Artikel-artikel lain di Reign of Trust
Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud
Aku terfikir, apakah alasan bagi Najib Razak untuk menghapuskan akta yang telah banyak membantu menjaga keamanan dan kesejahteraan negara? Kenapa dengan selamber je dia hapuskan satu akta yang sangat-sangat dilindungi oleh perdana menteri malaysia yang terhebat yakni Tun mahathir?
Banyak alasan yang aku boleh fikirkan termasuklah salah satunya adalah sebagai cabaran kepada Tun Mahathir akibat dari kritikan Tun terhadap Najib baru-baru ini. Sebagai orang nombor satu Malaysia ketika ini, kritikan dari suara-suara orang yang sangat berpengaruh terutama dari bekas perdana menteri yang sangat disegani rakyat Tun Mahathir adalah tamparan hebat kepada sesiapa pun yang terkena. Adakah ini gaya Najib melatah?
Bagi aku ini semua bukanlah tanda bahawa Barisan Nasional sudah kecut perut (seperti yang di war-warkan oleh ramai penyokong Pakatan Rakyat). Kekadang aku pelik, bila akta masih wujud dan menangkap ramai dari insan yang mempunyai potensi menggugat kesejahteraan negara, pihak pembangkang dan penyokong sibuk ingin menghapuskan akta ISA ini demi kononnya hak demokrasi dan hak asasi manusia. Perkara ini dijadikan modal yang umpama tak lapok dek zaman dari mulut-mulut busuk pemimpin pembangkang. Namun selepas dibubarkan, kenapa mulut-mulut ini tidak pula ucapkan kesyukuran? kenapa masih ingin menaguk dia air yang keruh dengan menjadikan ini isu? Kononnya BN sudah takot, rakyat ramai tak sokong kalau tak mansuhkan ISA.
Come on la der.. Ini Malaysia, pemimpin-pemimpin dia ktak boleh bacul, tindakan menghapuskan akta ISA ini bukan la satu tindakan yang sekadar untuk mengaut undi dari rakyat menjelang pilihanraya umum. Tapi bagi aku ini adalah permulaan kepada terhasilnya akta baru yang akan diperbaiki dan diperketatkan hasil dari informasi akta ISA itu sendiri. Proses penambahbaikan ini akan lebih menjurus ke arah mengekang sebarang tindakan menggugat kemakmuran negara sebelum lagi ianya berlaku.
Akta baru ini pasti akan lebih berkesan dalam menentang pengkhianat-pengkhianat negara seperti Ambiga dan konco-konco pemimpin Pakatan Rakyat. Namun apa jua alasan kerajaan dalam menghapuskan akta ISA ini, aku percaya bahawa komen dari Tun Mahathir sudah pasti bernas. Beliau sangat-sangat tegas dalam meneruskan ISA ketika tempoh pemerintahan beliau kerana dengan cara ini sahaja kemakmuran dan kedaulatan dapat dijaga. Aku bersetuju dengan Tun 100% tanpa sebarang rasa ragu-ragu.
Sebelum aku habiskan penulisan pada post kali ni, ROT ingin bertanya kepada pembaca semua. Agak-agak bila agaknya perbicaraan skandal seks luar tabii Anwar Ibrahim akan tamat? Tidakkah anda letih dengan semua isu skandal seks yang tidak sihat ini? Bukankah lebih wajar sekiranya pemimpin kesayangan penyokong parti pembangkang ini menamatkan segala persoalan bagi kes ini untuk kebaikan semua?
Aku mempersoalkan keikhlasan dan kejujuran pemimpin pembangkang pasai apa dia tak mau nak settlekan jugak ini kes? Takot cepat sangat jatuh hukum ke? Ada pepatah melayu yang mengatakan "Takot kerana salah, berani kerana benar".. tunjukkanlah keberanian anda wahai pemimpin tak jadi oi..
Keyboard ditekan bertubi-tubi oleh Insan Jumud
Tinggalkan komen bagi artikel : ROT : ISA Tinggal Kenangan ? !