadian Nabi Adam, maka timbullah soal kekebalan menggunakan besi kursani.  Apa itu besi kursani? Kenapa besi ini dikatakan mampu memberi kekebalan kepada pemilik? Apa beza besi kursani dengan besi-besi lain? Secara ringkasnya, ROT sertakan penulisan Braham Mickel di bawah:

Jika melihat dari bahasanya, besi kersani ( besi kursani, qursani, khurasani , khursani) mungkin berasal dari kata khurasan atau khorasan, suatu kawasan yang meliputi bagian dari Iran, Afganistan, Tajikistan, Turkmenistan dan Uzbekistan. Di kawasan ini dahulunya dihasilkan pedang dengan kualitas besi yang sangat bagus dan kuat. Kekuatan besi inilah yang kemudian diibaratkan menjadi kekuatan batin di dalam tubuh oleh pengamal ilmu batin.
Besi kersani di daerah Khurasan ini terkenal karena keras dan kuat, oleh sebab itu di dalam mantera perlu membayangkan bangkitnya kekuatan itu untuk kuat melawan musuh. Di dalam kajian ilmu batin di Minangkabau, besi kersani ini terkandung di dalam tubuh dan perlu dibangkitkan jika ingin menghadapi musuh. Besi kersani ini bangkit ditandai dengan mendenging di telinga. Di masa dahulunya, para pandeka (pendekar) di Minangkabau dan juga di daerah lain di Nusantara umumnya memiliki amalan ini untuk menghadapi musuh dalam medan laga/pertempuran.

Kisah besi kursani ini pula dikatakan terdapat dalam setiap tubuh manusia yang berketurunan Nabi Adam. Kalau semua keturunan Nabi Adam ada besi kursani, jadi kita semua pastinya ada besi ini didalam tubuh kita. Betul ke ada besi kursani? Kenapa scanner dekat lapangan terbang tak berbunyi kalau jalan melepasi tiang scanner tu? Pelik? Pada awalnya manusia (Adam) dibuat dari unsur api, angin (udara), air dan tanah. Unsur api menjadi darah, unsur angin menjadi urat, unsur air menjadi tulang dan tanah menjadi daging. Kemudian unsur tersebut dicampur dan dibentuk sebuah patung dan diberi ruh, maka hiduplah patung tersebut dan memiliki nyawa. Lalu untuk membuat Adam kukuh dan kuat, diambillah sedikit dari tiang arasy yang bernama besi kursani yang ditancapkan dari ubun-ubun sampai ke tulang ekor. Besi kursani ini menyatu bersama tulang punggung pada manusia. Ketika besi kursani ditancapkan kepada manusia, Adam berkeringat dan keringat inilah yang berubah menjadi sekalian jenis besi di muka bumi. Jadi dapat dikatakan bahwa besi yang ada di bumi takluk kepada besi kursani. Besi yang ada di muka bumi boleh tunduk dan lentur, jika kekuatan besi kursani itu diaktifkan oleh pengamalnya.

Dari cerita yang ROT tulis dekat atas ni, maka boleh dikatakan setiap manusia ada besi ini didalam tubuh. Jadi kenapa sesetengah orang yang inginkan ilmu kebal ini masih mencari dan berhabis banyak wang gara-gara nak cari besi kursani ni? Bukankah dah terdapat dalam diri sendiri? Dan adakah kerana ingin kebal kita mempercayai bahawa besi ini mampu memberi kekebalan dan bukan dengan izin Allah S.W.T kekebalan itu boleh aktif? Jika besi kursani mampu melentur dan menundukkan segala jenis besi di dunia, maka untuk melawan kekebalan tersebut, kita tikam je la orang kebal ini menggunakan kayu. Sebab kayu lain dari besi? Tak gitu?

Dari pembacaan juga, ROT dapat tahu bahawa ada mentera untuk mengaktifkan tenaga besi kursani ini. Dan kebanyakkan mantera yang ROT tengok tidak pula menggunakan ayat-ayat al-Quran. Oleh itu, ROT jadi was-was dengan teknik ini takut-takut jatuh kepada syirik pula. Namun setiap pengajar bagi ilmu ini akan memberitahu kepada orang yang ingin di ajar bahawa ini semua terjadi dengan izin Allah.  Jika tidak kerana izin-Nya maka kebal itu tidak akan jadi. Cuma kenapa kita memohon menggunakan mantera dan tidak dengan menggunakan ayat-ayat suci al-Quran atau dengan hanya berdoa? perlukah menghafal mantera dan bukan dengan menyatakan keinginan kepada Illahi?

Oleh itu, ROT pun tak berani cakap bahawa ilmu ini jatuhnya pada hukum yang mana satu. Kerana jika zaman Rasulullah dahulu ada yang mengamalkan kebal, maka tidaklah ada sahabat-sahabat yang gugur di medan perang. Kan? So korang fikirlah sendiri dan renungkanlah. Sesetengah ilmu ini harus di pelajari dari guru yang benar, salah berguru maka sesatlah kita selamanya.

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Tinggalkan komen bagi artikel : ROT : Amalan Mistik Khurafat? !
malaysia (24) 2014 (17) yahudi (17) agama (14) bersih (11) anwar (10) bersih 2.0 (9) blogger (9) gengblogger (9) life (9) politik (9) ambiga (8) melayu (8) pkr (8) ROT (7) anwar ibrahim (7) google blogger (7) lawak super (7) norlia ghani (7) tipu (7) zionis (7) Freemason (6) PDRM (6) bn (6) fakap (6) fitnah (6) murtad (6) najib (6) singapore (6) Illuminati (5) anak rintik (5) bangsat (5) bola sepak (5) cina (5) dajjal (5) google blog (5) harimau malaya (5) harimau muda (5) islam (5) jahanam (5) kelayakan piala dunia (5) maharaja lawak (5) masonary (5) para blogger (5) selangor (5) singapura (5) Nabi (4) PM (4) al masih (4) anak bapak (4) barisan nasional (4) bodoh (4) bohong (4) gangster (4) hiburan (4) india (4) keadilan (4) panas (4) polis (4) syaitan (4) Behemoth (3) Imam Mahdi (3) US (3) boikot (3) bukit jalil (3) damai (3) dap (3) facebook (3) facebook page (3) football (3) gereja (3) jais (3) jumud (3) kelantan (3) keparat (3) komen (3) kristian (3) mampus (3) pelajar (3) raja lawak (3) remaja (3) seks (3) tuan guru (3) tun mahathir (3) umno (3) Nabi Isa (2) Nabi Nuh (2) bapak borek (2) cyclop (2) facebook comment (2) facebook like (2) fam (2) gay (2) iklan (2) kencing (2) kerja gile (2) kl (2) lion (2) madinah (2) mahathir (2) nuffnang (2) perniagaan (2) realiti show (2) rogol (2) sreevesan (2) syarikat di malaysia (2) tua (2) ISA (1) MPP (1) ads (1) angin (1) arkib (1) arkid (1) arsenal (1) bebas (1) blackberry (1) brown dwarf (1) comet (1) design (1) down (1) elenin (1) gadget (1) gerbang (1) handphone (1) htc (1) husam musa (1) iphone (1) jambu (1) jpa (1) kanan (1) kiri (1) mukadimah (1) musa (1) nibiru (1) nokia (1) planet x (1) recent post (1) sekolah agama (1) sial (1) social (1) spr (1) system of a down (1) teknologi (1) tema (1) theme (1) upm (1) wataniah (1) wibiya (1)
gunbladeiv's Profile on Ping.sg