Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud
Bagi aku ini merupakan penipuan dari golongan yang mempunyai sedikit ilmu, tapi ada terlalu banyak auta! Tak dapat dinafikan lagi bukan sahaja di luar kejadian ini berlaku, namun di Malaysia jugak dan ada pihak-pihak yang dengan mudah menjatuhkan hukum jihad dan syahid ke atas perjuangan yang tidak mempunyai hujung pangkal. Golongan yang kene tipu ni pulak, memang la kurang terpelajar. Kalau terpelajar takde lah korang kene tipu kan?
Isu baru kononnya pertembungan dua agama berlaku di Ambon, Indonesia yang kononnya tercetus apabila SMS hantu telah disebarkan kepada ramai masyarakat. Mesej pesanan ringkas ini menyatakan bahawa seorang pemandu teksi penganut agama Islam telah diserang dan dibunuh oleh penganut agama kristian. Maka ramailah dari pejuang-pejuang Islam yang bangun dan mengambil jalan mudah dengan menggunakan hukum "Darah dibayar dengan darah"..
Dari kes ini, terdapat 3 orang yang maut dan lebih dari 80 orang lain cedera. Kes ini telah menyebabkan kerajaan Indonesia mengerahkan lebih 400 polis untuk mengawal keadaan. Sebagaimana yang kita tahu, Indonesia pernah berlakunya perang Jihad suatu ketika dahulu diantara penganut agama Islam dengan Kristian. Lokasi sebelum ini juga adalah di Ambon.
Mungkinkah ini adalah kesan dari kemarahan kedua-dua penganut agama ini yang terpendam dari tahun 2000? kenapakah perlunya pertumpahan darah ini terjadi sedangkan terdapat lebih dari 10 cara untuk menyelesaikan perbalahan ini. Namun jika benar ini merupakan suatu perjuangan suci jihad, maka perjuangan kalian adalah perjuangan yang disanjung tinggi demi mempertahankan agama Islam.
Persoalannya, adakah anda sanggup berjihad apabila tiba masa yang benar? Sanggupkah anda menghunuskan senjata menarik nyawa insan lain?
Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud
Tinggalkan komen bagi artikel : ROT : Perjuangan Agama Tercetus ! !