Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud
ROT terkejut beruk bila kebelakangan ni, isu agama sering dipermainkan pelbagai pihak lebih-lebih lagi bab politik ni. Bagi ROT, kalau boleh cuba la asingkan hal politik dengan hal agama. Asingkan ini tidak lah bermaksud buang agama ketika berpolitik. Itu jahil namanya. Maksud ROT adalah supaya jangan menggunakan sentimen sensitif agama bagi melobi pengundi-pengundi. Sedar tak sedar hal ni dah jadi trend politik kat Malaysia plak ROT tengok. Sikit-sikit isu agama dipolitikkan.
Kalau hendak berdakwah pun cuma seminggu dalam setahun, jangan la pula kita merosakkan apa yang sedia ada. Agama bukan isu untuk dipolitikkan. Hari ni, ROT terbaca dekat Malaysia Kini isu berkaitan kepala khinzir di temui di hadapan surau. Haish, apa la nak jadi dengan umat akhir zaman ni? Kalau yang melakukannya adalah orang kafir takpa la, dia memang sudah dituliskan akan sentiasa menjadi penentang dan musuh yang nyata. Tapi kalau la benda ni dilakukan oleh seorang yang bergelar diri tu muslim semata-mata untuk dijadikan isu politik, maka bertaubatlah. Samak je tak boleh hilangkan dosa fitnah tu.
Selain itu, bagi ROT agama Islam ni agama yang suci. Jadi janganlah kita mengotorkan kesucian ini dengan politik. Sesungguhnya politik itu tiada yang bersih seperti kain putih. Sikit sebanyak confirm akan ada tompok-tompok hitam tercalit dan terpalit. Hendak ke kita agama yang kita anuti dipalit dengan fitnah dan benda lain? Kalau tak nak, buang isu agama dari dipolitikkan.
Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud
Tinggalkan komen bagi artikel : ROT : Tak Habis Isu Keagamaan ! !