Tuesday, February 21, 2012

ROT : Amalan Mistik Khurafat?

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Post kali ni, ROT nak tulis pasal hal-hal mistik yang masih ada di kalangan kita di Malaysia amalkan.  Adakah ianya hanya mitos, dongeng atau khurafat? ROT pun tak pasti kerana buat masa ni ROT sendiri tak pernah jumpa atau kenal dengan pengamal ilmu-ilmu mistik ini.  Namun, dari pembacaan dan cerita kawan-kawan dan kawan kepada kawan ilmu ini memang wujud dan masih diamalkan oleh sesetengah individu di negara kita.  Ilmu apa yang ROT cakapkan ni? Oyeh…. Ilmu yang ROT ingin tulis hari ni adalah ilmu kebal.

Ajaib? Pelik? Politik? Adoi, kita tolak dulu politik ni ke tepi untuk sekejap sebab kalau tetiap kali pun politik, manusia kebal pun boleh lut kene batang mancis. Orait, dari mana datangnya kebal manusia ni? Ada sumber yang mengatakan ilmu ini datang dari pemahaman kita secara menyeluruh tentang diri sendiri. Ilmu mengenal diri kalau di fahami dan di dalami mampu mengawal segala bahagian tubuh termasuk juga membuat diri kebal. Iye ke tak ye la kan? Tapi memang terdapat ilmu ini yang di pelajari oleh orang kita sendiri.  Bila berbicara tentang ilmu mengenal diri ini maka akan selalu timbul soal bagaimana kisah wujudnya manusia pertama iaitu Nabi Adam A.S.

Wednesday, February 8, 2012

ROT : Kembalinya Zaman Jahiliyah?

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Aduh, hari ni ROT ada terbaca satu post dari blog rakan di mana seorang insan ni di bakar selepas di belasah oleh orang ramai.  Bila terbaca cerita ni, terus ROT terfikir, bukan ini sifat-sifat mutlak yang terdapat pada manusia ketika zaman-zaman jahiliyah dahulu kala? Adakah sekarang ini dunia sudah kembali kepada fasa jahiliyah? Jika benar kita sudah kembali ke zaman jahiliyah, maka haruslah kita peringati rakan-rakan muslim yang lain supaya mendekatkan diri semula kepada ajaran Nabi Muhammad S.A.W dan kembali memohon cahaya keimanan dari Allah S.W.T.

Bagi ROT sekarang ini, kita telah pun menghampiri kepada zaman jahiliyah di mana perlakuan dosa-dosa besar tidak lagi kita anggap menakutkan.  Sebaliknya siapa yang melakukannya, mereka merasakan diri itu hero sebenarnya di dunia.  Istighfar sekejap bila kenangkan perkara ini berada di dalam mentaliti kita manusia pada zaman akhir ini.  Sedar tak sedar, dalam diri ROT sendiri pun ada terbit perasaan macam ini.  Aduhai Saleha! bak kata mawi..

Friday, February 3, 2012

ROT : Pakwe Yang Mampu Buat Anda Bahagia?

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Post kali ni, ROT nak keluar sikit dari konteks politik. Hari-hari politik agak mental jugak otak kan? So untuk keluar dari konteks politik ni, hari ni ROT nak bincangkan pasal apa ciri-ciri pakwe yang korang rasa agak luar biasa nak dapat sekarang.. Maklum lah bebudak zaman sekarang ni, seawal umur 14 tahun dah pandai nak bercinta kan. Jadi sure la pengalaman bercinta tu banyak.

ROT kekadang pening jugak la, dari pengalaman bercinta yang ROT sendiri lalui - Apa sebenarnya ciri-ciri yang seorang perempuan inginkan dari seorang lelaki? Jadi secara umumnya, post ni lebih bertumpu pada perempuan untuk menjawab persoalan ini. Tapi kalau lelaki nak jawab pun boleh sajo!

Tuesday, January 31, 2012

ROT : Tak Habis Isu Keagamaan !

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Setelah lama ROT tak menulis dekat blog ni gara-gara keadaan yang sangat sibuk dengan kerja yang perlu dilaksanakan, termasuklah bermain dota dengan rakan-rakan, hari ni ROT cuba juga la meluangkan masa untuk menulis sedikit isu-isu yang sering menjadi tumpuan masa kini di negara kita.

