Tuesday, September 13, 2011

ROT : Caj Perkhidmatan Ditangguhkan

Artikel-artikel lain di Reign of Trust

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Pergh, bila aku baca menda alah ni dekat akhbar online aku rasa lega gile. Ye lah mana tak nya, bayangkan kalau usul ini berjaya ataupun kerajaan tidak mendengar suara rakyat dalam hal ni? Apa nak jadi? Takkan semua benda kat Malaysia ni tak terlepas dari caj perkhidmatan?

Sedar tak sedar, kebanyakkan tempat makan yakni restoran-restoran mewah sekarang ni dah pun menaikkan tarif caj perkhidmatan mereka daripada 5% yang setahu aku sebelum ini kepada 6%. Mungkin kebanyakkan orang tidak sedar akan hal ini, namun aku yang menjadi penggemar makanan seperti McDonalds, KFC dan lain-lain fast food perasan akan kenaikkan caj yang dikenakan ni.



Bukan aku nak cakap depa tak patut naikkan cukai, tapi bagi aku - kenaikkan 1% itu tersangat tinggi dan tidak patut memandangkan kebanyakkan tempat macam ni ada kontroversi dalam penyediaan makanan mereka. Tidakkah itu juga dikira perkhidmatan? Bukankah menyediakan makanan itu adalah khidmat mereka kepada pembeli seperti aku? Jadi jika perkhidmatan mereka tidak mempunyai sebarang pembaharuan, kenapa terdapat kenaikan pada caj perkhidmatan?

Lain pulak dengan caj perkhidmatan dari syarikat-syarikat telco di Malaysia. Apa pula depa punya alasan untuk mengenakan caj perkhidmatan kepada pengguna-pengguna talian? Adakah untuk menampung segala kos dari pakej-pakej telefon bimbit seperti Blackberry, Iphone dan lain-lain menyebabkan mereka sepakat untuk mengenakan caj perkhidmatan?

Nasib baiklah kerajaan sekarang sangat perihatin dengan keluhan suara rakyat yang telah menangguhkan dahulu usul untuk menetapkan 6% caj perkhidmatan ni. Bagi aku, apa yang Datuk Donald Lim Siang Chai(Timbalan Menteri Kewangan) utarakan terdapat alasan yang kukuh untuk tidak mengikut kehendak peniaga-peniaga besar yang inginkan duit poket lebih. Selagi syarikat-syarikat ini masih mampu mendapatkan keuntungan berbilion-bilion ringgit setahun, mengapa harus membebankan pengguna? Melainkan mereka tidak mendapat keuntungan, barulah harus dikenakan caj perkhidmatan.

Bagi aku, sekarang ni terdapat bermacam-macam cara untuk peniaga-peniaga besar ini cuba lakukan bagi mendapatkan keuntungan lebih di Malaysia. Astro sebagai contohnya. Tapi ingatlah, rakyat juga memerlukan duit yang lebih untuk hal-hal lain selain dari abeskan duit bagi korang. Maklumlah, melayu ni suke menabung.. Jadi bagilah sikit lebihan duit supaya tabung orang melayu ni boleh bertambah berat. Jangan la meringankan lagi tabung simpanan kami!

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Tinggalkan komen bagi artikel : ROT : Caj Perkhidmatan Ditangguhkan !
malaysia (24) 2014 (17) yahudi (17) agama (14) bersih (11) anwar (10) bersih 2.0 (9) blogger (9) gengblogger (9) life (9) politik (9) ambiga (8) melayu (8) pkr (8) ROT (7) anwar ibrahim (7) google blogger (7) lawak super (7) norlia ghani (7) tipu (7) zionis (7) Freemason (6) PDRM (6) bn (6) fakap (6) fitnah (6) murtad (6) najib (6) singapore (6) Illuminati (5) anak rintik (5) bangsat (5) bola sepak (5) cina (5) dajjal (5) google blog (5) harimau malaya (5) harimau muda (5) islam (5) jahanam (5) kelayakan piala dunia (5) maharaja lawak (5) masonary (5) para blogger (5) selangor (5) singapura (5) Nabi (4) PM (4) al masih (4) anak bapak (4) barisan nasional (4) bodoh (4) bohong (4) gangster (4) hiburan (4) india (4) keadilan (4) panas (4) polis (4) syaitan (4) Behemoth (3) Imam Mahdi (3) US (3) boikot (3) bukit jalil (3) damai (3) dap (3) facebook (3) facebook page (3) football (3) gereja (3) jais (3) jumud (3) kelantan (3) keparat (3) komen (3) kristian (3) mampus (3) pelajar (3) raja lawak (3) remaja (3) seks (3) tuan guru (3) tun mahathir (3) umno (3) Nabi Isa (2) Nabi Nuh (2) bapak borek (2) cyclop (2) facebook comment (2) facebook like (2) fam (2) gay (2) iklan (2) kencing (2) kerja gile (2) kl (2) lion (2) madinah (2) mahathir (2) nuffnang (2) perniagaan (2) realiti show (2) rogol (2) sreevesan (2) syarikat di malaysia (2) tua (2) ISA (1) MPP (1) ads (1) angin (1) arkib (1) arkid (1) arsenal (1) bebas (1) blackberry (1) brown dwarf (1) comet (1) design (1) down (1) elenin (1) gadget (1) gerbang (1) handphone (1) htc (1) husam musa (1) iphone (1) jambu (1) jpa (1) kanan (1) kiri (1) mukadimah (1) musa (1) nibiru (1) nokia (1) planet x (1) recent post (1) sekolah agama (1) sial (1) social (1) spr (1) system of a down (1) teknologi (1) tema (1) theme (1) upm (1) wataniah (1) wibiya (1)
gunbladeiv's Profile on Ping.sg