Semua orang yang menganut agama Islam sudah pastinya akan mengidamkan perjuangan paling tinggi disisi Islam iaitu Jihad. Perjuangan ini bukan dengan sewenang-wenangnya kita terima. Jesteru itu, kita tidak boleh sewenang-wenangnya mengklasifikasikan sesuatu perjuangan itu sebagai Jihad. Ramai golongan bijak pandai sekarang ni alpa dengan perkara ini dengan menganggap bahawa jika mereka mengiktiraf sesuatu itu sebagai perjuangan agama yakni Jihad, maka ramai akan menyokong dan turut serta.
Bagi aku ini merupakan penipuan dari golongan yang mempunyai sedikit ilmu, tapi ada terlalu banyak auta! Tak dapat dinafikan lagi bukan sahaja di luar kejadian ini berlaku, namun di Malaysia jugak dan ada pihak-pihak yang dengan mudah menjatuhkan hukum jihad dan syahid ke atas perjuangan yang tidak mempunyai hujung pangkal. Golongan yang kene tipu ni pulak, memang la kurang terpelajar. Kalau terpelajar takde lah korang kene tipu kan?