ROT terkejut beruk bila kebelakangan ni, isu agama sering dipermainkan pelbagai pihak lebih-lebih lagi bab politik ni.  Bagi ROT, kalau boleh cuba la asingkan hal politik dengan hal agama.  Asingkan ini tidak lah bermaksud buang agama ketika berpolitik.  Itu jahil namanya.  Maksud ROT adalah supaya jangan menggunakan sentimen sensitif agama bagi melobi pengundi-pengundi.  Sedar tak sedar hal ni dah jadi trend politik kat Malaysia plak ROT tengok. Sikit-sikit isu agama dipolitikkan.

Tuesday, November 8, 2011

ROT : Indahnya Duniaku ?

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud



ROT pernah terbaca mengenai satu topik yang membuatkan ROT terus mengucapkan dua kalimah syahadah dan mengagungkan kebesaran Illahi. Ya Allah besar sungguh kuasa Mu Ya Allah ! Itulah yang mampu ROT ucapkan setelah penat menelaah ilmu yang dipelajari di kelas.


Ceh, tapi pujian itu lebih aku tujukan pada artikel-artikel yang aku baca sewaktu masa santai sementara menunggu masa kelas yang belum jugak kunjung tiba hari ni. Topik yang aku Google hari ini sebenarnya menjurus kepada asteroid yang dijangka akan berada pada kedudukan paling rapat dengan bumi dalam sejarah manusia iaitu 0.84 LD. LD dalam unit di atas merujuk kepada Lunar Distance yakni 1LD bersamaan 238855 batu jauhnya.  Oleh itu, para saintis NASA menjangkakan tempoh 8 Nov - 11 Nov merupakan tempoh di mana asteroid 2005 YU55 berada paling dekat dengan bumi.

Wednesday, November 2, 2011

ROT : Kekalkan Imej Simple !

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Bila korang baca topik ni mesti korang fikir post ni ROT akan tulis pasal penampilan kan? Hahaha.. Kalau korang fikir macam tu, maka aku berjaya memperdaya korang dengan teknik baru yang aku cuba mahirkan ke tahap maksimum sebagai cara untuk menarik pembaca ke blog informasi songsang ROT ni.

Okeh, sebenarnya post aku kali ni haruslah pendek sebab pagi tadi ROT dah terbangun awal dan datang mood untuk menulis beberapa post yang lama tersimpan tapi baru sempat untuk disiarkan untuk bacaan korang.  Post ini adalah bertujuan untuk memberitahu pembaca yang mengunjungi ROT ni bahawa blog ROT ni akan kekal dengan imej simple.

ROT : Gerakan Pro Dajjal Bermula !

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Istighfar - Itu sahaja yang mampu ROT ucapkan apabila terlihat artikel di laman web panas pro pembangkang yang menyampaikan maklumat berkisarkan si keparat Ambiga.  Lepas satu-satu kontroversi yang cuba dibangkitkan dan direka oleh makhluk sial ni.  Sebelum ini, si keparat ni sibuk ingin memperbetulkan sistem pilihanraya di Malaysia yang kononnya tidak telus dan peuh dengan korupsi.  Terbaru, keparat yang sama dengan makhluk yang menganjurkan perhimpunan demonstrasi memalukan negara sehingga ke serata dunia Bersih 2.0 kini kembali dengan helah baru.  Helah yang diberi nama 'Seksualiti Merdeka' ini kononnya menjurus ke arah memperbetulkan pemikiran masyarakat Malaysia yang rata-rata beragama Islam bahawa seks sesama jenis itu adalah satu liberalisasi alaf baru.

ROT : Ramalan 2012 ! WTF !

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Selepas lama hanya membaca dan memerhatikan telatah masyarakat dunia mengenai ramalan yang kononnya dunia akan berakhir pada tahun 2012 - ROT tetiba berminat untuk mengupas dan mengulas sikit pasal menda alah ni.  ROT tahu ramai pembaca yang pasti sudah pernah terbaca atau mengkaji mengenai ura-ura bahawa bumi akan musnah akibat sebuah planet yang dinamakan Nibiru pada 2012.

Adakah benar bahawa Nibiru ini wujud? Jika benar planet pemusnah( macam nama Orga plak aku rasa sekali sekala sebut 'pemusnah' ni. Orga adalah watak yang membunuh lagi hebat dalam komik lama 'Pendekar Laut' yang mempunyai gelaran sebagai 'Paus Pemusnah' ) ini benar-benar wujud, maka tidakkah ia sudah mampu di lihat ?

Tuesday, November 1, 2011

ROT : Realiti Hidup Harus Diterima FINAS ?

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Baru-baru ini satu karya seni anak muda yang pernah suatu ketika dahulu menyebabkan kebanyakkan rakyat Malaysia berang dengan video klip kontroversi yang mengejek negara Malaysia tersebar di dalam Youtube.  Ya, anak muda yang ROT maksudkan itu tidak lain tidak bukan adalah Namawee.

Tidak ROT nafikan bahawa FINAS melakukan kesilapan kerana meng-anaktiri-kan karya seni yang bagi ROT adalah realiti kehidupan yang sedia ada masa kini.  FINAS boleh melabel apa sahaja kepada karya Nasi Lemak 2.0 ini.  Sesetengah akan mengatakan karya ini berunsurkan perkauman, anti-kerajaan dan lain-lain lagi - Namun setelah menonton filem ini, dapat ROT simpulkan bahawa seni Namawee ini tidaklah seburuk yang kita sangkakan.

Thursday, September 15, 2011

ROT : ISA Tinggal Kenangan ?

Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud

Aku terkejut bila pengumuman hari 1 Malaysia disertakan sekali dengan penghapusan akta keselamatan dalam negeri iaitu lebih dikenali dengan singkatan ISA dihapuskan. Pengumuman telah dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Razak.

Aku terfikir, apakah alasan bagi Najib Razak untuk menghapuskan akta yang telah banyak membantu menjaga keamanan dan kesejahteraan negara? Kenapa dengan selamber je dia hapuskan satu akta yang sangat-sangat dilindungi oleh perdana menteri malaysia yang terhebat yakni Tun mahathir?
malaysia (24) 2014 (17) yahudi (17) agama (14) bersih (11) anwar (10) bersih 2.0 (9) blogger (9) gengblogger (9) life (9) politik (9) ambiga (8) melayu (8) pkr (8) ROT (7) anwar ibrahim (7) google blogger (7) lawak super (7) norlia ghani (7) tipu (7) zionis (7) Freemason (6) PDRM (6) bn (6) fakap (6) fitnah (6) murtad (6) najib (6) singapore (6) Illuminati (5) anak rintik (5) bangsat (5) bola sepak (5) cina (5) dajjal (5) google blog (5) harimau malaya (5) harimau muda (5) islam (5) jahanam (5) kelayakan piala dunia (5) maharaja lawak (5) masonary (5) para blogger (5) selangor (5) singapura (5) Nabi (4) PM (4) al masih (4) anak bapak (4) barisan nasional (4) bodoh (4) bohong (4) gangster (4) hiburan (4) india (4) keadilan (4) panas (4) polis (4) syaitan (4) Behemoth (3) Imam Mahdi (3) US (3) boikot (3) bukit jalil (3) damai (3) dap (3) facebook (3) facebook page (3) football (3) gereja (3) jais (3) jumud (3) kelantan (3) keparat (3) komen (3) kristian (3) mampus (3) pelajar (3) raja lawak (3) remaja (3) seks (3) tuan guru (3) tun mahathir (3) umno (3) Nabi Isa (2) Nabi Nuh (2) bapak borek (2) cyclop (2) facebook comment (2) facebook like (2) fam (2) gay (2) iklan (2) kencing (2) kerja gile (2) kl (2) lion (2) madinah (2) mahathir (2) nuffnang (2) perniagaan (2) realiti show (2) rogol (2) sreevesan (2) syarikat di malaysia (2) tua (2) ISA (1) MPP (1) ads (1) angin (1) arkib (1) arkid (1) arsenal (1) bebas (1) blackberry (1) brown dwarf (1) comet (1) design (1) down (1) elenin (1) gadget (1) gerbang (1) handphone (1) htc (1) husam musa (1) iphone (1) jambu (1) jpa (1) kanan (1) kiri (1) mukadimah (1) musa (1) nibiru (1) nokia (1) planet x (1) recent post (1) sekolah agama (1) sial (1) social (1) spr (1) system of a down (1) teknologi (1) tema (1) theme (1) upm (1) wataniah (1) wibiya (1)
gunbladeiv's Profile on Ping.sg